
Kemunculan pelakon Que Haidar pada acara Jakel Crazy Sale Terpaling Murah, Sabtu lalu menjadi sorotan apabila ratusan pengunjung membanjiri Jakel Mall Kuala Lumpur, semata-mata untuk bertemu aktor berbakat besar itu.
Kehadiran ramai peminat sudah tentu disebabkan oleh fenomena tular video pendek ‘Jamilah’, yang kembali membawa nama Que sebagai antara figura paling disebut di media sosial kebelakangan ini.
Video yang pada asalnya hanya spontan dan sekadar gurauan itu menjadi trending, sehingga mencetuskan gelombang peminat yang mahu melihat sendiri ‘Abang Jamil’ versi sebenar ketika sesi meet & greet berlangsung.
Malah, Que yang diraikan juga tidak henti melayan permintaan peminat untuk sama-sama berswafoto.
Dalam kesempatan itu, Que Haidar mengakui terkejut dengan sambutan yang diterima.
“Saya sendiri tak sangka video itu akan menjadi fenomena.
“Ia spontan sahaja, tetapi apabila ramai terhibur dan hadir hari ini kerana ‘Jamilah’, saya rasa sangat bersyukur. Ini bukti hubungan saya dengan peminat masih kuat,” katanya.
Que turut merakamkan penghargaan kepada pihak Jakel atas peluang bertemu peminat dalam suasana penuh meriah.
“Saya hargai setiap sokongan mereka. Jenama ini beri ruang untuk saya bertemu peminat dengan lebih dekat, dan hari ini benar-benar luar biasa,” tambahnya lagi.



Lonjakan Positif
Selain peluang bertemu Que Haidar, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah bernilai hampir RM30,000, termasuk pelbagai gajet terkini dan barangan eksklusif.
Ketua Pegawai Pemasaran, Muzaffar Jakel, berkata populariti Que Haidar yang kembali meningkat secara tidak langsung memberikan impak besar kepada kempen jualan tahun ini.
“Que Haidar sangat dekat di hati rakyat. Fenomena ‘Jamilah’ menunjukkan pengaruh positif beliau. Kehadiran beliau hari ini menghidupkan lagi kempen kami,” katanya.
Tambah Muzaffar lagi, Que dipilih sebagai duta kerana imej kekeluargaan serta kredibilitinya yang konsisten sejak awal pembabitan dalam industri.
Acara yang turut menawarkan potongan harga besar-besaran itu berlangsung dalam suasana penuh semangat kekeluargaan dengan penyertaan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.
Promosi ini berlangsung di cawangan terpilih dan pelanggan boleh mengikuti media sosial rasmi mereka untuk maklumat terkini mengenai aktiviti dan tawaran akan datang.
Selain Que, turut memeriahkan acara sama ialah rakan duta lainnya iaitu Elly Mazlein dan Kamal Adli.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




