Pelakon dan usahawan, terkejut besar dan sekali gus Putra Amaris menafikan dakwaan sesetengah pihak yang kononnya, dirinya ada terlibat dengan dengan bisnes jongkong emas baru-baru ini.
Lebih merumitkan keadaan, dakwaan yang dilakukan beberapa individu terhadap bapa kepada seorang cahaya mata itu secara langsung menjejaskan nama, apatah lagi turut melibatkan penipuan terhadap beberapa pembeli.
Lalu menerusi Instagram, Amaris ada mendedahkan beberapa kiriman mesej berkaitan, membayangkan dirinya telah menipu dengan menjual jongkong emas palsu.
Kesal dengan situasi yang berlaku, Amaris tidak tahu dari mana dakwaan itu muncul yang seterusnya terkait dengan diri.
Menurutnya, hal berkenaan sudah pun didengarinya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
“Apa yang boleh saya katakan, hal ini mendatangkan aura negatif dan tindakan itu boleh membuatkan orang ramai keliru. Paling teruk, ia secara tak langsung boleh menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon dan usahawan.
“Malah turut memberi kesan buruk kepada nama baik keluarga,” tegasya ketika ditemui.
Ads
“Saya memang tak ada kena mengena dengan bisnes jongkong emas. Saya berharap tuduhan negatif seperti ini dapat dihentikan. Tak mahu ada orang salah faham memandangkan saya ada melakukan berkolaborasi dengan jenama wangian Francesc Fragrance sekarang.
“Kami menghasilkan minyak wangi Francesc Fragrance x Putra Amaris dan kebetulan, kami menggunakan warna emas dan bentuk botolnya berbentuk seperti jongkong emas,” kata Amaris.
Ads
Ditanya sama ada dia turut membalas teks yang diberikan kepadanya mengenai hal tersebut, Amaris mengambil pendirian untuk tidak menjawab apa-apa, bimbang ia bakal mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya tidak tahu berapa nilai yang mereka rugi, sebagaimana yang didakwa dan saya tidak balas atau buka laki teks yang diberikan.
“Saya tidak mahu stress kerana ia tidak betul sama sekali dan rasanya saya mengamvil langkah bijak untuk tidak menjawab risau andai ia akan disalah ertikan. Saya sendiri ada mengambil pandangan daripada beberapa pihak terhadap isu ini.
“Saya tidak mahu bawa ia ketengah, cuma apabila saya sudah berikan penjelasan ini menerusi media, harapnya ia jelas dan saya bukan individu seperti mana yang didakwa. Ia memang tak benar,” jelasnya lagi yang tidak mahu ada lagi yang tertipu.
Ads
“Apa yang penting, saya tak mahu ramai pihak tertipu. Saya hanya menjual wangian Francesc Fragrance x Putra Amaris yang berbentuk jongkong emas, bukanlah jongkong emas seperti yang didakwa,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, bintang yang bakal muncul menerusi filem Ratu Kala Hengking ini turut giat mengusahakan perniagaan ‘portuguese egg tart’ yang diberi nama Amaris MyTart bersama isteri.
“Alhamdulillah, perniagaan tersebut mendapat sambutan positif, kami sedang dalam perancangan untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan Amaris MyTart.
“Setakat ini, Amaris MyTart boleh didapati di laman Instagram @amarismytart dan kiosk di pasar raya ST Rosyam Mart di Setiawangsa,” harap Amaris optimis.
Foto: Instagram Amaris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menanti hari untuk bakal melahirkan anak pertama, pelakon Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy akui debaran kian makin terasa.
Pelakon berusia 25 tahun itu ada berkongsi perkembangan terkini mengenai dirinya yang kini sedang sarat hamil.
Kongsi Elfira, dia telah mengadakan majlis kenduri doa selamat buat anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“26/9 , Bacaan yassin & solat hajat diadakan di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai di kawasan perumahan el.
“Alhamdulillah part ni dah selesai rasa lega tenang dah buat doa selamat for the baby. Thank you mama for arranging that.
“Semalam rasa sebak sangat , sebab memang tak jemput siapa-siapa pun , buat dekat masjid , siapa yang hadir itu jelah tetamu jemputannya. Tak tahu berapa ramai .
“Part tetiba ustaz kata nak buat solat hajat tu el macam nervous , macam ada ke orang yang tak kenal kita nak buat solat hajat untuk ke , nak ke berdoa untuk kita .
“Tapi el lupa el berada dekat tempat yang Allah paling sayang , di Masjid . Semua dah dianggap saudara kat situ.Alhamdulillah , thank you Allah for another blessing , found this somewhere saying , there is an ayat in the Qur’an where Allah promises us that if we thank Him then He will surely grant us more.
“And subhanallah, it’s not just to do with wealth. It’s to do with everything. Semoga Allah permudahkan proses ini & semoga Allah panjangkan umur kami. . Amin . #makantalamisthebest,” tulisnya.
Seakan tidak berkesudahan, DS Aliff Syukri dan Baby Shima dilihat masih 'berperang' gara-gara isu pandangan mengenai single terbaru Aliff, Cowok Baru.
Daripada isu penyanyi tersingkir, suara seperti Giant dan saman mahkamah, kini dikatakan Baby Shima melemparkan fitnah kepadanya.
Aliff dilihat berkongsi paparan skrin komen penyanyi yang muncul menerusi single Pura Pura Bujang itu dan mendakwa dia difitnah.
“Apa? Baby BABI? Dato ni perangai macam tenggiling. Kata tak nak melayan tapi masih meroyan. Lain kali tengok full video di youtube Shima dulu. Jangan dengar sebelah pihak sahaja.
“Ya Allah kenapa cakap macam tu?? awak tahu tak fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh?? abang tak pernah cakap macam tu apa kecewa kenapa Syima fitnah abang??
Sering berkongsi hukum hakam perihal agama yang boleh memberi manfaat kepada ramai, penceramah bebas yang kini bergelar pelakon,PU Azman baru-baru ini ada berkongsi mengenai hukum pemakaian bulu mata palsu.
Jelasnya, pemakaian bulu mata palsu adalah diharamkan kerana ia mempunyai unsur penipuan.
“Eyelash extension dan bulu mata palsu dilihat haram kerana ada unsur melampau. Ada unsur penipuan.
“Si pemakai nak orang lain tahu tu bulu mata dia, padahal bukan. Kalau si pemakai tak niat macam tu pun tetap haram kerana orang lain ingat itu bulu mata asli dia, maka ada unsur penipuan.
“Haram kerana ada gam di atas kulit maka menghalang air wuduk dan mandi wajib. Kalau takda gam pun ia tetap haram kerana unsur penipuan.
“Haram kalau memudaratkan kesihatan bagi kes-kes tertentu. Kalau tak mudaratkan kesihatan pun ia boleh jadi haram kerana ada unsur penipuan.
“Haram kerana mengubah ciptaan Allah. Haram kerana ada tujuan untuk bercantik-cantik sedangkan dia memang dah ada bulu mata asli ciptaan Allah,” tulisnya.
Bagaimanapun, pemakaian bulu mata palsu boleh menjadi harus dalam situasi tertentu.
“TETAPI, ia boleh menjadi harus kalau untuk menutup aib iaitu bagi orang yang tiada bulu mata dan tujuan untuk kelihatan cantik depan suami dan tidak menghalang air, tidak najis dan tak rosakkan kesihatan.
“Eyelash extension tiada kena mengena dengan plug extension,” jelasnya panjang lebar.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.