Pelawak dan penyanyi, Achey berkongsi satu video dia menunaikan hasrat seorang pesakit kanser, Aliff Danial yang ingin bertemunya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Katanya, dia berasa sayu saat namun bangga dengan ketabahan Aliff dan keluarga menghadapi ujian yang berat ini.
“Assalamualaikum… alhamdulillah permintaan ini di lunaskan demi menyuntik sedikit semangat seorang pejuang kanser kanak kanak @aliffdanialcancerfighter.
“Dia sgt2 bijak dan peramah… daya ingatan yang sangat tinggi… sayu hati yang harus di pendam bila bersemuka dengannya kerana dia mahukan tawa dan senyuman.
“Tahniah kepada keluargamu nak kerana ujian ini mereka lalui dengan penuh redha… kena dgn nama ig @aliffdanialcancerfighter @aliffdanialcancerfighter,” tulisnya di Instagram.
Achey juga turut mengucapkan terima kasih buat Neelofa kerana menyampaikan pesan bahawa Aliff teringin untuk bertemunya.
“Tq juga kepada warga HKL , @neelofa , @17elevenmusic dan warga malaysia…#yangterindah,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, Neelofa berkongsi di laman Instagramnya apabila dia melawat dan beramah mesra dengan pesakit kanser di HKL.
Dia juga sempat menitipkan pesanan buat Achey bahawa ada seorang pesakit kanser yang merupakan peminat tegarnya membuatkan kehadiran pelakon, Hantu Wangan itu di hospital bagi melawat Aliff.
ALLAHU, sebak MH lihat video yang dikongsi Achey itu. Bukan mudah untuk mengawal emosi saat bertemu dengan peminat yang sakit.
Apa-apapun, syabas MH ucapkan buat Achey dan MH doakan kesihatan berpanjangan buat Aliff.
Foto/Instagram: Achey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI