Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mendakwa dia sebelum ini pernah ditawarkan watak sebagai ibu kepada aktor Remy Ishak bagi sebuah naskhah drama bersiri.
Menurut Rozita yang mesra disapa Che Ta, dia memang terbuka untuk melakonkan watak sedemikian, tetapi terpaksa menolak tawaran tersebut kerana mengambil kira soal realistik.
“Saya okey saja watak ibu, tapi tidaklah sampai tahap pelakon yang jadi anak itu dewasa sangat. Saya pun selalu dapat watak ibu dan ia bukan isu besar.
“Cuma agak-agaklah juga nak gandingkan saya dengan pelakon yang jadi anak itu. Sejujurnya, saya rasa Remy terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama berkenaan.
“Kalau nak digandingkan pelakon watak ibu dan anak,biarlah logik akal,” katanya.
Terdahulu, Che Ta dan Remy sudah beberapa kali digandingkan di dalam beberapa buah projek dan kebanyakannya mendukung peranan sebagai kekasih.
Ads
“Antaranya termasuk telefilem berjudul Masihkah Ada Sinar yang turut bersaing di Anugerah Skrin 2011. Sebelum itu juga saya dan Remy pernah beberapa kali berlakon sama,” katanya lagi.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata demikian di majlis anjuran syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah, HOMEVEST yang telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.
Rekod itu diwarta selepas syarikat berkenaan diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja atau Home Ownership Programme for Employees (H.O.P.E).
Ads
Bagaimanapun, bintang drama Tahyul itu bukanlah duta kepada syarikat berkenaan sebaliknya merupakan dia antara klien yang mendapatkan nasihat dalam hal berkaitan pembelian rumah.
“Tidak sama sekali bergelar duta, tapi saya antara yang turut mendapat nasihat syarikat terbabit dalam soal pemilikan dan pembelian rumah.
“Kebetulan adik ipar saya, Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol penasihat syarikat terbabit, jadi saya banyak mendapatkan nasihat daripada mereka,” katanya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Che Ta yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan dengan suami yang juga pelakon, Zain Saidin pada 11 Disember ini juga tidak sabar untuk berpindah ke kediaman baru mereka di Petaling Jaya, Damansara.
“Soal pindah rumah baru ini memang tertunda sebab situasi pandemik COVID-19 semasa. Awal dulu pun saya pernah terkena dan rugi jutaan ringgit sebab projek pengubahsuaian rumah gagal disiapkan kontraktor dilantik.
“Tapi sekarang perlahan demi perlahan, saya cuba curi masa mengawasi perkembangan proses ubah suai dan siapkan rumah itu dengan kontraktror lain.
“Adik ipar saya pun yang tahu selok belok hartanah dan perumahan banyak membantu serta beri nasihat,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, penampilan simbolik kumpulan De Fam saat membawakan lagu Bunga nyanyian asal Altimet di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) lalu mendapat pujian ramai.
Meski diberikan amanah untuk mempersembahkan lagu orang lain, namun trio tersebut dianggap bersungguh, lengkap dengan tarian memukau.
Selain itu, tidak kurang yang turut memuji solekan ketiga-tiganya, terutama Azira Shafinaz yang disifatkan paling menonjol di antara ketiga mereka kerana turut aktif dalam lakonan.
Menerusi foto solekan secara dekat yang dikongsi menerusi Instagram, rata-ratanya memuji solekan daripada Sahir Sabri itu, termasuk rakan selebriti.
Penyanyi, Siti Sarah ada memberi kata nasihat berkenaan antara tips yang boleh dilakukan buat mereka yang berkahwin untuk murah rezeki.
Perkongsian dan pandangan tersebut dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, penyanyi lagu Semakin ini menyatakan si suami untuk tidak bersikap kedekut terhadap ibu serta beberap individu lain dalam hidup.
Menurut Sarah, ia merupakan salah satu kunci untuk membuka pintu rezeki yang lebih luas.
“Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yg tak pernah kami duga Alhamdulillah.
“Antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah, suami kene bayak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu!!! Ibu yg melahirkan awak.
“Kalau bagi sejuta sebulan pon belom cukup untuk bayar balik sewa yg awak pernah duduk dalam perut ibu.
“Jangan kedekut dengan isteri, isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas.. tapi isteri pon jangan lah ambil kesempatan pada suami .. isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan.
“Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi. Ada seringgit kita belanja seringgit sama2 ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama2. isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.
“Tanpa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak jaganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu.. tag your husband and pls tag your wife,” tulisnya.
Malah, peminat juga turut bersetuju dengan kata-kata nasihat yang disampaikan oleh penyanyi berusia 35 tahun ini.
Untuk rekod, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Shuib pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Video: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff ada berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya yang kini berusia empat bulan.
Kaka ketika ditemui MH berkata, dia bersyukur kerana dapat merasai nikmat berbadan dua seperti yang diidamkan setiap wanita.
“Alhamdulillah.. saya ambil kesempatan ini nak kongsi berita gembira bersempena bulan Ramadan bahawa saya sedang berbadan dua.
“Walaupun hamil tapi saya masih boleh berpuasa sehingga hari ini (puasa ke 11 hari).
Bagaimanapun, Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff mempunyai alahan saat mengandungkan anak sulung.
“Saya tak boleh bau suami saya dan kalau boleh nak suruh dia tidur rumah jiran .. sebab dia kuat merokok.. Tapi sekarang ni dia dah berhenti,” kata Kaka jujur.
Tambah Kaka yang popular dengan lagu Sibuk ini lagi, dia sangat teruja dengan perkara itu selepas menjalani ujian kehamilan.
“Saya sedar saya hamil masa saya tengah memasak. Saya sangat terkejut dan tidak sangka akan hamil.
“Sepupu saya ada bagi cadangan supaya melakukan ujian kehamilan dan keputusannya adalah positif,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Hotel Royal Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Kaka dan suaminya, Adam Azriff berkahwin pada 15 Disember tahun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.