Pelakon, Sophia Albarakbah mendedahkan pihak peguam yang mewakilinya dalam kes buli siber telah menerima permohonan maaf daripada beberapa individu yang kesal dengan tindakan mereka sebelum ini.

Menurut Sophia, dia masih trauma untuk membaca mesej di media sosial, menyebabkan ada segelintir netizen memilih untuk berhubung terus dengan pihak peguam.

“Saya Trauma Buka Ruang DM,” – Peguam Terima Permohonan Maaf Dari Netizen, Sophia Albarakbah Tak Bercadang Tarik Laporan Polis

“Sejujurnya selepas apa yang berlaku, saya jadi trauma untuk membuka ruangan DM. Sama ada mesej yang baik atau tidak, saya tak berani nak buka.

“Bila isu buli siber ini semakin teruk, saya serahkan telefon saya kepada pihak peguam. Mereka yang periksa semuanya.

“Baru-baru ini, pihak peguam memaklumkan ada beberapa individu telah menghantar DM ke akaun personal mereka untuk memohon maaf disebabkan isu ini,” katanya kepada MH.

Sophia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Abu Si Raksasa di GSC Midvalley, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Katanya, dia menyambut baik permohonan maaf tersebut dan berharap ia menjadi pengajaran buat semua pihak.

“Saya Trauma Buka Ruang DM,” – Peguam Terima Permohonan Maaf Dari Netizen, Sophia Albarakbah Tak Bercadang Tarik Laporan Polis

Ads

“Jika ada yang sudah minta maaf dan menyesal, itu hal yang bagus. Kita hanya manusia biasa dan sentiasa buat silap. Saya juga ada buat kesilapan.

“Terima kasih kepada yang sudah memohon maaf. Teruskan berbuat baik,” ujarnya.

Tegas Lawan Buli Siber

Bagaimanapun, Sophia menegaskan dia tidak bercadang menarik semula laporan polis yang dibuat berhubung isu tersebut, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Saya Trauma Buka Ruang DM,” – Peguam Terima Permohonan Maaf Dari Netizen, Sophia Albarakbah Tak Bercadang Tarik Laporan Polis

“Saya akan serahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Bukan saya yang tentukan undang-undang.

Ads

“Biarlah pihak polis yang uruskan segalanya. Terpulang kepada mereka untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama, Sophia menegaskan komitmennya untuk melawan isu buli siber agar tidak dinormalisasikan dalam masyarakat.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang-orang di luar sana bahawa buli siber ini tidak boleh dibuat main.

“Mungkin mereka ingat negara ini tiada undang-undang dan boleh buat sesuka hati untuk memfitnah dan memburukkan orang lain.

“Diharapkan apa yang saya perjuangkan ini akan memberikan manfaat kepada ramai orang. Selepas apa yang saya buat ini, ramai yang mula takut dan menyesal,” katanya lagi.

Ads

Meskipun berdepan kontroversi, Sophia tetap bersyukur kerana bakal tampil dengan dua filem baharu pada September ini.

“Saya Trauma Buka Ruang DM,” – Peguam Terima Permohonan Maaf Dari Netizen, Sophia Albarakbah Tak Bercadang Tarik Laporan Polis

“Pada akhirnya, rezeki datang daripada Tuhan. Saya hanya mampu bersyukur dan terus perbaiki diri. Saya juga mahu fokus kepada diri saya dan kerjaya sahaja.

“Saya juga mahu terus berbuat baik,” akhirinya.

Sophia merupakan antara bintang yang membintangi filem sains fiksyen terbaharu berjudul Abu Si Raksasa, yang turut menampilkan Jaa Suzuran, Zalif Sidek, Adam Shahz, Azhar Sulaiman dan Maria Farida.

Filem itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 September ini.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads