Ceria, mudah terhibur dan sempoi. Itu yang boleh digambarkan terhadap keperibadian pelakon dan pengacara, Ain Edruce.
Bagaimanapun, figura tinggi lampai ini akui dirinya harus ‘mengawal’ diri dalam mengendalikan program realiti, Hero Remaja 2020.
“Saya diberikan kepercayaan oleh pihak produksi untuk menggalas tugas sebagai pengacara Hero Remaja 2020.
“Secara tidak langsung saya perlu ‘behave’ kerana program Hero Remaja merupakan satu program realiti matang.
“Orang mengenali saya dengan sikap yang ‘gila-gila’ dan masuk air, tetapi bagi mengendalikan program sebegini, saya tak boleh terlalu remaja dan terlalu matang sangat dalam mengendalikan program ini, jadi saya hanya bersifat sederhana, santai dan rileks,” katanya kepada MH.
Dalam masa sama, pelakon drama Camelia ini bersyukur kerana ini merupakan tugasan pertamanya bagi tahun 2020 selepas mendirikan rumah tangga bersama Amirul Hafiz pada Disember tahun lalu.
“Alhamdulillah, ini merupakan tugas pertama saya selepas bergelar isteri. Benarlah kata orang, rezeki selepas kahwin itu sentiasa terbuka luas.
“Malah, suami juga ada beri nasihat agar kawal diri semasa mengendalikan program realiti yang terdiri daripada 12 finalis yang kacak,” seloroh Ain.
Pelakon Anita Baharom berkongsi tatacara penuh pengurusan jenazah mangsa Covid-19 bermula daripada proses kafan sehinggalah diturunkan ke liang lahad.
Menerusi video tersebut, kain kafan dibentangkan dan jenazah dibalut dengan kain linen bersama dua lapis beg sarung, dan selepas itu baru jenazah dikafankan.
Kemudian proses tayammum menggunakan debu dilakukan mengikut garis panduan yang diberikan Jabatan Agama Islam.
Debu disapukan perlahan-lahan di bahagian wajah dan tubuh badan berlapikkan lapisan kain tadi.
Selepas itu, jenazah akan diletakkan ke dalam keranda yang ditempah khas.
Keranda tersebut akan dinyahkuman terlebih dahulu kemudian dilekatkan dengan gam silikon kemudian dipakukan dan proses nyahkuman dilakukan sekali lagi.
Jenazah akan terus disolatkan oleh petugas di bilik pengurusan jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Van jenazah kemudian turut dinyahkuman beberapa kali sebelum perjalanan menuju ke perkuburan.
Pengendali dan bilik pengurusan jenazah turut dinyahkuman selepas proses selesai.
Jenazah akan ditanam bersama keranda dan diturunkan menggunakan tali. Sepanjang proses dijalankan, hanya tujuh petugas yang akan menguruskan sehingga selesai dikebumikan.
Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad menjelaskan, jenazah mangsa COVID-19 akan ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit Ebola.
Foto : Instagram Anita Baharom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juara program realiti Gadis Melayu musim pertama, Khairul Noormaidah Zali atau Aida berkongsi sepotong peringatan berkenaan wabak yang sedang melanda dunia.
Menurut pendakwah berkenaan, coronavirus merupakan bencana yang diturunkan Allah kepada umat manusia namun masih ramai yang tidak mengambil iktibar dan terus berada dalam maksiat.
“Corona adalah bencana dari Allah yang diturunkan kepada kita. Apakah kita menerima bencana ini dengan ejekan, tawa dan candaan? Setiap hari membuka Whats App berisi potongan video candaan dan tawa. Cukup, sudahlah!
“Sungguh menghairankan bagi yang tidak mengambil pelajaran dan tidak takut atas murka dan hukuman Allah seakan akan bencana merupakan perkara biasa.
“Celaan (menganggap remeh) pada kondisi saat ini merupakan tipu daya syaitan. Dan merupakan tanda diantara tanda tanda kerasnya hati.
“Maka mengapa mereka tidak memohon kepada Allah dengan tunduk merendahkan diriketika datang seksaan kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan keindahan kepada mereka dengan apa yang selalu mereka kerjakan.”
“Tidakkah kita lihat sekeliling kita? Tidakkah kita lihat orang yang sakit dan wafat? Apa yang kita tunggu? Turunnya hukuman dari langit yang membinasakan kita? Hingga kita mengambil pelajaran dan bertaubat kepada Allah?
“Apakah kalian tahu bagaimana seorang muslim menghadapi bencana dan musibah? Menerimanya dengan taubat, kembali kepada Allah, berdoa dan memohon kepada Allah. Memohonlah kepada Allah!
“Dan engkau yang menyebarkan potongan video ejekan, candaan dan tawa, apakah kau tidak memiliki perasaan, hati dan darah? Sekolah ditutup, perbatasan ditutup, masjid ditutup, solat jemaah dan solat Jumaat ditiadakan. Muadzin mengatakan ‘solatlah dirumah-rumah kalian’.
“Umrah dihentikam sudah 20 hari, tidak ada seorang pun yang umrah di muka bumi ini. Apakah Allah membenci langkah kita? Sehingga tidak mengizinkan kita melangkah.
“Adakah ini disebabkan oleh tangan kita? Apakah kita terang terangan bermaksiat kepada Allah dan Allah berpaling atas diri kita?
“Ini adalah peringatan! Ini adalah peringatan!
“Tidak ada tempat menjadikannya sebagai bahan canda. Sebahagian salaf mengatakan, sungguh sangat rendah kedudukan seorang hamba jika dia tinggalkan perintah Allah. Sungguh kesedihan bagi hamba, tidaklah datang perkara dari Rasul kecuali mereka menjadikan hal tersebut sebagai bahan celaan.
“Bukanlah bencana ini sebagai utusan Allah? Bukanlah penyakit ini sebagai peringatan? Hingga kita kembali dan memperbaiki jalur kehidupan kita. Ayat ini bukanlah kekhususan Rasulullah SAW melainkan mencakup Rasulullah dan peringatan Rasulullah sebagaimana yang dikatakan Toha Ibnu Aasyuur.
“Allah berfirman ‘Tidaklah kami turunkan ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan Allah) melainkan agar mereka takut’.
“Jika kita tidak takut saat ini, maka bila kita akan takut? Saya mengajak anda untuk berprasangka baik kepada Allah, tapi prasangka baik ini harus diiringi dengan bekal. Dan bekalmu adalah taubat dan beramal kebaikan.
“Ya Robb, kami telah menzalimi diri kami, jika engkau tidak mengampuni kami dan merahmati kami maka kami akan termasuk dalam kelompok orang-orang yang rugi,” jelasnya.
“Moga ini dapat menjentik hati kita . Sungguh Ya Allah . Ampuni Kami Ya Allah,” kongsinya.
Tiada kata-kata mampu diungkapkan bagi meluahkan penghargaan buat kakitangan barisan hadapan yang berkorban nyawa, masa dan keluarga bagi memastikan Malaysia terus bertahan dalam menghadapi wabak Covid-19.
Sekeping foto yang dikongsi mendatangkan rasa sebak, kakitangan hospital terduduk dan terbaring keletihan di ruang koridor hospital demi memberi khidmat buat mangsa jangkitan Covid-19.
Kongsi Mark Adam, dia cukup menghormati dan akan mengingati jasa yang dicurahkan sehingga ke hujung nyawa.
“Hormat dan respect kami kepada anda sampai ke unjung nyawa.
“Terima kasih banyak Frontliners, Doctors, Nurses, Police, Askar, Rela, Cleaners Dan semuanya.
“Kami doakan yang baik2 untuk anda Semua Dan Keluarga anda, Jaga diri Sentiasa,” jelasnya.
Netizen turut tersentuh dengan perkongsian foto tersebut dan mendoakan yang terbaik buat kakitangan barisan hadapan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seramai 19 petugas kesihatan awam dijangkiti COVID-19, termasuk dua yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan mesin pernafasan.
Beliau berkata turut dijangkiti ialah lima kakitangan perubatan swasta.
Foto : Instagram Mark Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.