Uncategorized

‘Saya Pernah Mencecah Berat 60-65kg’ – King Coco Bersuara

Share

Bila bercerita tentang King Coco sahaja pasti kita akan terbayang karakternya yang selalu ceria dan adakalanya lucu.

Walaupun pernah dikecam dan dipandang serong oleh masyarakat berkaitan dengan sebuah video ‘Lots Of Mix’, siapa sangka sebenarnya King Coco atau nama sebenarnya Maishaira Ismail yang sering menunjukan aura positif sebenarnya punyai kisah sedih sewaktu mengandung.

Melalui Insta Stories miliknya, Coco memberitahu dia pernah tidak selesa dengan keadaan berat badannya sehingga tidak yakin untuk berdepan dengan netizen.

Memahami situasi seperti ini, Coco dapat bayangkan bagaimana pula dengan orang-orang yang jauh lebih teruk daripadannya.

Walaubagaimanapun Coco meminta orang ramai untuk sentiasa mencintai diri sendiri terlebih dahulu tidak kira apa sahaja saiz badan seseorang.

Malah Coco juga ada menyentuh tentang berat badan 60-65kg seakan memberi hint yang dirinya sedang mengulas tentang isu ‘60KG’

Memberi sokongan kepada kempen #hentikancyberbully Coco menasihati orang ramai untuk sentiasa mencintai tubuh badan selagi ia tidak memudaratkan.

IKLAN