Setelah sekian lama berjuang untuk mendapatkan kebebasan mutlak terhadap diri dan juga hartanya, akhirnya hakim telah memutuskan untuk menggantung tugas bapa bintang terkenal tersebut sebagai conservator.
Jamie Spears yang telah mula menjadi conservator kepada Britney Spears bermula tahun 2008 ekoran dari ketidakstabilan mental yang dihadapi anaknya itu dikatakan telah menyalahgunakan harta dan terlalu mengongkong anaknya dalam banyak hal.
Ketika zaman kegemilangannya
Pada Rabu lalu, Hakim Benda Penny telah menggantung Jamie Spears sebagai conservator dan meletakkan John Zabel sebagai conservator sementara sehingga penghujung tahun ini.
Mengulas tentang perkara itu, hakim menyatakan keputusan yang diambil adalah melihat kepada sisi kebaikan untuk Britney Spears yang menjadi visi di dalam perbicaraan tersebut.
Britney bersama tunangnya, Sam Asghari
Walaubagaimanapun Britney tidak menghadiri sesi perbicaraan tersebut, kedua ibu bapanya Jamie Spears dan Lynne Spears menyertai sesi itu menerusi sesi panggilan audio.
Ads
Penyanyi yang baru bertunang ini tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai keputusan hakim tetapi dalam satu hantaran di laman Instagramnya dia menyatakan yang dia berasa sangat gembira.
Dalam hantaran tersebut Britney dilihat sedang mengendalikan sebuah kapal terbang ringan dan itu merupakan pengalaman pertama kali buat dirinya dalam menerbangkan sebuah kapal terbang.
Ads
Wah nampaknya selepas ini diva pop ini boleh ‘terbang’ lebih tinggi dalam merencana kerjaya dan juga kehidupan tanpa dikongkong oleh sesiapa lagi.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan tindakan murni pelakon, Zara Zya yang dilihat memberi makanan buat anjing jalanan.
Video yang dikongsikan di laman Instagram itu nyata mendapat pujian dan reaksi positif daripada ramai pihak.
Memetik laporan Kosmo Online, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, sifat bantu-membantu ini sememangnya sudak sebati dengan kehidupnya dan dia merasakan semua pihak termasuk haiwan berhak untuk dibantu.
Katanya lagi, selagi diberikan kudrat dan kemampuan dia akan terus menghulurkan bantuan buat sesiapa sahaja yang memerlukannya.
“Saya memang suka menghulurkan bantuan kepada semua yang memerlukan dan umum tahu saya ada pertubuhan sendiri iaitu Malaysia Prihatin.
“Semua golongan tidak kira kaum, bangsa mahpun jenis makhluk saya akan bantu. Selagi makhluk itu bernyawa, ada perut dan berasa lapar, insya-Allah saya hulur bantuan,” katanya seperti yang dipetik.
Mengulas lanjut mengenai video tular itu, pelakon drama, Pia ini berharap agar bantuannya itu dapat menjadi ikutan buat masyarakat di luar sana.
Malah, Zara juga turut menzahirkan rasa terharu terhadap komen-komen pujian yang diberikan oleh netizen.
“Sangat terharu dengan pujian ramai. Dalam ruangan komen ramai yang puji malah ada yang ingin melakukan perkara serupa.
“Semoga apa yang saya lakukan ini menjadi asbab kebaikan untuk lebih ramai orang melakukan perkara baik terhadap semua orang. Jangan pinggirkan haiwan sebab mereka juga makhluk Tuhan,” jelasnya lagi.
Setakat ini, video berdurasi hampir 30 saat telah pun meraih lebih 500,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Selain bergelar pelakon, Zara juga dilihat sibuk menguruskan pertubuhan kebajikannya sendiri yang dikenali sebagai Malaysia Perihatin.
Sumber: Instagram Zara Zya & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengakui suami yang juga penyanyi, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.
Menurut Stacy, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam kepadanya juga cukup santai dan tidak terlalu berat.
Imbas kembali, pada 24 Ogos lalu genap enam tahun usia penyanyi Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.
“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.
“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’.
“Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik,” kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4 itu.
Malah hubungan baik yang terjalin ketika itu juga mendorong penyanyi lagu Pelangi Senja itu terus mendekatkan diri dengan agama Islam.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami.
“Pada 26 September 2015, kami bertunang, seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” katanya.
Stacy mengimbas detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya, baru-baru ini.
Dedah Stacy kepada hosnya, Tya Arifin, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.
Bagaimanapun, momen tersebut pernah menjadi tular dan sensasi apabila penyebaran gambar serta video proses pengislaman dirinya.
“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.
“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.
“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.
Dia pada masa sama mengakui, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.
“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.
“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira.
“Ketika itu saya sedar, perasaan bukan-bukan itu hanya mainan emosi,” katanya yang masih belajar untuk menjadi insan terbaik.
“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya lagi.
Program Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu.
Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Foto: Instagram Stacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak beberapa hari lalu, nama lagenda badminton negara, Rashid Sidek kembali menjadi sebutan susulan pencapaian anak didiknya, Cheah Liek Hou yang berjaya meraih emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Rashid yang bertindak selaku jurulatih badminton para negara merupakan antara watak penting yang merintis kejayaan sulung Cheah Liek Hou di pentas sukan terbesar dunia itu.
Ketika seluruh rakyat Malaysia tidak henti-henti menitipkan ucapan tahniah buat wira-wira negara itu, tular pula sebuah ciapan di laman Twitter yang memaparkan sebuah foto lama membabitkan Rashid bersama ratu rock tanah air, Ella.
Off topic 🙏🏻 Masa saya kecil dulu suka tengok bila Ella dating Rashid Sidek 😅 cari balik gossip lama tahun 1990an dah tak jumpa. pic.twitter.com/wNiBI4vX8A
Foto tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak yang rata-ratanya mengimbau semula kisah-kisah ketika zaman 90-an dahulu.
Lantaran itu, menerusi sebuah hantaran di laman Twitter, Ella turut dilihat ada memberikan reaksinya berhubung foto berkenaan.
Menurut penyanyi lagu Layar Impian itu, gambar tersebut merupakan sebuah kisah lama dan Ella juga turut memaklumkan hubungannya bersama Rashid hanyalah sekadar teman biasa.
Katanya lagi, dia juga sebenarnya merupakan salah seorang peminat tegar kisah-kisah biografi dan animasi popular, Anak-Anak Sidek.
“Alaa cerita lama, hanya kawan. Lagipun, i’m a fan of Anak-Anak Sidek. Okay gambar ni jelas sikit,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama, Ella turut dilihat berkongsi semula foto berkenaan tetapi kali ini dengan versi yang lebih jelas.
Setakat ini, tweet tersebut telah pun meraih lebih 4000 ulang ciap selain turut dihujani ratusan komen.
Sekadar informasi, Rashid merupakan antara atlet badminton yang telah banyak mengharumkan nama negara di pelbagai kejohanan besar termasuklah ketika meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan di Sukan Olimpik Atlanta pada tahun 1996.
Selain daripada itu, Rashid juga merupakan antara pemain yang tergolong di dalam generasi emas badminton negara susulan kejayaan memenangi Piala Thomas buat julung kalinya pada tahun 1992.
Sumber: Twitter Ella, Instagram Ella & Rashid Sidek
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.