Selebriti Datuk Fazley Yaakob menyokong perubahan format baharu yang diketengahkan program realiti, Gegar Vaganza (GV) apabila pada musim ini, penyanyi yang dilihat masih popular dan masih aktif turut diberi peluang untuk bersaing.
Fazley berkata, perubahan drastik yang berlaku memberi ruang persaingan yang lebih sihat, apatah lagi para peserta edisi kali ini disifatkan sebagai hebat belaka.
“Saya sangat setuju dengan format baharu yang dilakukan. Sebab ada penonton yang mungkin sudah bosan dengan pertandingan yang klise.
“Jadi bila Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) ambil penyanyi popular atau yang pernah memenangi anugerah lain untuk sertai, pada saya ia mengubah landskap GV itu sendiri.
“Saya sokong walaupun ada perserta yang popular tapi dia mungkin sudah lama tidak bertanding di dalam genre lagu yang berbeza. Sekarang ini, semua peserta bertanding dengan orang yang hebat.
“Jadi saya rasa dengan adanya pembaharuan itu, mungkin program pertandingan lain pun akan terfikir untuk melakukan perubahan juga,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu Asmara Ini itu ditemui pada majlis Pelancaran Menu Baharu Starbucks di Starbucks Reserve Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Antara menu lazat terkini yang diperkenalkan ialah Kuih Bakar Burnt Cheesecake, Brioche Murtabak Ayam, Croissant Roti John, Pau Sambal Malaysia danAyam Percik Linguine.
Sementara itu ditanya sama ada format tersebut ‘adil’ untuk penyanyi yang mahu kembali selepas lama menyepi, Fazley mengulas;
“Sebab itu saya kata, GV bukanlah platform untuk membantu mereka yang ‘suam-suam kuku’, tetapi ia platform pertandingan. Bila saya sendiri pernah sertai GV, saya tahu ia sebuah pertandingan yang sebenar.
“Jadi kalau ia sebuah pertandingan, tak semestinya kalau orang itu (peserta) ‘suam-suam kuku’ atau sedang hebat mereka tidak boleh berada di pentas yang sama. Masing-masing ada kehebatan tersendiri.
Ads
“Sebab apa yang saya tahu, tema GV setiap tahun juga berbeza. Ketentuannya tahun ini kita tahu setiap peserta memang hebat. Rasa saya bila saingan GV9 ini sudah mula, penonton akan mulai faham ‘competition is competition’,” katanya lagi.
Terdahulu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad kepada media sebelum ini menjelaskan, format baharu itu bertepatan dengan peredaran masa.
Malah ia dibuat bagi menyuntik elemen kelainan selepas hampir sedekad menghiburkan penonton.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nur Fazura dan Fattah Amin merupakan pasangan selebriti popular Malaysia yang cukup dikenali ramai. Sama-sama berjaya sebagai anak seni mereka berdua turut terkenal sebagai pasangan yang sukses menjalankan perniagaan.
Terbaharu dalam satu hantaran di Instagram, Nur Fazura telah memuat naik sebuah video khas dengan ucapan yang cukup menyentuh hati buat suaminya yang menyambut hari lahir ke-32 hari ini.
Ucapnya, “Inilah cinta dalam hidup saya, semasa kita meraikan kamu hari ini, saya harap kamu tahu betapa berharganya kamu sebagai seorang manusia. Terima kasih sayang kerana menjadi cahaya hidup saya, tulang belakang saya, penasihat saya, lelaki gagah saya dan kadang-kadang clingy-hubsbaby.
“Terima kasih sayang kerana menjadi penyokong terbesar ketika saat kegembiraan dan menjadi orang yang saya berlari kepada ketika menghadapi masa yang sukar. Saya berasa bertuah setiap hari kerana Allah SWT memilih awak sebagai suami saya dan ayah yang terbaik kepada Fatima.
“Jadi, ini untuk kamu sayang ku. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi, merahmati, memberi petunjuk dan hidayah serta mengurniakan keredaanNya buat sayang di dunia dan akhirat. Saya cintakan awak sayang.”
Penyanyi dan pelakon Cik Manggis mendedahkan kebelakangan ini dia aktif melibatkan diri di dalam sukan ‘surf skating’.
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin, 33, berkata, dia dan suami Syazmin Firdaus Aminuddin baru sahaja berjinak-jinak di dalam sukan ini iaitu sekitar April lalu.
Anggota kumpulan De Fam ini pada masa mengakui, dia dan suami mula kembali mendapatkan stamina sejurus mereka disahkan positif Covid-19 sebelum ini.
“Sebelum ini saya dan suami pernah terjangkiti Covid-19. Kemudian selepas itu rasa macam tak sihat sangat, mungkin ada di antara mereka yang pernah dijangkiti akan mengalami simptom ‘post Covid-19’.
“Jadi kami terfikir untuk lakukan aktiviti riadah yang boleh mengeluarkan peluh. Alhamdulillah selepas aktif dengan ‘surf-skate’, setakat ini stamina kami kian baik.
“Sekarang ni kalau tiada komitmen kerja seni, memang saya akan turun padang main ‘surf-skate’. Sampaikan pemain lain pun teruja dengan progres kami memandangkan kami sebagai ‘budak baru’,” katanya kepada MH.
Manggis ditemui pada program Malaysia Boleh bersama Milo sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Cik Manggis juga menambah, dia mengikuti kelas latihan khas bagi mengetahui dengan lebih jelas mengenai sukan berkenaan.
“Sebelum betul-betul aktif, kami ada ambil kelas asas ‘surf-skate’ sekali. Kemudian daripada situlah, kita belajar daripada mereka yang berpengalaman.
“Kiranya inilah hobi baru saya selepas menari. Ramai juga peminat tanya sebab sudah jarang kongsi video menari di media sosial,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Manggis bersama De Fam bakal muncul dengan single terbaharu hujung bulan ini.
Berbeza daripada single terdahulu, lagu baharu tersebut bakal dilancarkan bersama muzik video rasmi dan optimis naskhah ini mampu diterima baik pendengar sejurus dilancarkan.
Terdahulu di dalam perkongsian sebelumnya, Jihan memaklumkan dia sudah pun melakukan pemerikaan terakhir kandungan, beberapa hari lalu.
Terdahulu, Jihan menerusi MH sebelum ini meluahkan perasaan teruja dan bersyukur apabila kali ini dia diberikan rezeki zuriat selepas anak pertama, Ungku Arsalan Haq sudah mencecah usia empat tahun.
Jihan, 39, mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...