
Bergelar selebriti popular, namun tidak sedikit pun timbul perasaan malu dalam diri Hazama apabila dia kini sibuk turun padang meniaga di bazar.
Menurut Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi tiada apa yang perlu dimalukan demi mencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.
“Saya tidak kisah duduk di bazar sebab sebelum ini kehidupan saya bermula dari situ. Saya pun memang dah ada pengalaman bekerja di bazar sebelum bergelar artis.
“Jadi saya tidak berasa segan untuk berada di tempat asal saya kembali,” katanya.
Hazama dan isteri, pemuzik Genervie Kam menjual produk makanan Asam Laksa bertempat di bazar Gamuda Cove, Dengkil bermula sejak 14 April lalu.
Penyanyi berusia 38 tahun itu juga menyimpan impian untuk membuka restoran bagi memperluaskan lagi perniagaan mereka.
“Saya teringin nak buka restoran tapi buat masa ini tak boleh nak fokus lagi tetapi adalah ke arah itu.
“Cuma ada kekangan dari segi modal… kalau ada, InsyaAllah.
“Kita cuba perlahan-lahan, mana tahu ada rezeki nanti dapatlah buka restoran,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hazama
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Waspada! Finalis Hero Remaja 2020, Hariz Hamdan Tak Balas Komen Nakal, Bimbang Ada Yang Ambil Kesempatan

Peserta paling muda dalam Hero Remaja 2020, Hariz Hamdan menyifatkan penglibatannya menerusi pertandingan pencarian bakat baru itu adalah suatu proses yang mematangkan diri, sekali gus membentuk personaliti yang lebih meyakinkan.
Turut mendapat nasihat dari kalangan finalis lain yang lebih berusia, anak jati Selangor ini juga gembira kerana mulai mengumpul peminat sejak menyertai program realiti itu pada awal Februari lalu.
View this post on InstagramA post shared by Hariz Hamdan (@harizws) on
“Setakat ini baik-baik sahaja. Meski kami berada dalam sebuah pertandingan, namun pada masa sama, saya turut dapat kenalan baru dari kalangan peserta.
“Kami sama-sama menyokong dan yang penting, mereka turut berikan nasihat memandangkan saya peserta yang paling muda.
“Masih banyak yang perlu saya belajar untuk menjadi yang lebih baik,” katanya kepada MH.
View this post on InstagramA post shared by Hariz Hamdan (@harizws) on
Kian mendekati dunia glamor, pemilik nama lengkap Muhammad Hariz Muhammad Hamdan ini juga tidak menafikan dirinya mula didekati, khasnya dari kalangan warga maya yang mahu berkenalan.
Malahan, ada di antara mereka yang menghantar mesej seumpamanya menerusi media sosial.
Ditanya dirinya ada menerima teks yang bersifat nakal, ini jawapan tuan badan;
“Bagi saya, ia sesuatu yang normal. Rasanya bukan saya sahaja tetapi finalis lainnya juga sudah ada peminat sendiri yang turut berikan sokongan sepanjang pertandingan ini.
“Cuma setakat ini saya belum kena kacau. Kalau setakat ucap ‘good luck’ atau ‘hye’ itu, boleh dikatakan banyak… dalam beratus jugalah.
“Kalau ada masa, saya akan cuba untuk balas satu persatu. Golongan perempuan yang paling banyak hantar mesej dan ada juga yang mahu berkenalan sebenarnya. Terima kasih kerana sudi menyokong.
“Jika ada yang hantar mesej nakal pula, saya pilih untuk tidak membalas. Saya takut… Bimbang andai ada yang ingin berkenalan hanya kerana mahu ambil kesempatan semata-mata.
“Kalau di peringkat awal macam ada yang tidak kena, saya akan cuba jauhkan,” jelasnya yang baru saja mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu lalu.
Jangan lupa untuk menonton program Hero Remaja 2020 setiap Khamis jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Foto: Instagram Hariz Hamdan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Industri Kita Bila Nak Matang?” – Pelakon Berusia Pilihan Filem Korea, Ini Reaksi Rita Rudaini

Berkongsi momen menonton Goodbye Mr Sunshine, pelakon Rita Rudaini sempat menyatakan kekaguman terhadap industri filem Korea yang dilihat turut mengutamakan pelakon berusia sebagai teraju filem.
Lakonan yang cukup mantap menjadikan keseluruhan filem cukup memberi impak kepada penonton.
“Scene2 dlm ni xle terlepas tgk…scene ni paling sedih nangis mcm mmmm apa tah…sekali skala mata kena basuh jugak kan. Goodbye Mr.Sunshine,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, bintang ini turut membayangkan industri tempatan yang disifatkan masih belum matang daripada segi pemilihan pelakon.
“Pelakon2 dlm cite ni beza umur sgt ketara..hero umur 49tahun…lakonan xyah ckp laa…matang n sgt lelaki…..heroin je yg paling muda…cerita korea mmg matang…sebab tu ramai layan korea termasuk me. industri kita? Bila nk matang,” tanyanya.
View this post on InstagramA post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on
Lalu, kenyataan ini turut dipersetujui segelintir netizen yang turut kagum kepada filem terbitan negara berkenaan.
Pada masa sama, ada di antara mereka yang turut menyindir mengatakan industri tempatan punya starter pack tersendiri.
Foto : Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ariani Keluarkan 300,000 Busana Raya & 300 Hijab Pelbagai, Rozita Che Wan Syukur Rezeki Jadi Muse!

Isi Kandungan
ToggleAriani sekali lagi mencuri perhatian industri fesyen menerusi pelancaran koleksi lebaran terbarunya, Hikayat Ariani Karya Seindah Busana, yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, baru-baru ini.
Acara berkenaan mempersembahkan koleksi hijab dan busana raya terkini, menawarkan lebih 300 pilihan hijab serta 300,000 persalinan raya bersempena Aidilfitri tahun ini.
Percaya Rezeki, Che Ta Jadi ‘Muse’
Dalam pada itu, penampilan selebriti popular, Rozita Che Wan yang dilantik sebagai Muse Ariani Luxe 2025 pada acara sama turut menjadi sorotan sekali gus mengukuhkan jenama tersebut sebagai koleksi premium yang eksklusif.
Koleksi ini menampilkan rekaan mewah dengan perincian French lace dan kemasan kristal Swarovski, menjadikan setiap helaian lebih elegan dan berseri di tubuh pemakai.
“Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas. Kalau Dia kata bukan rezeki kita, makanan yang nak masuk dalam mulut pun boleh terlepas.
“Apa pun saya okay sahaja dan bersangka baik atas apa yang berlaku, semuanya rezeki,” katanya.
Dalam pada itu, Ariani Ready-To-Wear (RTW) turut menawarkan 300,000 persalinan raya, merangkumi baju kurung, jubah, kurta, dan baju melayu, direka dengan material premium seperti cotton, satin, chiffon, jacquard, dan banyak lagi.
Tahun ini, Ariani Raya 2025 masih mengekalkan Lisa Surihani, Uyaina Arshad, dan Bella Dally sebagai duta utama serta turut memperkenalkan 11 wajah baru bagi kempen Raya 2025.
Malah buat pertama kali, Ariani turut menampilkan barisan hero Malaya dalam koleksi ARYAN, dengan kemunculan Dato’ Rahim Razali, Dato’ Fizz Fairuz, Edika Yusoff, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Sham Visa, Roy Azman, dan Zarul Umbrella.
Kolaborasi Eksklusif
Sementara itu, pihaknya juga mencipta sejarah apabila berkolaborasi dengan jenama mewah antarabangsa, Liberty London.
Ia menggabungkan potongan tradisional dengan empat corak bunga ikonik dari Liberty, melambangkan gabungan budaya Malaysia dan fesyen global.
Selain itu, Ariani turut bekerjasama dengan Bokitta untuk memperkenalkan tudung instant tanpa pin, sesuai untuk wanita moden yang mengutamakan keselesaan.
Persembahan Bintang Lagenda
Selain pertunjukkan koleksi terbaharu, acara tersebut turut diserikan dengan persembahan istimewa penyanyi Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah.
Ariani turut menerima kehadiran tetamu kehormat, Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, menjadikan pelancaran koleksi Hikayat Ariani Karya Seindah Busana sebagai salah satu acara fesyen paling berprestij tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI