Pelakon Ruhainies terbuka dan tidak mengambil serius jenaka yang dilemparkan sesetengah netizen yang menggelarkan dirinya sebagai ‘queen of birthday’ susulan kerap berkongsi majlis sambutan di media sosial setiap kali tiba hari jadi.
Genap berusia 30 tahun, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, situasi tersebut berlaku disebabkan jadual kerjanya yang tidak menentu, sekaligus menyebabkan ada sambutan yang terpaksa dianjakkan.
“Sambutan nampak banyak kali kerana saya meraikannya bersama peminat, kawan-kawan dan juga dengan keluarga. Saya okay saja bila orang label saya sebagai ‘queen of birthday’. Malah waktu viral sebelum ini, saya perasan ada yang kata ‘hari jadi dia lagi dan lagi’.
“Sebabnya bila saya sibuk dengan komitmen kerja, rakan akan tunggu tarikh dan masa saya. Jadi, kalau sudah terlepas sekali pun, mereka tetap nak meraikan,” katanya kepada MH.
Ads
Ditanya jumlah kek terbanyak yang pernah diterimanya, Ruhainies akui ia boleh mencecah hingga berpuluh-puluh biji kek.
“Tahun lepas waktu pandemik, saya tidaklah dapat banyak kek, dalam empat lima biji. Cuma beberapa tahun lalu, saya pernah terima lebih 20 biji kek. Alhamdulillah ramai yang sayang, saya percaya itu juga rezeki, amin,” katanya lagi.
Ruhainiens pada masa sama akui seiring peningkatan usia, cabaran serta tanggungjawab pasti menjadi lebih bersar berbanding sebelumnya.
“Bila masuk ‘3 series’ ni, saya rasa komitmen itu menjadi lebih besar. Masih banyak yang belum dicapai. Tambah pula saya masih ada keluarga, ibu bapa.
Ads
“Bila kita sudah capai sesuatu, sudah tentu kita akan impi yang lebih lagi. Saya kalau boleh mahu perkasakan lagi bisnes sendiri. Sebelum ini saya banyak lakukan kolaborasi sahaja. Tetapi kali ini kalau boleh mahu ada jenama sendiri.
“Kecintaan itu masih lagi dalam lakonan, cuma mahu terokai lebih dalam perniagaan pula. Sebelum aktif seni pun rakan terdekat tahu saya memang minat dalam bisnes,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Remy Ishak memaklumkan ibunya telah selamat menjalani pembedahan kali yang kedua pada Ahad.
Bagaimanapun, ibunya itu dikatakan masih belum menyedarkan diri dan disarankan untuk berehat buat sementara waktu.
“Operation kedua dan selamat berjalan tapi mak belum bangun. Kita cuba kejutkan mak esok. InsyaAllah.
“Hari ini saya di CICU. Tak dapat join ustaz dan pelajar-pelajar,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Pulang itu menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram stories.
Katanya lagi, dia juga berada di hospital bagi memantau keadaan semasa the ibunya itu.
Sementara itu, Remy turut memaklumkan sesi solat hajat yang disertai oleh pelajar-pelajar tahfiz masih lagi diteruskan di rumah ibunya yang kini memasuki hari ke-3.
“Hari ke-3 solat hajat dan bacaan Yassin dari rumah mak oleh anak-anak tahfiz. Terima kasih kepada ustaz dan para pelajar tingkatan empat,” kongsinya.
Sebelum ini, pembedahan jantung pertama ibunya itu difaham telah berlangsung selama hampir 12 jam dan terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Katanya lagi, dia sekeluarga akan berikhtiar sebaik mungkin bagi memastikan keadaan ibunya kembali sembuh seperti sedia kala.
Terdahulu, sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kardiak (CICU) Hospital Serdang, ibu Remy yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal terlebih dahulu telah menerima rawatan di Hospital Besar Melaka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Remy Ishak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hubungan mesra dua bintang popular, Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat mereka apabila kedua-duanya hadir bersama menyaksikan konsert band terkenal, Coldplay yang diadakan di Stadium Wembley, London baru-baru ini.
Kedua-dua pelakon berusia 29 tahun itu turut memuat naik video serta gambar mesra mereka ketika sedang menyaksikan konsert terbabit di laman Instagram masing-masing.
Rata-rata peminat membuat spekulasi kedua-dua mereka mungkin sedang bercinta. Sebelum ini Daiyan dan Aedy pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa sejak digandingkan bersama menerusi drama Projek: Anchor SPM.
Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen, Daiyan meluahkan rasa gembira kerana akhirnya dapat menyaksikan kumpulan Coldplay beraksi secara live.
“I love you so much Coldplay. Terima kasih untuk pengalaman yang penuh magik ini. Muzik kalian sentiasa membuatkan hati saya tersentuh dan saya bersyukur dapat menikmati momen ini,” tulis Daiyan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Daiyan Trisha, Aedy Ashraf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Nur Fazura memilih untuk tidak mengulas lanjut susulan namanya yang berhubung ‘komen Diana’ sesi siaran langsung menerusi TikTok yang dibuat Neelofa baru-baru ini.
Menurut Fazura, 38, dia tidak perlu untuk menjawab mengenai isu tersebut kerana ternyata perkara berkenaan tiada kena mengena dirinya.
“Saya ada dengar pasal ini juga. Saya rasa ini tiada kena mengena dengan saya… Diana ke apa nama tu.
“Soalan ini tidak sepatutnya ditanya kepada saya… apa yang berlaku di luar sana saya tidak tahu menahu.
“Daripada komen perkara yang saya tidak tahu, lebih baik saya fokus pada apa yang saya lakukan sekarang,” katanya.
Pelakon filem Pisau Cukur itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Faztival Fazura yang berlangsung di ibu kota, petang tadi.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai tindakan Neelofa memberikan respon berkenaan komen seorang netizen ketika sedang bersiaran langsung di TikTok bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz.
Difahamkan, pengguna yang menggunakan akaun Diana itu meninggalkan komen tentang bagaimana bagusnya jika Fazura juga mengeluarkan produk inai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan pempengaruh media sosial, Datuk Red sebagai ‘lelaki misteri’ yang diperkatakan sebelum ini terus jadi tumpuan utama sebaik sahaja dia muncul di acara Meet...