Penyanyi Santesh berjaya menggamatkan suasana di Auditorium MBSA pada Ahad di saingan Big Stage 2019 minggu kedua apabila membuat persembahan lagu Balqis, nyanyian asal Datuk Seri Nurhaliza yang juga merupakan juri tetap kepada program realiti berkenaan.
Membuat persembahan dengan penuh tenaga, Santesh mendapat kedudukan antara lima tertinggi pada akhir saingan.
“Kalau bagus saya cakap bagus, kalau tak bagus saya akan bagitahu apa sebabnya. Akan tetapi persembahan Santesh ni bukan saya nak bias, memang terbukti bagus!
“Untuk pengetahuan peserta yang lain, kalau ikutkan penjurian vokal mempunyai 70 peratus dan kreativiti 30 peratus. Sebab itulah kita jangan hanya bergantung pada vokal sahaja. Kreativiti juga diambil kira dan saya ingin puji dengan apa usaha yang Santesh sudah lakukan pada malam ini, inilah tahap persembahan yang kami mahukan,” puji Siti sejurus Santesh selepas membuat persembahan.
Pada masa sama, penyanyi lagu Anta Permana ini juga tidak menafikan penyanyi berketurunan India itu mempunyai kelebihan dari segi lenggok nyanyuan.
Ads
“Satu persembahan yang menghiburkan. Nyanyiannya juga kelebihan di situ dan Santesh ada kelebihan dari segi lenggok dan bagi saya Santesh bawakan lagi ini dengan cara tersendiri.
“Jadi saya puji, suka dengan persembahan ini. Saya nak Santesh terus konsisten, berikan yang lebih baik minggu depan,” komen Siti sekali gus mendapat reaksi dari juri jemputan yang juga penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.
“Pada saya Santesh punya persembahan yang sangat matang, selesa di atas pentas dan tak takut untuk berkomunikasi dengan audiens. Keep it up, nampaknya markah awak agak tinggi dari saya,” kata Syafinaz.
Menerusi ruangan komen di Instagram Astro Gempak, rata-rata penonton terhibur dan memberikan komen positif terhadap persembahannya.
Ads
Sementara itu, tiga perserta lainnya iaitu Sheryl, Aziz dan Chaleeda berada di kedudukan tiga terbawah dan nyata markah undian tidak menyebelahi Sheryl sekali gus menyebabkan dirinya tersingkir.
Big Stage 2019 bersiaran secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Usahawan sensasi, Safiey Illias sebentar tadi ada memuat naik satu posting yang dirakam bersama bapanya.
Sambil menyatakan rasa sayu, penyanyi Apa Salah Syinta ini turut memaklumkan rasa nikmat apabila dapat menunaikan solat Subuh bersama yang tersayang.
“Nikmatnya dapat pergi jumaah Subuh dengan ayah. Sedih pun ada,” tulisnya ringkas.
Difahamkan, Safiey kini berada di kampung halamannya di Pahang bagi mengisi masa curi sempena Raya Korban.
Sementara itu, apabila menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi positif selain mendoakan agar Safiey kembali dibukakan hati untuk terus melakukan kebaikan.
Foto: Instagram Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laman Instagram Jep Sepahtu, pelawak ini berkongsikan khabar duka apabila bapa angkat yang dikenali sejak 20 tahun lalu telah meninggal dunia.
Sewaktu dihubungi, dimaklumkan Haliman bin Masran merupakan anggota keluarga yang rapat dan dianggap sebagai bapa kepada anggota Sepahtu ini.
Walau bagaimanapun, maklumat lengkap mengenai sebab kematian tidak dinyatakan.
“Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Terima kasih untuk segala jasa, tunjuk ajar dan nasihat. Aku kenal pantun ini kira-kira 20 tahun yang lalu di rumah orang tua ini.
Pucuk paku atas paku, Paku ada di atas dulang, Cari aku dalam aku, Aku ada didalam terang. . Al-Fatihah buat Haliman Bin Masran,” tulis Jep.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.