Pelakon, Kamal Adli mengakui dirinya kini tidak mempunyai tempat untuk meluahkan segala yang terbuku di hati.

Disebabkan itu, dia lebih selesa memendam perasaannya sendiri.

Menurut Kamal, ketika ini dia banyak bercerita dan meluahkan perasaan hanya kepada Allah SWT.

“Saya Tiada Tempat Mengadu, Hanya Luah Pada Allah,” – Kamal Adli

“Saya memang tiada orang nak mengadu atau bercerita tentang masalah. Ketika ini, saya hanya bercerita kepada Allah sahaja. Saya bukan nak buat cerita best tapi itulah hakikatnya.

“Itulah yang mak ayah saya ajar selama ini. Sebab itu juga saya memilih untuk diam dan tidak membuka aib sesiapa.

“Saya berharap kepada orang di luar sana untuk mendoakan yang terbaik buat saya,” katanya kepada MH.

Ads

Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media drama Bahagia Yang Tertangguh, baru-baru ini.

Katanya lagi, meskipun emosinya agak terganggu, dia tetap berusaha kekal profesional dan memberikan fokus sepenuhnya ketika bekerja.

“Saya Tiada Tempat Mengadu, Hanya Luah Pada Allah,” – Kamal Adli

“Sudah tentu ia sedikit sebanyak mengganggu emosi saya ketika bekerja. Namun, saya tak boleh nak tersekat di situ sahaja. Nanti, ia akan mengganggu pekerjaan saya. Lagipun, saya bekerja dengan ramai orang.

Ads

“Saya cuma berharap agar kalian dapat mendoakan yang terbaik buat saya sekeluarga. Saya bukan nak minta simpati daripada orang ramai.

“Saya nak hidup gembira. Begitu juga dengan anak dan isteri saya,” ujarnya lagi.

Masih Guna Peguam Berhubung Dengan Uqasha

Ditanya sama ada dia masih berhubung dengan anak dan isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose, Kamal memaklumkan komunikasi antara mereka masih perlu menggunakan khidmat peguam.

“Saya Tiada Tempat Mengadu, Hanya Luah Pada Allah,” – Kamal Adli

Ads

“Komunikasi di antara kami masih sama seperti sebelum ini. Kami masih perlu menggunakan perantara. Tak mengapalah, mungkin merajuk perempuan ini agak lama.

“Proses nak jumpa anak pun agak sukar sedikit ketika ini. Segalanya perlu melalui proses yang telah ditetapkan. Saya pun sebenarnya tak tahu sangat tentang proses perundangan ini.

“Namun, saya ikut sahaja segala apa yang telah ditetapkan. Apapun, saya gembira melihat Uqasha sedang sibuk bekerja dan menjaga Hawra,” akhirinya.

Terdahulu krisis rumah tangga Kamal dan Uqasha sampai ke kemuncak apabila Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, kini berusia 19 bulan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads