Uncategorized

‘Saya Okay jer’ – Datuk Seri Vida Jawab Isu Parodi

Share

Sejak lagu I Am Me dimuat naik ke media sosial, ramai yang mula buat parodi lagu ini. Dalam masa yang sama, ada jugayang menjadikannya sebagai troll (bahan lawak).

MH Online sempat berbual bersama tuan punya lagu Datuk Seri Vida menerusi aplikasi perbualan Whatsapp mengenai perkara ini.

Menyedari video tersebut sedang hangat diperkatakan dan dijadikan parodi Vida menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang positif dan tidak berkecil hati dengan tindakan sesetengah pihak yang menjadikan lagunya itu sebagai bahan lawak.

“Saya okay je. Lagipun comel!,” jawabnya ringkas.

Apa pun kami sangat kagum dengan cara Datuk Vida mengatasi masalah seperti ini. Langsung tak berkecil hati sebaliknya siap boleh kata video yang parodikan itu comel.

Malah MH Online juga tidak sabar untuk nantikan video klip rasmi lagu ini siap.

Dengar cerita Datuk Vida sampai turun berat badan kerana gigih menghafal step tarian yang bakal dipaparkan dalam video klip tersebut.

Ini dia beberapa video parodi lagu I Am Me yang ada di Youtube.

IKLAN