Pelakon Sophia Albarakbah berpendapat babak berendam di dalam tab mandi yang dilakonkan dalam filem seram terbaharu, Tembuni Berdarah, tidak sepatutnya dipersoalkan.

Menurut Sophia, adegan tersebut dijalankan secara profesional dan ia sebahagian daripada penceritaan.

“Saya Pakai Baju, Ditutup Dengan Buih,” – Adegan Berendam Dalam Tab Mandi, Sophia Albarakbah Harap Penonton Fokus Jalan Cerita

“Ketika babak tersebut, saya sebenarnya ada memakai baju di bahagian dalam. Saya rasa ia sama sahaja seperti mana orang lain yang memakai baju ‘off shoulder’.

“Saya hanya ingin menjayakan babak yang memerlukan saya untuk berada di dalam tab mandi.

“Babak itu sangat penting untuk memaparkan adegan paranormal yang terjadi kepada Dr. Izara.

“Pada saya, hal ini tidak sepatutnya menjadi isu,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Tembuni Berdarah, baru-baru ini.

Ditanya sama ada dia ada mempersoalkan keputusan pengarah, Dr. Ahmad Idham, untuk menjayakan babak tersebut, Sophia menjelaskan segalanya dibuat mengikut kesesuaian jalan cerita.

Ads

“Saya Pakai Baju, Ditutup Dengan Buih,” – Adegan Berendam Dalam Tab Mandi, Sophia Albarakbah Harap Penonton Fokus Jalan Cerita

“Saya tidak mempersoalkan keputusan pengarah kerana saya rasa ia bersesuaian dengan jalan cerita. Jadi, saya okay sahaja.

“Namun, saya juga ada meletakkan batas. Jika babak tersebut keterlaluan dan tidak selamat untuk tontonan umum, ikut logik, saya tidak akan buat,” ujarnya.

Malah, Sophia turut berharap agar para penonton lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran yang ingin disampaikan melalui filem ini berbanding hal-hal lain.

“Saya Pakai Baju, Ditutup Dengan Buih,” – Adegan Berendam Dalam Tab Mandi, Sophia Albarakbah Harap Penonton Fokus Jalan Cerita

Ads

“Saya rasa penonton tidak akan mempersoalkan babak tersebut. Malah, saya tak rasa ia terlalu seksi. Saya pakai baju dan ia turut ditutupi dengan buih.

“Pada saya, penonton patut memberikan lebih tumpuan kepada momen-momen seram yang ingin dipaparkan dalam filem ini berbanding melihat pakaian saya.

“Ini adalah filem seram. Fokus pada bahagian seramnya,” kongsinya lagi.

Tak Alami Gangguan Mistik

Dalam pada itu, Sophia bersyukur kerana sepanjang penggambaran, dia tidak berdepan gangguan mistik.

Ads

“Saya Pakai Baju, Ditutup Dengan Buih,” – Adegan Berendam Dalam Tab Mandi, Sophia Albarakbah Harap Penonton Fokus Jalan Cerita

“Selalunya bila para pelakon berlakon filem seram, biasanya mereka ada mengalami momen seram.

“Alhamdulillah, saya bertuah kerana sepanjang berlakon filem ini, tiada apa-apa yang pelik berlaku.

“Semuanya okay. Hanya kru sahaja difahamkan ada mengalami momen pelik. Ketika penggambaran, tiba-tiba ada lebah yang serang kru produksi,” akhirinya.

Filem Tembuni Berdarah bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 25 September ini.

Selain Sophia, filem arahan Dr. Ahmad Idham ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Niezam Zaidi, Khatijah Tan, Sharifah Shahora, Riezman Khuzaimi dan Mia Nasir.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads