Ads

“Saya Terkesan, Simpati Dengan Amira,” – Fattah Amin Terpaksa Tegur Individu Biadap, Ganggu Ruang Ketika Suami Isteri Bekerja

Pelakon Fattah Amin mengakui dia terpaksa menegur seorang individu yang meninggalkan komen biadap terhadap dirinya dan isteri, Amira Othman ketika mereka sedang mengadakan sesi siaran langsung baru-baru ini.

Menurut Fattah, komen-komen negatif tersebut secara tidak langsung boleh memberikan imej buruk, lebih-lebih lagi ketika mereka sedang bekerja dan berinteraksi dengan peminat serta pelanggan.

“Saya Terkesan, Simpati Dengan Amira,” – Fattah Amin Terpaksa Tegur Individu Biadap, Ganggu Ruang Ketika Suami Isteri Bekerja

Tegur Akaun Palsu

Fattah menjelaskan situasi tersebut berlaku ketika dia sedang melakukan siaran langsung bagi mempromosikan produk di booth jualannya.

“Ketika itu, saya sedang buat live untuk menjual produk. Saya sedang mencari rezeki di booth saya. Tengah sibuk bercerita tentang produk, tiba-tiba ada pula komen-komen yang tak sepatutnya.

“Bila tengok siapa orangnya, ia adalah daripada akaun palsu. Jadi, saya cuma memberikan nasihat kepada individu tersebut.

“Pada saya, ketika saya sedang mengadakan live untuk sesebuah produk, itu bukanlah ruang untuk berkata hal yang tidak baik.

“Kalau nak juga bercakap hal yang tidak baik, pergilah ke tempat lain. Ruang yang saya sedang berinteraksi bersama peminat dan pembeli, itu adalah ruang saya mencari rezeki,” katanya kepada MH.

Ads

Pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media program raya anjuran Astro yang berlangsung di Pavilion Hotel Kuala Lumpur pada Khamis.

“Saya Terkesan, Simpati Dengan Amira,” – Fattah Amin Terpaksa Tegur Individu Biadap, Ganggu Ruang Ketika Suami Isteri Bekerja

Dalam masa sama, Fattah turut menjelaskan bahawa teguran tersebut bukanlah untuk meluahkan kemarahan, sebaliknya bagi mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih buruk.

“Saya Terkesan, Simpati Dengan Amira,” – Fattah Amin Terpaksa Tegur Individu Biadap, Ganggu Ruang Ketika Suami Isteri Bekerja

“Saya memilih bercakap secara terus terang bagi memudahkan semua orang faham. Lagipun kita masih di bulan puasa. Sepatutnya kita bercakap hal-hal yang baik.

Ads

“Jadi, saya rasa, saya kena juga bercakap. Namun, tiada apa pun yang berubah. Mereka tetap juga buat hal yang sama.

“Saya hanya boleh bercakap secara baik-baik sahaja. Asalkan saya sudah menjalankan bahagian saya untuk memberikan nasihat, jika ada yang masih berdegil, itu urusan mereka dengan tuhan.

“Setiap tindakan kita, akan dicatat oleh malaikat. Allah maha melihat. Jadi, kita kena berhati-hati dengan setiap tindakan,” ujarnya.

Simpati Lihat Isteri Terima Kecaman

Dalam pada itu, Fattah turut mengakui dirinya terkesan apabila Amira sering menjadi sasaran kecaman segelintir netizen di media sosial.

Ads

“Saya Terkesan, Simpati Dengan Amira,” – Fattah Amin Terpaksa Tegur Individu Biadap, Ganggu Ruang Ketika Suami Isteri Bekerja

“Saya sangat terkesan dan simpati dengan Amira. Mungkin sebelum ini dia belum pernah berhadapan situasi sebegini. Saya pula sejak masuk industri, memang sudah terbiasa dengan kecaman.

“Saya banyak nasihatkan Amira supaya bersabar. Allah suka hamba-hambanya yang bersabar. Orang yang buat perkara tak baik ini, akan ada pengakhiran dan balasannya nanti.

“Jika berlebihan, saya mungkin akan mengambil tindakan undang-undang,” akhirinya.

Terdahulu, tindakan Fattah menegur individu yang meninggalkan komen negatif ketika siaran langsung itu turut menarik perhatian ramai.

Malah, ramai pihak memuji tindakannya yang dianggap pantas mempertahankan isterinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Orang Kata Mudahnya Artis Bercerai, Macam Pilih Baju Tapi…,” – Zulin...

Pelakon dan pelawak, Zulin Aziz kekal dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi dan mengulas lanjut mengenai punca perceraiannya bersama bekas suami, Farhan Norzaini.
error: Hello. Cannot.