Ditemui pada majlis Malam Gala Tayangan Filem Pusaka baru-baru ini, kelibat salah seorang pelakonnya, Sweet Qismina mencuri perhatian apabila muncul dengan imej rambut rona jingga kemerah-merahan.
Tiada lagi rambut hitam berkilat paras lepas bahunya yang dipuji ramai pihak sebagaimana yang sering dilihat sebelum ini.
Ditanya mengenai penampilan terkininya itu, pemilik nama lengkap Farhanna Qismina Supandi ini menjelaskan, rambut hitam berkilat diwarnakan adalah sekadar memenuhi tuntutan watak drama terkini lakonannya, Titian Takdir.
“Sebenarnya saya risau juga dengan pendapat netizen kerana mereka suka membuat kecaman andai melihat warna rambut ketika ini.
“Namun saya telah menjelaskan di Instagram bahawa tidak lama dulu bahasa ia ia adalah atas komitmen watak terbaru dan lega bila ada yang faham serta dapat menerimanya.
“Jujurnya saya sendiri kurang selesa membawa imej sebegini, akan tetapi atas kehendak watak saya cuba untuk bawa ia sebaik mungkin,” jelas Sweet Qismina yang tidak mahu isu ini terusan menjadi pertanyaan ramai.
Ads
Terdahulu, Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Ads
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober depan!
Foto: Instagram Sweet Qismina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan model, Ain Edruce ada berkongsi tips buat mana-mana pasangan yang tidak lagi mahu meneruskan hubungan cinta dengan ‘mintak break cara Abe Ashley’.
Perkongsian menerusi potongan video pendek dari program Hurr.TV itu disampaikan secara seloroh oleh bintang tinggi lampai itu nyata mengundang tawa di kalangan netizen.
“Kalau korg nk tau .. ain ni peminat @yoe_parey and @asifsuhaimiii02 . Hahaha so kite org kat #LIMALETOP nak aja korg semua nak reject org cara sopan.
“Kalau abg ashley mesti cmnie kan? Hahaha. Nak tgk full version, pegi youtube @hurr.tv okay,” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Kalau kau dah buntu nak guna cara apa, kalau boleh reject (kekasih) cara Ashley,” katanya sambil menunjukkan cara.
Sehingga kini, video yang dikongsikan Ain sudah pun ditonton lebih 200,000 kali dengan menerima reaksi pelbagai netizen.
Terdahulu, kata-kata berkenaan menjadi tular apabila ia disampaikan secara bersahaja oleh Yoe Parey menerusi salah satu babak dalam Drama Spontan 12; Ashrul atau Ashley.
Foto: Instagram Ain Edruce, Yoe Parey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mahu meminta pendapat ramai, ibu kepada dua orang cahaya mata ini dihujani pelbagai cadangan dari pengguna media sosial khususnya dari para ibu.
Malah ada juga yang berkongsikan pengalaman masing-masing di ruangan komen.
Wawa dan Aeril Zafrel berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata,Ahmad Fakharuddin Attar Suhairil dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil.
Foto: Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerima khabar duka ibu mertua meninggal dunia, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya berkongsi sekeping foto yang cukup meruntun hati netizen.
Foto bapanya yang sedang duduk bersendirian di dalam bilik sambil mengemas barang peninggalan arwah isteri meninggalkan seribu satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan.
“Yang paling redha. This picture truly breaks my heart. After 3 years, it happened again,” tulisnya.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...