Uncategorized

“Saya Saharul, Bukan Shah,”- Saharul Ridzwan Kongsi Pengalaman Hampir Kena ‘Pukul’ Sebab…

Share

Nampaknya memang hebat impak drama Jangan Benci Cintaku ini hinggakan ada peminat yang emosi bila berjumpa dengan para pelakonnya.

Kisahnya, pelakon utamanya, Saharul Ridzwan berkongsi pengalamannya bertemu dengan peminat setia drama tersebut hingga hampir dipukul.

“Hai, sebenarnya saya buat video ini sebab nak bagitahu yang saya ni Saharul Ridzwan bukan Shah. Kalau kat dalam drama tu ya, saya Shah.

“Tapi janganlah kat luar sampai nak pukul saya, makcik-makcik yang marah betul kat saya tu. Kesianlah kat saya.

“Terkejut saya tiba-tiba makcik tu tepuk (macam husna tumbuk shah). Tergelak sorang-sorang pulak lepas tu,” tulisnya.

Alahai kasihan pulak MH dengar kisah Saharul ini. Ramai betul yang marah dengan watak Shah itu ya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa simpati kepada Saharul namun ada juga yang mengatakan dia memang patut dipukul kerana wataknya itu.

Apa-apapun, MH harap agar peminat tidaklah terlalu emosi hingga mendatangkan kecederaan kepada para pelakonnya. Itu semua kan hanyalah lakonan semata-mata.

Foto: Instagram Saharul Ridzwan

IKLAN