Memandangkan ada segelintir penonton yang mempersoalkan gaya nyanyian sejak bersaing di Gegar Vaganza 12 (GV12), penyanyi dan pelakon, Shy8 akhirnya mendedahkan dia terpaksa menyembunyikan kesakitan disebabkan kecederaan yang dialami pada bahagian lidah.
Menurut Shy8 atau nama sebenarnya, Syed Mohamad Asri Syed Zainal Abidin Jamalullail, dia bagaimanapun tidak mahu menjadikan hal tersebut sebagai alasan dan terus berusaha menampilkan persembahan terbaik semampunya saban minggu.
“Pada minggu pertama lalu, lidah saya sebenarnya terluka. Sebab itu saya menyanyi dalam keadaan mulut senget. Beberapa hari selepas ujibakat, gigi saya retak. Jadi, saya tak boleh nak berlatih.
“Beberapa hari sebelum persembahan minggu pertama pula, gigi saya retak lagi. Bahagian gigi yang tajam itu berlaga dengan lidah.
“Selepas persembahan minggu pertama, saya pergi jumpa doktor dan minta kikis bahagian tajam itu. Barulah saya selesa menyanyi.
“Namun, saya tak mahu jadikan ia sebagai alasan. Setiap minggu saya cuba perbaiki mengikut komen daripada pihak juri,” katanya kepada MH.
Apa pun, Shy8 tetap menerima dengan hati terbuka apabila terpaksa tersingkir pada minggu keempat GV12.
“Pada saya, kita tak boleh pertikaikan soal rezeki. Dapat masuk program GV12 ini pun satu rezeki. Ada kalanya, bila kita tak berjaya, kita salahkan rezeki.
“Rezeki ini adalah perancangan dan susunan Allah SWT. Pasa usia sebegini, saya sudah biasa hadapi fasa jatuh dan bangun. Saya sudah kenal fasa kehidupan yang lebih baik.
Ads
“Apapun yang berlaku, kita biarkan sahaja ia berlalu, gembirakan diri sendiri dan jangan buang masa fikirkan hal-hal negatif.
“Jangan letakkan ekspektasi yang terlalu tinggi. Kita tahu tahap diri kita sendiri. Jadi, kenapa nak letakkan tekanan terlalu tinggi?,” ujarnya lagi.
Semangat Baharu Selepas GV12
Katanya lagi, dia juga teruja kerana dapat kembali berinteraksi bersama peminat yang sudah lama menantikan kemunculan sebagai Shy8.
“Bila masuk ke program GV12 ini, saya dapat tunjukkan satu sisi saya yang lain. Ramai yang tak tahu saya pernah buat album. Saya memang sudah lama teringin nak muncul di pentas besar.
“Bila Astro beri tawaran untuk sertai GV12, saya dapat tunjukkan cara saya menyanyi. Pada zaman saya dahulu, kebanyakkan penyanyi lebih fokus kepada aspek penjiwaan berbanding teknikal.
Ads
“Bila masuk ke tahun 2000-an, hampir semua penyanyi sudah mula belajar vokal. Jadi, saya sudah agak terlambat. Apapun, saya gembira kerana dapat penuhi permintaan peminat yang rindu nak dengarkan lagu-lagu saya,” kongsinya lagi.
Sementara itu, pelakon filem Zombi Kampung Pisang ini turut berharap agar kemunculanya di GV12 dapat membuka peluang baharu buat dirinya sebagai anak seni.
“Terpulanglah kepada penerimaan para peminat dan permintaan pasaran. Setidaknya saya ada pilihan lain. Sebelum ini, orang panggil saya untuk berlakon sahaja.
“Mungkin selepas ini, orang boleh panggil saya untuk menjadi pengacara majlis. Saya boleh menyanyi dan mengacarakan majlis. Itu mungkin boleh jadi pakej.
“Mustahil Allah buka sesuatu jalan itu tanpa sebab. Saya menanti sahaja apa tawaran yang bakal diberikan. Jika mereka sudah bosan dengan pesona Usop Wilcha, mereka boleh lihat sisi saya yang lain,” akhirinya.
Ads
Hanya Raih 52.00%
Terdahulu, Shy8 terpaksa mengucapkan selamat tinggal di pentas GV12 selepas hanya sekadar meraih 52.00 peratus untuk berada di kedudukan ke-12.
Malam tadi, Shy8 berduet bersama penyanyi Farahdhiya menerusi lagu, Siapa Dia Sebelum Daku.
Turut tersingkir di minggu keempat ini adalah penyanyi veteran, Dato’ Elaine Kang.
GV12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam.
dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
Program ini juga boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mark Adam menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya bersikap biadap kerana sering menjawab dan bergurau ketika juri-juri memberikan komen di program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).
Menurut Mark, sejak kecil, dia sudah diajar mengenai adab dan dia juga tahu untuk membezakan hal yang baik dan buruk.
“Saya tak rasa sikap saya itu biadap atau kurang ajar. Saya tahu beza mana baik dan buruk. Saya sudah diajar tentang adab sejak kecil.
“Saya hanya menjawab dengan sopan. Yang kata saya biadap, pada saya itu benar,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Mark menjelaskan sikap kelakar dan suka bergurau itu sudah sebati dengan kehidupan keluarganya yang dahulu dihimpit kemiskinan.
“Saya bukanlah nak buat kelakar, saya hanya menjawab soalan juri-juri. Di Filipina, saya sekeluarga memang suka suasana ceria, gelak ketawa dan bergurau.
“Sejak kecil, walaupun hidup miskin, itu sudah menjadi tradisi kami. Jadi, bila orang bertanya atau bercakap dengan saya, saya akan ceriakan suasana itu.
“Saya tak nak orang itu terlalu serius. Ketika bertanding, kita sudah serius sewaktu membuat persembahan. Jadi, saya hanya menjawab pertanyaan juri.
“Alhamdulillah penonton di studio terhibur. Sifat suka bergurau ini memang sudah ada dalam diri saya sejak kecil sehingga sekarang,” kongsinya lagi.
Sementara itu, penyanyi lagu Marry Me ini juga teruja melihat sambutan para peminat daripada dalam dan luar negara sewaktu bertanding di GV12 ini.
“Sebelum ini, saya tak pernah ada kelab peminat. Sekarang, saya sudah ada kelab peminat yang diberi nama The Adam Family. Sokongan mereka sangat luar biasa.
“Ada yang menyokong saya dari jauh seperti Brunei dan Singapura. Itu yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk berkarya.
“Alhamdulillah, pada minggu pertama, saya dapat nombor dua, minggu kedua pula di kedudukan keenam dan minggu ketiga ini, saya kembali di tempat keempat. Syukur ada peningkatan,” akhirinya.
Terdahulu, sepanjang tiga minggu bertanding di GV12, Mark mencipta sensasi apabila memenangi anugerah undian peminat, Ikon Semangat Nombor 1 untuk dua minggu berturut-turut.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Hollywood terkenal, Jesse Eisenberg mengesahkan akan mendermakan salah satu buah ginjalnya kepada individu yang tidak dikenalinya dalam masa terdekat.
Eisenberg, 42, menyatakan bahawa pendermaan tersebut akan dilakukan secara non-directed living donation, iaitu kepada penerima yang tiada pertalian keluarga atau hubungan peribadi dengannya.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas melalui proses penilaian kesihatan dan kelayakan selama beberapa tahun. Prosedur pembedahan dijangka berlangsung sekitar pertengahan Disember tahun ini.
Eisenberg memaklumkan, hasrat untuk menderma organ telah terdetik sejak hampir 10 tahun lalu, namun hanya kini dapat direalisasikan selepas melalui semua ujian perubatan yang diperlukan.
Menurut laporan media antarabangsa, Eisenberg turut menjelaskan bahawa keputusan tersebut tercetus selepas beliau aktif menderma darah dan menyedari kesan besar yang boleh diberikan melalui sumbangan sebegitu.
Beliau turut menegaskan bahawa prosedur berkenaan adalah selamat dan diperlukan oleh ramai pesakit di seluruh dunia yang masih menunggu peluang untuk mendapatkan organ yang sesuai.
Selain itu, Eisenberg menyertai program pendermaan yang membolehkan ahli keluarganya mendapat keutamaan sekiranya mereka memerlukan pemindahan ginjal pada masa hadapan melalui sistem voucher yang ditawarkan.
Imbas kembali, Eisenberg memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sejak berusia 13 tahun lagi dengan membintangi siri televisyen berjudul Get Real. Beliau pernah tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Academy pada tahun 2011 menerusi lakonannya dalam filem The Social Network.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nazrief Nazri mendakwa dia dan isterinya, Aizatul Aqma Hamdan, mungkin menjadi mangsa gangguan sihir penunduk yang dipercayai dilakukan oleh bekas pembantu rumah mereka.
Menurut Nazrief, mereka menjumpai beberapa helai kain dan pakaian milik pembantu rumah tersebut yang diletakkan di beberapa penjuru rumah.
Ia dipercayai digunakan dalam ritual sihir bagi memperdayakan dirinya dan isteri.
“Kami terjumpa kain atau baju yang dipakai oleh bibik di beberapa penjuru rumah. Rupanya itu adalah sihir penunduk. Selama pembantu rumah itu ada, saya tak pernah marah dia.
“Padahal bila difikirkan semula, dia kemas dapur pun tak bersih, selalu bagi anak makanan yang dipanaskan dan masak tak sedap tapi saya tak pernah marah.
“Namun, isteri saya yang selalu marah dia. Isteri saya kalau bercakap dengan pembantu rumah, dia tidak akan pandang matanya. Isteri saya memang sangat berjaga-jaga dalam soal ini,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Seribu Tahun itu berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama pakaian She Dazzle, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, gangguan tersebut menyebabkan hubungan mereka suami isteri menjadi tegang, malah dia seolah-olah ‘tertutup mata’ daripada melihat kesalahan pembantu rumah itu.
“Sebab itu hanya isteri sahaja yang melawan. Masa pembantu rumah itu masih ada, kami selalu bergaduh. Bila isteri mengadu, saya buat macam angin lalu sahaja dan tak ambil peduli.
“Bila difikirkan semula, kenapa saya jadi sebegitu? Biasanya kalau isteri saya mengadu, saya akan terus ambil tindakan. Bila teringat tentang kain itu, barulah saya rasa semuanya masuk akal.
“Kami sedar tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh pembantu rumah yang baharu ketika kami ingin berpindah rumah. Dia jumpa kain-kain itu.
“Jadi, dia terangkan apa yang berlaku. Katanya perkara ini normal untuk orang dia,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Nazrief turut mendedahkan, kakak iparnya pernah mendengar luahan daripada pembantu rumah tersebut yang dikatakan iri hati dengan kehidupan isterinya.
“Pembantu rumah saya itu seakan tidak boleh menerima yang dirinya seorang bibik. Dia pernah bercerita kepada ipar saya kononnya kehidupannya semasa di Indonesia sama seperti kehidupan isteri saya.
“Katanya di Indonesia, dia selalu makan makanan sihat, pergi gimnasium dan selalu berdandan. Malah, dia juga dikatakan punyai pembantu rumah di Indonesia.
“Dia terpaksa jadi pembantu rumah di Malaysia untuk bantu suaminya yang sakit. Kenapa dia buat perangai, sebenarnya dia sudah tak nak bekerja lagi dan nak balik ke kampung,” akhirinya.
Sebelum ini, isteri kepada Nazrief turut berkongsi mengenai kisah pembantu rumah tersebut di media sosial, mencetuskan perhatian ramai terhadap kejadian aneh yang dialami pasangan itu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...