Kecoh baru-baru ini apabila ramai netizen ‘menasihati’ isteri pelakon, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila memuat naik video dirinya sedang makan makan durian.

Untuk pengetahuan, Nabila kini sedang mengandung anak pertama pasangan tersebut dituduh tidak sayangkan anak yang dikandungnya kerana memakan raja buah tersebut.

‘Saya Terima Pendapat Masing-Masing’- Ini Respon Sharnaaz Ahmad Isu Isteri Makan Durian Ketika Hamil

Rupa-rupanya ada yang berpendapat makan durian semasa mengandung boleh menyebabkan keguguran.

IKLAN

Berikutan itu, Sharnaaz memuat naik status di laman Twitter miliknya mengenai perkara tersebut.

“Saya terima pendapat masing-masing, saya hormat pendapat mereka, teguran depa tu sebab depa sayang kita kot.

“Apa pun terima kasih, tapi durian ka, screwdriver ka, nak makan berpada-pada bukan sebakul, dua tiga ulas ambik rasa ja,” tulisnya.

IKLAN

Haaa…tu dia abang Jebat dah bersuara. banyak kali dah MH pesan kat makcik/pakcik bawang jangan mudah buat konklusi. Nak bagi nasihat pun faham dulu situasi tu, bukan main redah je.

Lagipun Sharnaaz Ahmad kan memang terkenal dengan kelantangannya bersuara, so…jawablah sendiri ya.

IKLAN

‘Saya Terima Pendapat Masing-Masing’- Ini Respon Sharnaaz Ahmad Isu Isteri Makan Durian Ketika Hamil

Apa-apapun, MH doakan semoga kandungan Nabila dalam kesihatan yang baik, tak sabar MH nak lihat wajah anak pasangan ini, mesti comel macam ibu bapanya juga.

sumber: IG & Twitter Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI