Pelakon, Datuk Adi Putra ada berkongsi khabar gembira untuk penonton setia drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri yang pernah disiarkan di saluran TV3.
Dalam pada itu, Adi mengakui ramai yang kurang senang dan berpuas hati penamat jalan cerita drama tersebut.
Lalu, pelakon berusia 40 tahun ini memaklumkan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini bakal menemui penonton dalam versi telefilem tidak lama lagi.
Ads
“EZLAN kembali!!! Saya tahu ramai tak puas hati ending crita AKU YANG KAU GELAR ISTERI.
“Now its the finale in telemovie. Coming Soon!!! @tv3malaysia @tanahberisfilmproduction
Sekadar informasi, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Aznah Hamid dan ramai lagi.
Ads
Sebelum ini, drama rantaian 15 episod yang berkisahkan amalan syirik dalam rumah tangga itu telah disiarkan di slot Samarinda, TV3 beberapa bulan yang lalu.
Foto: Instagram Datuk Adi Putra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Rita Rudaini ada berkongsi momen seterusnya mengimbau kenangan menerusi foto anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna Mohamad Aidil Zafuan ketika masih kecil.
Difahamkan, ia bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak keduanya itu yang ke 10.
Dalam pada itu, bintang filem Mami Jarum Junior ini turut mendoakan agar anak lelaki keduanya itu menjadi seorang anak soleh dan taat kepada agama.
“Tepat jam 1.26 tghari harini 29/4/2011. Mommy lahirkan seorg bayi comell putih melepak mcm mommy dia n muka yg ke2 ni ALLAH bg pulak follow muka mommy..adil kan?
“Xde apa yg mommy harapkan, setiap hari,setiap tahun mommy brdoa supaya AIRIT QAQA ARJUNA BIN MOHAMAD AIDIL ZAFUAN di beri kesihatan yg baik,di kurniakan akhlak yg baik,bijak dlm ALQURAN, pelajaran dan hidup,jd seorg muslim yg taat pd perintah NYA.
“Selamat hari lahir anakku @airitqaqa727 #birthdayboy,” tulisnya.
Sekadar informasi, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 12 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 10 tahun.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon cantik, Uqasha Senrose memilih untuk mengisi masa lebih bersama keluarga selepas ini mengenangkan dia bakal bergelar isteri orang, tidak lama lagi.
Uqasha dan kekasihnya yang juga pelakon, Kamal Adli sebelum ini mengumumkan pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung beberapa bulan akan datang, di sebuah kawasan peranginan tanah tinggi popular bergantung kepada situasi semasa.
“Saya mahu luangkan lebih banyak masa dengan keluarga khasnya sepanjang Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.
“Insya-Allah kalau sampai jodoh saya bersama Kamal, maknanya bulan puasa tahun ini adalah yang terakhir sebelum bergelar isteri.
“Jadi saya rasa ini masa paling sesuai untuk isi masa bersama keluarga. Begitu juga dengan Kamal, saling lebihkan masa bersama orang tersayang masing-masing. Kami sama-sama ‘family oriented’,” kata Uqasha.
Mendoakan agar segala perancangan hari bahagia berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan, Kamal Adli pula mengakui persiapan perkahwinan mereka sudah lebih 80 peratus siap.
“Apa pun, kami mengharapkan doa semoga majlis yang akan berlangsung akan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, setakat ini semuanya dipermudahkan.
“Malah ada pihak yang sudi untuk bekerjasama di hari bahagia. Kami bersyukur.
“Alhamdulillah tidak ada dugaan yang betul-betul kacau kami. Sebab kita dah ‘locked’ baik-baik atas tu (lamaran di Anugerah Meletop Era 2020). Siapa berani… tak gitu?,” seloroh Kamal.
Bintang utama drama Perempuan Tanpa Dosa itu ditemui sejurus program hiburan, MeleTop, baru-baru ini.
Sabtu lalu, Uqasha, 29, selamat dirisik Kamal, 35, pada majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang hanya dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha sewaktu tampil berpasangan menjadi penyampai pada Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) Disember tahun lalu.
Foto: Instagram Uqasha Senrose, Shanell Harun
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seiring kematangan usia dan kerjaya lebih 20 tahun dalam bidang lakonan, Datuk Aaron Aziz kini mengorak langkah dengan terbabit dalam bidang perniagaan pula.
Melancarkan pelbagai produk di bawah jenamanya sendiri, Aaron,45, juga menjadi antara penerima Malaysia Prestigious Industry Awards (MYPIA), baru-baru ini.
Terbaharu, Aaron muncul dengan koleksi pakaian ‘street wear’ menerusi jenama Hombre 21.
Menurut Aaron, Hombre adalah perkataan yang diambil dari bahasa Sepanyol yang membawa maksud semangat persaudaraan atau ‘brotherhood’.
“Kalau ikutkan koleksi pakaian ini sudah dijual di Singapura. Selepas pemiliknya iaitu Azhar Sulaiman menjadi rakan perniagaan saya, itu yang ambil keputusan untuk pasarkan di sini pula.
“Saya mahu jenama Hombre ini menjadi pilihan masyarakat dan terkenal seperti kebanyakan jenama ‘street wear’ lain.
“Didatangkan dengan jaminan kualiti terbaik, saya yakin koleksi ini mampu memberi kepuasan kepada sesiapa saja yang memakai dan memilikinya.
“Dari segi harga pula, ia cukup berbaloi dengan rekaan dan kualiti yang ada iaitu dalam lingkungan RM100 dan ke atas,” katanya.
Menariknya juga, koleksi itu didatangkan dengan lima rekaan dengan setiap satu menceritakan kisah dan perjalanan hidup bintang berkenaan dari dulu sehingga sekarang.
“Setiap manusia ada masa silam dan gemilang. Ada yang untuk kebaikan, ada juga sebaliknya. Untuk saya, apa boleh dikatakan adalah masa silam yang penuh keperitan atau boleh dikatakan zaman jahiliah.
“Malah, saya akui pernah beberapa kali melampaui batas dan akhirnya mendapat balasan.
“Pelbagai cabaran dan dugaan perlu dilalui sebelum saya berjaya keluar dari kegelapan itu. Namun, itu semua yang mendewasakan dan mematangkan diri.
“Walaupun ada ketika dipandang hina, tapi saya percaya keadaan kita tak selamanya di bawah jika ada rasa ingin berubah. Itulah yang saya buat sehingga berada pada tahap sekarang.
“Betul, nak menjadi baik bukan senang. Tapi, bagi saya paling penting adalah pegangan diri perlu kuat selain saya sentiasa berfikiran positif.
“Jadi, kesemua koleksi ini sangat istimewa dan mempunyai nilai tersendiri. Saya mahu setiap orang memilikinya dan menjadikan ia koleksi peribadi.
“Mungkin ada antara mereka juga mempunyai cerita sama seperti saya,” katanya.
Hombre 21 juga memiliki rekaan Islamik sekali gus menjadikan ia berbeza daripada rekaan jenama lain dan boleh didapati di www.hombre21.store.
Dalam perkembangan lain, Aaron terbabit dalam drama Imam Ku Lelaki Pendosa terbitan Global Station Sdn Bhd dan bakal ditayangkan di Slot Akasia TV3.
Drama arahan Eyra Rahman itu turut menampilkan Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof dan ramai lagi.
Dalam masa sama, Aaron juga terbabit dalam penggambaran drama Undercover terbitan Skop Production juga untuk siaran TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.