Selepas menuntut permohonan maaf kerana didakwa menjadi mangsa fitnah, pelakon Jay Iswazir mendedahkan dia dan bekas isteri, Azzahra Ahmad kini memilih untuk berdamai.
Menurut Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail, dia dan Azzahra enggan memanjangkan lagi isu ini dan mahu belajar daripada kesilapan.
“Kami memilih untuk berdamai. Perkara seperti ini tidak sepatutnya diketahui umum kerana ia hal peribadi. Kami memilih untuk mengenang dan melihat semula apa yang terbaik.
“Alhamdulillah, Azzahra bersetuju untuk berdamai denga saya. Kami memang tidak mahu membuat sebarang hebahan. Kami bukan nak menangkan mana-mana pihak.
“Akhirnya, kesedaran itu yang kami ambil. Saya dah bekas isteri berharap anda di luar sana dapat mendoakan yang terbaik.
“Saya percaya, setiap orang melakukan kesilapan. Kita boleh memilih untuk membalas atau jadikan ia sebagai pengajaran untuk menjadi insan yang lebih baik,” katanya kepada MH.
Jay berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Dajal: Satu Malam Diperdajal yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Jay Tetap Doakan Yang Terbaik Buat Isteri
Katanya lagi, meskipun dia dan bekas isteri sudah berpisah, namun mereka tetap mendoakan yang terbaik buat diri masing-masing.
“Dalam hubungan berumah tangga, apa yang saya belajar adalah mengenai fitrah lelaki dan wanita. Jika kita tidak faham, sebab itulah berlakunya salah faham.
“Ia turut melibatkan emosi dan rasa amarah. Amarah itu yang meletakkan kita dalam keadaan rugi. Saya kini rasa lebih tenang dan lega.
“Saya percaya bila kita minta maaf dan memaafkan orang, kita akan rasa ketenangan. Malah, kami juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat satu sama lain,” ujarnya lagi.
Ads
Ditanya sama ada dia dan bekas isteri bakal kembali rujuk, Jay menyifatkan hal tersebut masih terlalu awal untuk dibincangkan.
“Soal bersama semula, saya tidak mahu fikirkan lagi kerana ia terlalu ke hadapan. Ketika ini, kami lebih selesa dalam proses berdamai dan tenang hati.
“Selebihnya saya serah kepada Allah,” akhirinya.
Ads
Sebelum ini, Azzahra telah mendakwa Jay melakukan keganasan terhadapnya ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Lantaran itu, Jay menerusi peguam telah mengeluarkan notis tuntutan dan mengarahkan Azzahra untuk membuat permohonan maaf.
Selepas menerima notis tuntutan, Azzahra memohon untuk menangguhkan permohonan maaf.
Lalu, Jay memberi masa tambahan selama 10 hari bermula 24 Disember lepas.
Untuk rekod, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Jay terlibat sebagai pelakon dalam filem Dajal yang bakal ditayangkan pada 6 Februari ini.
Selain Jay, filem arahan pengarah Pierre Andre itu dibarisi pelakon lain seperti Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan dan Hanna Halim.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam usaha mengangkat seni tari Malaysia, Stephy Dance Group (SDG) menjalinkan kerjasama strategik dengan VIBES International Agency (VIBES).
Pengasas SDG, Datuk Stephanie Low berkata menerusi perjanjian itu pelbagai usaha dapat dilakukan termasuk mempromosikan tarian di negara ini ke mata dunia.
Tambahnya lagi, tidak mustahil untuk mencipta fenomena seni tari Malaysia Pop seperti K-Pop jika semua pihak bekerjasama dan membantu mengetengahkan pelbagai tarian yang ada di negara ini.
“Saya percaya seni tari dari pelbagai kaum di negara ini boleh membentuk satu budaya tarian yang menarik dan menjadi ikutan di peringkat antarabangsa.
“Tidak mustahil kerana kita mempunyai pelbagai jenis tarian daripada pelbagai kaum yang mempunyai keunikan masing-masing dan pastinya menarik apabila digabungkan,” katanya ketika ditemui pada majlis TikTok Meet Up Night anjuran VIBES, baru-baru ini.
Low yang yang juga pemilik Centre Stage Dance Studio (CSDS) di Kajang, berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia tarian juga aktif sebagai jurutari profesional termasuk pernah membuat persembahan di China mengenakan kebaya dan menari tarian tradisional Malaysia.
“Saya percaya usaha yang dijalankan bersama VIBES melalui kandungan yang dipaparkan oleh hos TikTok dibawah agensi ini akan membantu serta menjadikan ia realiti,” katanya.
Dia juga berharap lebih banyak rancangan realiti berkenaan tarian diperkenalkan di negara ini bagi menarik minat anak muda.
Katanya, tarian juga satu kemahiran yang boleh menjana pendapatan selain memupuk gaya hidup yang lebih sihat di semua peringkat umur.
Sementara itu, pengasas VIBES, Datuk Seri Eizlan Yusof berkata agensi itu komited dalam memastikan hos TikTok dibawah seliaan mereka menyebarkan kandungan berguna kepada masyarakat.
“Kita sentiasa melatih dan mengingatkan hos kita supaya menampilkan nilai murni dan kandungan yang memberikan impak positif kepada masyarakat.
“Jangan terlalu memikirkan untuk mendapat impak atau tontonan sehingga mengabaikan tatasusila serta memberikan kesan negatif kepada pihak lain seperti yang berlaku baru-baru ini membabitkan hal negara Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Tambah Eizlan, hos TikTok juga perlu mengambil selebriti TikTokyang mempu membuat pendapatan dan mengumpul pengikut tanpa menggunakan kandungan sensasi.
Jelasnya lagi, majlis yang diadakan itu sebagai menghargai hos TikTok di bawah VIBES serta menandatangani perjanjian persefahaman dengan SDG.
VIBES turut menandatangani perjanjian persefahaman bersama Synergy Global Agency dan Inspire Agency.
Dalam perkembangan lain, pengarah dan pelakon filem Town Mall itu melancarkan Joe Kurta by Eizlan Yusof sempena sambutan Ramadan dan Syawal selepas lebih 3,000 helai terjual tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.
Namun begitu, kebanyakkan yang melakukan aktiviti bersukan terutamanya workout di gimnasiumini memilih baju sukan yang agak menjolok mata dan mengenakan jersi ketat.
Pernah menimbulkan perbalahan netizen mengenai aurat wanita terutamanya wanita bertudung, isu tersebut agak sensitif memandangkan ia dilihat kurang manis kerana tidak sesuai dengan penampilan.
Walau bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul Aina Abdul telah mematahkan stereotaip itu dengan hadir ke gimnasium dengan memakai dress labuh serta tidak ketat sama sekali.
Rileks dan bersahaja, Aina mampu sahaja mengangkat dumbbells dan bersenam seperti biasa tanpa perlu menggayakan baju sukan yang ketat ataupun mendedahkan bentuk fizikalnya.
Posting tersebut juga disertakan dengan kapsyen mengatakan yang dia hadir ke gimnasium selepas bekerja dan terserempak dengan penyanyi lelaki, Syamel yang turut berada di sana.
Perkongsian video di Intagram penyanyi itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada rakan selebriti dan juga warganet. Rata-rata memuji penampilan Aina yang masih lagi menjaga penampilan walaupun sedang bersenam.
Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa pun penampilan Aina di Gym ini memang cool dan patut dipuji!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari REMAJA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Gegar Vaganza musim ke-11 bakal melabuhkan tirai malam ini menampilkan enam finalis yang berjaya melangkah ke peringkat akhir.
Liza Aziz, Ning Baizura, Zehra Zambri, Sheila Abdull, Dyrga Dadali dan The Lima berjaya mengetepikan cabaran dari lapan peserta lain yang terlebih dahulu kecundang dalam saingan yang telah berlangsung selama lebih 11 minggu.
Cabaran saban minggu nyata memberi dimensi kepada vokal dan persembahan penyanyi-penyanyi yang sudah sedia ranum pengalamannya ini. Perubahan genre yang lari dari forte asal nyata menguji kebolehan lantas menampilkan sisi versatil mereka.
Jika dilihat daripada carta permarkahan mingguan, Liza Aziz mengungguli ‘perlumbaan’ dengan jayanya apabila berjaya menggondol kedudukan pertama sebanyak lima kali iaitu pada minggu pertama, kedua, ketiga, keenam dan ketujuh.
Manakala finalis lain pula tidak kurang hebatnya apabila masing-masing pernah bergelar juara mingguan sekurang-kurangnya sekali.
Sheila Abdul unggul pada minggu kelima, The Lima hebat pada minggu kelapan, Ning Baizura pula cukup mempesona pada minggu kesembilan, Zehra Zambri pula membuat kejutan minggu ke-10 dan Dyrga Dadali pula cemerlang pada minggu ke-11.
Biarpun Liza dilihat sebagai pencabar utama untuk merebut gelaran juara. Namun persaingan lima lagi perserta lain tidak harus dipandang sebelah mata kerana mereka pernah mencipta kejutan tersendiri.
Malam ini setiap daripada mereka bakal menampilkan tiga persembahan berbeza menyaksikan penyampaian secara solo, duet dengan penyanyi terkenal Rantau Nusantara dan juga sesi ‘battle’ yang semestinya memperlihatkan kekuatan masing-masing dalam mengadun vokal serta kawalan pentas.
Jadi siapakah yang bakal menyusul kejayaan seperti Siti Nordiana, Datuk Aishah, Jaclyn Victor seterusnya memahat nama dalam Hall of Fame Gegar Vaganza?
Semuanya bakal terjawab malam ini jam 9 malam hanya di Astro Ria. Anda juga boleh menyaksikannya secara atas talian menerusi Astro Go dan aplikasi Sooka.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.