Uncategorized

“Saya Tak Boleh Puaskan Hati Semua Orang, Saya Mohon Maaf”- DS Aliff Syukri

Share

Susulan memuat naik video saat isteri sedang bersalin semalam, pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf.

Jelasnya menerusi Instagram, dia tidak mempunyai niat lain selain daripada berkongsi perngorbanan insan yang bergelar ibu di saat melahirkan.

“Saya tak boleh puaskan hati orang dan saya mohon maaf, jika ada yang tak suka apa-apa yang saya post sebelum ini.

“Niat saya nak berkongsi saat seorang ibu melahirkan anak dan betapa susahnya apa yang mereka lalui, supaya suami-suami lebih menghargai isteri yang melahirkan zuriat mereka,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia mengharapkan agar netizen dapat mengambil pengajaran yang positif menerusi perkongsiannya itu.

“Harap mana yang suka ambil secara positif, kalau yang suka fikir negatif ini baik tak payah tengok video saya sebab semua kisah saya.

“Saya buat video log di Youtube Channel tvterlajarlaris dan salah satu content lifestyle kehidupan saya. Saya buat untuk follower di Youtube bukan untuk ‘haters’.

“Biasalah dalam hidup ini apa yang kita buat semua orang tak setuju sebab masing-masing ada pandangan dan saya hormati pandangan anda semua.

“Harap benda ini tidak berlarutan,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan kepada beliau.

Pada MH, mungkin niatnya sekadar ingin berkongsi namun ia telah disalah anggap oleh netizen. Apa-apapun dengan penjelasan tersebut sekurang-kurangnya dapatlah memperjelaskan segala salah faham yang berlaku. Semoga tiada lagi yang mengecam ya!

Foto: Instagram Aliff Syukri

IKLAN