Uncategorized

“Saya Sendiri Sudah Move On,” – Sufian Suhaimi Tak Faham Ada Yang Masih Tanya Fasal Putus Tunang

Share

Sering diajukan soalan berkisarkan ikatan pertunangannya yang putus di tengah jalan bersama pelakon Elfira Loy, penyanyi, Sufian Suhaimi mengakui tidak faham bila masih ada yang bertanyakan perihal kisah pahit itu.

Katanya, dia kini sudah membuka buka baru dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.

“Saya tidak faham kenapa ada pihak yang akan terus ajukan soalan tentang kisah putus tunang.

 

“Sedangkan saya sendiri sudah move on dan mempunyai banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian.

 

“Jujurnya, perkara itu sudah selesai dengan pihak perempuan, namun apabila ada segelintir pihak yang masih bercakap mengenainya, ia nampak seolah-olah saya masih berada di situ sedangkan semuanya sudah selesai.

 

“Apa yang saya boleh katakan ialah saya kini sibuk dengan kerjaya selain banyak meluangkan masa bersama keluarga,” katanya kepada Astro Gempak.

Sebelum ini, sudah banyak kali namanya dikaitkan sekali dengan Elfira sejak tali pertunangan mereka putus, Mac lalu.

Mungkin tidak mahu netizen terus berkata-kata membuatkan penyanyi lagu Di Matamu itu akhirnya bersuara mengenai perkara tersebut.

Apa-apapun, MH harap selepas ini tiadalah lagi pihak yang bertanya atau memerli Sufian berkaitan hal tersebut, semua sudah selesai kan?

Foto/Instagram: Sufian Suhaimi

IKLAN