Ads

“Saya Seronok Lihat Isteri Yang Jadi Suri Rumah…,” – Syukur Nikmat Hidup, Miliki Keluarga Bahagia & Impian Perbanyakkan Zakat, Wawa Zainal Kongsi Cabaran Jadi Usahawan

Menginjak usia 34 tahun, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal memanjatkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT sepanjang kehidupan yang dilaluinya sehingga kini.

Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin berkata, pada fasa kehidupannya ketika ini, dia merasakan sudah tiada lagi perkara besar yang ingin dikejar.

Sebaliknya, dia hanya berharap agar rezeki yang melimpah serta kebahagiaan bersama keluarga dapat terus dikekalkan.

“Saya Seronok Lihat Isteri Yang Jadi Suri Rumah…,” – Syukur Nikmat Hidup, Miliki Keluarga Bahagia & Impian Perbanyakkan Zakat, Wawa Zainal Kongsi Cabaran Jadi Usahawan

“Saya selalu berdoa semoga apa yang saya ada ini akan Allah pinjamkan selama-lamanya. Sejujurnya saya sudah tiada lagi perkara yang ingin diimpikan sangat.

“Saya bukan riak, hanya bersyukur. Alhamdulillah banyak sudah nikmat yang saya dapat. Saya ada suami dan anak yang baik. Saya sentiasa berdoa agar Allah terus panjangkan rezeki ini.

“Saya juga mahu terus berusaha menjadi isteri yang terbaik buat Aeril. Saya pun masih belajar lagi untuk menjadi isteri yang sempurna dan hamba Allah yang taat,” katanya kepada MH.

Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan sambutan hari lahir di Teratak Amandarii Homestay, Kajang, pada Khamis.

“Saya Seronok Lihat Isteri Yang Jadi Suri Rumah…,” – Syukur Nikmat Hidup, Miliki Keluarga Bahagia & Impian Perbanyakkan Zakat, Wawa Zainal Kongsi Cabaran Jadi Usahawan

Ads

Pada majlis sama, Wawa turut berbesar hati meraikan serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf dari Pusat Pendidikan Dar Al Musthofa.

“Saya Seronok Lihat Isteri Yang Jadi Suri Rumah…,” – Syukur Nikmat Hidup, Miliki Keluarga Bahagia & Impian Perbanyakkan Zakat, Wawa Zainal Kongsi Cabaran Jadi Usahawan “Saya Seronok Lihat Isteri Yang Jadi Suri Rumah…,” – Syukur Nikmat Hidup, Miliki Keluarga Bahagia & Impian Perbanyakkan Zakat, Wawa Zainal Kongsi Cabaran Jadi Usahawan

Berkongsi lanjut, pelakon filem 99 Kali Rindu ini juga memasang impian untuk meningkatkan lagi jumlah bayaran zakat pada masa akan datang.

“Saya Seronok Lihat Isteri Yang Jadi Suri Rumah…,” – Syukur Nikmat Hidup, Miliki Keluarga Bahagia & Impian Perbanyakkan Zakat, Wawa Zainal Kongsi Cabaran Jadi Usahawan “Saya Seronok Lihat Isteri Yang Jadi Suri Rumah…,” – Syukur Nikmat Hidup, Miliki Keluarga Bahagia & Impian Perbanyakkan Zakat, Wawa Zainal Kongsi Cabaran Jadi Usahawan

“Salah satu impian saya sempena hari lahir ini adalah untuk menambahkan lagi jumlah bayaran zakat. Saya mahu setiap tahun itu ada peningkatan.

Ads

“Kami sudah tiga tahun kekal dengan jumlah yang sama (RM1,000,000). Bisnes juga semakin meningkat. Harta dunia ini jika dikejar, tidak akan habis,” kongsinya lagi.

Cabaran Jadi Usahawan, Korbankan Masa Bersama Keluarga

Dalam pada itu, Wawa mengakui di sebalik kehidupan yang kelihatan sempurna, terdapat banyak pengorbanan yang perlu dilakukan, termasuk dari segi masa bersama keluarga.

“Saya Seronok Lihat Isteri Yang Jadi Suri Rumah…,” – Syukur Nikmat Hidup, Miliki Keluarga Bahagia & Impian Perbanyakkan Zakat, Wawa Zainal Kongsi Cabaran Jadi Usahawan “Saya Seronok Lihat Isteri Yang Jadi Suri Rumah…,” – Syukur Nikmat Hidup, Miliki Keluarga Bahagia & Impian Perbanyakkan Zakat, Wawa Zainal Kongsi Cabaran Jadi Usahawan

“Cabaran yang terpaksa saya hadapi adalah untuk punyai masa bersama keluarga dan anak-anak. Jika orang melihat, mereka rasa seronoknya jadi Wawa Zainal.

“Dalam masa sama, saya pula rasa seronok bila melihat para isteri yang menjadi suri rumah. Mereka boleh luangkan masa yang lama bersama anak-anak,” luahnya.

Ads

Menurutnya lagi, dia dan suami perlu sentiasa bersedia dari segi mental untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menguruskan syarikat, lebih-lebih lagi ketika berada dalam situasi yang genting.

“Saya Seronok Lihat Isteri Yang Jadi Suri Rumah…,” – Syukur Nikmat Hidup, Miliki Keluarga Bahagia & Impian Perbanyakkan Zakat, Wawa Zainal Kongsi Cabaran Jadi Usahawan

“Masing-masing ada cabaran sendiri. Saya juga berdepan cabaran dari segi tenaga. Usia saya sudah 34 tahun dan saya ada banyak perkara yang perlu dibuat untuk bisnes saya.

“Walaupun penat dan mental tepu, tapi kita tak boleh tunjuk rasa itu sebab saya ada staf yang ramai. Ketika ini kami sedang bertungkus lumus menyiapkan 10,000 parcel setiap hari sempena Aidilfitri.

“Kami sama-sama penat. Saya juga perlu menjaga emosi mereka. Ada diantara mereka yang bergaduh sebab penat.

“Team saya beroperasi selama 24 jam mengikut syif. Kami perlu menjaga emosi masing-masing,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Nur Nilam Ortiz Sahkan Sudah Berpisah Dengan Azlan Komeng – “Kami...

Teka-teki mengenai status perkahwinan usahawan, Nur Nilam Ortiz dan pelakon, Azlan Komeng akhirnya terjawab apabila usahawan itu mengakui mereka sebenarnya sudah lama berpisah secara...
error: Hello. Cannot.