Categories: Uncategorized

“Saya rindukan anak-anak saya. Alhamdulillah syukur kita kepada Allah.” – Respond Faris Sejurus Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

Share

Sejurus dibebaskan dengan ikat jamin pada pukul 3.00 petang pada Selasa, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil sempat meluahkan rasa syukur kepada pihak media yang setia menanti sejak awal prosedur mahkamah.

Kongsi Farid, dia bersyukur dan apa sempat berkata dia cukup merindui anak-anaknya.

“Saya rindukan anak-anak saya. Alhamdulillah syukur kita kepada Allah. Dia telah memberikan jalan cerita hidup saya semakin hari semakin menarik,” ujarnya ringkas kepada media seujurus urusan ikat jamin di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Secara spontan, Farid turut memberikan signal istimewa kepada petugas media sebagai tanda penghargaan kerana mengikuti perkembangan kesnya sejak Jumaat lalu.

Pelakon drama berusia 37 tahun itu kemudiannya terus dibawa keluar dari perkarangan mahkamah menaiki kenderaan MPV hitam. Turut menemani Farid ialah dua adiknya, Fadzil dan Anis. Turut kelihatan ialah isterinya, Datin Diana Danielle.

Bagaimanapun, Diana enggan memberikan apa-apa komen mengenai kes tersebut apabila diajukan persoalan daripada pihak media. Ikuti siaran langsung yang turut disiarkan menerusi FB Live Media Hiburan.

 

 

IKLAN