Uncategorized

‘Saya Tak Tahu Macam Mana Youalls Boleh Menang 9 Tahun Berturut…’ AC Mizal Kecewa Dengan Air Asia

Share

Kecewa dengan kualiti perkhidmatan syarikat penerbangan murah Air Asia, AC Mizal telah muat naik satu video keridakpuasan hati terhadap syarikat penerbangan tersebut.

MH difahamkan AC menggunakan penerbangan domestik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Pernah melihat bagaimana krew-krew bertugas peluk dan cium bagasi-bagasi penumpang kononnya mereka memberi sepenuh penjagaan terhadap beg pelangan, AC menganggap perbuatan seperti ini tidak menghormati pelanggan Air Asia.

Malah, AC turut memberitahu terpaksa membeli beg baru kerana beg asalnya sudah rosak walaupun dibalut rapi.

Bukan itu sahaja, AC turut kecewa dengan bahagian khidmat pelanggan Air Asia kerana langsung tidak membantu menyelesaikan masalahnya.

AC turut tidak gembira kerana dia terpaksa bersusah payah membawa beg rosak ke Kuala Lumpur sekali lagi bagi tujuan claim.

Walaubagaimanapun AC turut mempersoalkan sekirannya dia dapat beli beg baru, bagaimana pula dengan begnya yang baru itu, adakah akan mengalami nasib yang sama?

IKLAN