Penyanyi remaja,Vanessa Reynauld mendedahkan dia sebelum ini pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ seawal usia kanak-kanak sehingga ada ketikanya dirinya rasa takut untuk ke sekolah.
Vanessa,21, berkongsikan pengalaman tersebut menerusi satu entri di Instagram.
Penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Separuh Nyawa di samping Naqiu itu bercerita mengenai situasi yang pernah dilaluinya.
“Saya ternampak situasi yang membuat saya ‘trigged’. Ada seorang perempuan ini berbadan besar, dia nak beli baju.
“Tapi kedai itu tak banyak pilihan baju untuk mereka yang berbadan besar. Pembantu jualan itu pun layan tak layan, pandang atas bawah,” katanya dalam hantaran video.
Bintang muda ini menerusi ruangan kapsyen turut menjelaskan, dia kini cuba sebaik mungkin untuk mengendalikan setiap kritikan berbaur negatif yang diterima.
“Realitinya, kita semua tak sempurna, hanya kita boleh ubah pemikiran terbabit dan mencintai diri sendiri.
Ads
“Saya tak selalu berkongsi mengenai perkara ini, tetapi orang selalu nampak saya senyum dan yakin atas pentas. Sebenarnya ada sisi kehidupan yang orang tak tahu.
“Semenjak kecil lagi saya selalu kena ejek sampai pernah rasa takut dan trauma pergi sekolah! Ada yang samakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu hanya kerana rambut afro semulajadi saya yang cantik ni.
“Hey, kalau pergi salun nak buat rambut macam ni mahal tau! Walaubagaimanapun, saya berjaya menghadapi perkara itu.
“Walaupun saya masih lagi terima kecaman tentang penampilan, ia tidak seburuk dahulu kerana saya dah pandai untuk mengendalikannya,” tulisnya.
Tambah Vanessa lagi, dia lebih kuat kerana mahu memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga, terutama kepada abangnya yang menghidap sindrom down.
“Dari program Ceria Popstar sehingga ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36, walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, perjalanan ini sangat panjang dan mencabar.
“Walaupun saya pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, tetapi memang susah nak dapatkan penghargaan orang ramai. Tapi tak mengapa, saya tak pernah kecewa kerana ini apa yang saya impikan. Saya takkan biar komen negatif melemahkan saya.
“Saya kuat kerana keluarga. Saya berjanji untuk memberikan mereka kehidupan yang selesa, terutamanya kepada abang saya, Christopher. Abang saya insan istimewa, dia menghidap sindrom down. Dia memang bergantung harap kepada orang lain jadi sayalah yang menjaganya setiap hari, memberi dia makan dan mandikan dia.
“Christopher adalah cinta sejati kami sekeluarga. Dia buat saya rasa sempurna. Sasaran saya setiap tahun adalah untuk menjadi penyanyi yang disegani, jadi satu hari nanti sata boleh sediakan keperluan abang saya.
Ads
“Walau apa halangan yang saya harus hadapi, saya tak pernah menyerah kalah kerana dialah sumber keyakinan dan kesempurnaan saya,” tulisnya lagi.
Dalam hantaran yang sama, Vanessa turut meluahkan rasa teruja kerana wajahnya dipilih untuk dipaparkan di papan iklan digital terkemuka New York Times Square, Amerika Syarikat bersempena kempen Equal-Spotify.
Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi remaja ini agar Vanessa tidak berputus asa.
Dalam perkembangan lain, Vanessa bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Buat Ku Sempurna pada 28 Januari depan.
Single yang diterbitkan oleh Adib Hussin ini merupakan hasil ciptaan Faizal Tahir bersama Mage dan ia merupakan dedikasi khas Vanessa untuk abangnya, Christopher.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi meningkat naik, Harith Zazman memaklumkan dia dan isterinya, Nuramalina Ghakashah yang kini hamil lima bulan telah disahkan dijangkiti Covid-19 sejak Selasa lalu.
Memetik laporan Kosmo Online, Harith memberitahu, dia sebenarnya berasa agak risau lebih-lebih lagi bila mengenangkan keadaan isterinya yang kini sedang sarat mengandung.
Bagaimanapun, penyanyi yang popular menerusi lagi Cute (Stoplah Being So Cute) memaklumkan isterinya kini berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani kuarantin di kediaman mereka sehingga 20 Januari depan.
“Kami tak mengalami gejala teruk cuma risau keadaan isteri yang sedang berbadan dua kerana mempunyai simptom seperti sakit tekak, selesema dan batuk namun kini sudah beransur pulih.
“Ketika mendapat tahu positif Covid-19, kami terus buat pemeriksaan dan doktor memaklumkan isteri serta bayi dalam kandungan dalam keadaan baik dan dibenarkan untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah,” katanya seperti yang dipetik.
Harith turut menambah, dia juga menganggap setiap dugaan yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Katanya lagi, tempoh kuarantin ini mungkin adalah waktu yang terbaik untuk dia meluangkan lebih banyak masa bersama isterinya di rumah.
“Saya sebenarnya pelik juga bagaimana boleh dijangkiti virus ini.
“Apapun saya reda dan mungkin ada hikmah daripada semua ini. Dapat juga kami luangkan lebih banyak masa bersama di rumah,” kongsinya lagi.
Dalam perkembangan lain, pada tanggal 10 Januari lalu, Harith mengumumkan isterinya itu bakal melahirkan cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
“Assalamualaikum warga penduduk semua, mohon bantuan daripada semua untuk viralkan kereta kami yang telah di bawa lari oleh penyewa.
“Apabila dihubungi, pihak penyewa tak nak bagi kerjasama dan matikan telefon. Mohon kepada sesiapa yang ada ternampak kereta Wira di bawah, boleh segera hubungi saya di no 012-3171102,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan pelakon drama Kiblat Yang Hilang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan dia telah pun membuat dua laporan polis berhubung kes kehilangan keretanya itu.
Dipercayai lokasi terakhir kereta tersebut adalah di Bukit Belacan, Ampang.
“Report polis dah dibuat dua kali. Sesiapa yang ada details dan tahu atau pernah nampak kereta ni, boleh tahan terus ya sebab report polis dah ada.
“Maaf gambar tak jelas. Gambar ni je yang ada dalam simpanan kami,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut membantu memanjangkan posting tersebut selain turut menitipkan doa semoga kereta tersebut dapat ditemukan semula.
“Masyaallah, semoga dipermudahkan kakak. Harap dapat jumpa balik.
“Moha dapat jumpa balik kak.
“Jahat betul orang bawa lari kereta auntie tu kan. Kata dekat dia, nak kereta sangat usaha kerja kumpul duit sendiri bukan bawa lari kereta orang macam tu kan. Rasakan dia polis cari dia nanti.
“Okay nanti saya share dalam grup geng wira mohon screen shot ya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sementara itu, segala butiran mengenai kereta tersebut turut telah dikongsikan di ruangan kapsyen.
Apapun, kami berharap agar Laila dapat bersabar dan diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Semoga kereta yang hilang itu dapat ditemukan semula dengan kadar segera.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Laila Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Norreen Iman menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikannya rezeki dan kesempatan untuk memiliki sebuah kereta baru jenis Toyota Vellfire.
Menurut Norreen, antara sebab dia membeli kereta tersebut adalah untuk memberi keselesaan buat keluarganya.
“Bila anak kau membesar cepat sangat and you need something bigger than before. ALHAMDULILLAH,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Rindu Awak Separuh Nyawa itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Malah, Norreen juga turut mengimbas kembali antara detik-detik sukar sepanjang kehidupannya sebelum ini.
“From naik motor berempat, pakai kereta sewa for two years, then managed to have X70, makin sempit pulak then lets have this one
“Suka tak kete kita Ba @razzirazak ? Lebiu,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Norreen akan terus sukses lagi selepas ini.
“Suka tengok kejayaan Norreen. Saya follow dia dari orang biasa sampailah jadi selebriti. Seorang yang sangat berusaha. Congrats.
“Tahniah Norreen dan suami. Semoga terus dirahmati dan murah rezekinya.
“Congratulations Norreen. Semoga semakin berjaya.
“Wah, congrats Kak. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Suka tengok akak dari zaman tiada apa-apa sampai dah berjaya sekarang ni,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Selain sibuk di dalam dunia lakonan, Norreen juga aktif menghasilkan pelbagai konten-komen menarik di laman Youtube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Norreen Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...