Pelakon meningkat naik, Ahirine Ahirudin akui sedikit canggung untuk malakonkan babak romantis bersama aktor, Aedy Ashraf menerusi filem sarat aksi terbaharu, Tebus The Movie.
Menurut Ahirine, ada beberapa babak harus dilalukan berulang kali kerana bahasa tubuhnya yang dikatakan agak kurang feminin.
“Pada saya, nak melakonkan babak romantis di dalam filem ini tidaklah terlalu sukar. Sejak daripada mula penggambaran, saya dan Aedy memang rapat.
“Kami bina keserasian dengan bersembang tentang perkara-perkara yang kami suka. Pada mulanya mungkin ada sedikit canggung dan hal itu merupakan kesilapan saya.
“Ketika melakonkan adegan berpelukan, saya diminta untuk ulang semula kerana pengarah kata, saya peluk macam jantan. Macam ‘bro-bro’ sangat. Selepas itu, saya ubah untuk jadi lebih lembut.
“Kami sangat profesional bila bekerja. Keserasian bersama Idan Aeden juga mudah dibentuk. Kami sering keluar, main game dan tonton wayang bersama sepanjang di Sarawak,” katanya kepada MH.
Ads
Pelakon berusia 27 tahun itu berkata sedemikian ketika ditemui ditayangan perdana filem berkenaan yang berlangsung di GSC, The Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.
Pada masa sama, Ahirine turut mendedahkan dirinya amat berpuas hati dengan kualiti lakonannya di dalam filem ini meskipun dimarahi pengarah hampir setipa hari di set penggambaran.
“Boleh dikatakan saya kena marah hampir setiap hari dan setiap babak tapi saya rasa berbaloi. Kalau tak kena marah, mungkin saya tidak akan tahu kemampuan atau kesilapan saya bergelar pelakon.
“Ini pertama kali saya kena marah hari-hari. Saya tak menangis pun dan semuanya simpan dalam hati. Pada mulanya, ada rasa give up juga sebab ketika mula penggambaran, banyak babak ekstrem.
Ads
“Saya ada terfikir yang mungkin watak ini bukan untuk saya tapi saya tetap kuatkan mental dan cuba yang terbaik. Saya sangat berpuas hati dengan lakonan saya di dalam filem ini tapi sudah tentu ada banyak ruang penambahbaikkan,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, antara cabaran terbesar sepanjang membintangi filem ini ada ketika melakonkan babak aksi yang ketika berlawan dan memerlukan dirinya dicampak ke dinding.
“Sewaktu babak diculik di dalam bilik freezer, kaki dan badan memang sangat sakit. Badan pun kena hempas di dinding banyak kali. Saya jadi susah nak jerit sebab kontraksi di perut.
Ads
“Babak itu memang harus diulang banyak kali sebab pengarah mahukan rakaman daripada semua sudut. Memang saya ada pengalaman berlakon lagak ngeri, tapi bila ia harus diulang lebih tujuh kali, sakit juga.
“Saya tak nak pakai stuntman untuk melakonkan babak tersebut kerana ini minat saya. Saya selalu buat body double untuk orang. Takkan saya tak boleh nak buat babak aksi untuk filem saya sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, Tebus The Movie merupakan filem arahan pengarah, Jason Chong yang kini boleh ditonton di aplikasi penstriman, Prime Video.
Selain Ahirine, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Aedy Ashraf, Idan Aedan dan Azhan Rani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ahirine Ahirudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Kilafairy mengakui dia sudah terbiasa dengan kata-kata serta komen berbaur kritikan yang diterima berhubung penampilan yang dikatakan seksi.
Katanya kepada MH, bintang berusia 27 tahun ini bagaimanapun tidak mahu untuk mengulas lebih lanjut mengenai hal berkenaan, bimbang ia nanti akan berpanjangan.
Kilafairy nama sebenarnya Syakila Nisa berkata demikian sebagai mengulas persalinan cetak ular sawa yang dikenakannya pada sebuah majlis jenama antara bangsa, baru-baru ini.
Majlis yang turut dihadiri beberapa artis terpilih itu mendapat reaksi pelbagai netizen apabila ada di antara mereka yang berpenampilan seksi, termasuk anak kepada Rohana Jalil itu.
“I tak ada komen pasal benda tu I tak boleh nak komen pasal benda tu sebab I tak nak benda tu berpanjangan.
“Pasal soal simbol seks pula, ia memangdaripada dulu lagi dah saya dah terbiasa. Apa pun, apa yang yang saya buat ialah, saya move foward and prove to them that I can do better that’s all,” kongsinya lanjut.
Pada masa sama, Kilafairy yang mesra disapa Kila turut akui dia sering menerima direct message (DM) berunsur kecaman dan berbaur negatif.
Namun, bintang tersebut lebih selesa untuk tidak mengambil pusing selagi ia tidak melampaui batas.
“Benda ini adalah perkara biasa kadang-kadang dia orang buat fake account saja jer nak kita reply nak tengok kita baca ke tak DM.
“Jadi Kila tak ambik hati dah tak pikir sangat pasal benda ni,” katanya kepada MH.
Penyanyi, Amira Othman ada berkongsi nasihat bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya, beberapa hari yang lalu.
Penyanyi lagu Hati-Hati ini akui untuk menjadi seorang manusia yang baik bukan satu perkara yang mudah dan perlu cekal untuk melakukan kebaikan.
Selain itu, Amira menyarankan kepada semua untuk berbuat baik antara satu sama lain.
“Selalu tak rasa susah sgt nk jadi org baik? Kadang jadi baik pun belakang ada org ngumpat, tak suka. Atau kadang nk berubah baik sekejap je pastu tak boleh isitqamah.
“Tp ustaz Syed pesan smlm berbuat baiklah pada semua org. Be nice to everybody. Nanti Allah dtgkan segala yang baik2 utk kita.
“Jodoh, rezeki, kesihatan, kebahagiaan & banyak lg. insyaAllah. Thank you kak @salimahabibi & ustaz @syedkadir for having us,” tulisnya.
Pelakon versatil, Datin Seri Umie Aida awal pagi ini ada berkongsi sesi tahnik yang dilakukan oleh Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin buat permata hatinya, Nur Aisya.
Perkongsian foto dan video yang dimuat naik bintang Dukun menerusi Instagram itu menarik perhatian peminat.
“Alhamdulilah.. rezeki Nur Aisya dapat bertahnik dengan Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin.
“Semoga dapat barakah para Ulama dan menjadi anak yang solehan & taat pada perintah Allah. Dan sentiasa didlm rahmat Allah dan diberkatiNYA. Aamiin #bertahnik #sunat,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut menzahirkan rasa syukur dan berdoa agar bayi comel itu membesar menjadi insan solehah.
Sambil melalukan sesi tahnik, Umie turut berkongsi beberapa foto serta video liburannya di Insta Stories di sebuah lokasi percutian yang turut disertai anggota keluarga serta rakan terdekat.
Foto: Instagram Datin Seri Umie Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, tampil memberi penjelasan berhubung kejadian kereta jenis Toyota CHR berwarna kuning miliknya yang ditunda oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.