Mahu dirinya dilihat menerusi bakat lakonannya, pelakon Nadzmi Adhwa tidak mahu dilabel sebagai artis popular dengan hanya bersandarkan pada kontroversi semata-mata.
Lalu, dia juga cuba cabar diri dengan mendukung watak yang berbeza daripada sebelumnya.
Menerusi filem komedi seram Busot Bonang misalnya, pelakon berusia 27 tahun ini berjaya mencuit hati penonton dengan watak yang dipegangnya sebagai Lutfy.
“Saya nak orang nampak saya ‘hidup’ dalam industri hiburan menerusi bakat, bukannya kontroversi kerana saya masih ‘hijau’, banyak lagi watak dan perkara yang saya perlu pelajari.
“Sekali gus, dapat memperbaiki diri saya dalam setiap babak yang saya pegang,” katanya kepada MH.
Suami kepada pelakon Ardell Aryana ini ditemui pada majlis tayangan perdana filem Busut Bonang di eCurve, Damansara pada Selasa.
Ads
Tambahnya, dia menyukai filem yang bergenre komedi arahan Khalid Nadzri kerana ia lebih santai dan kena dengan jiwa.
Malah, Nadzmi juga akui bahawa dia seorang yang ‘gila-gila.
Ads
“Jika ada peluang yang dilihat dari sudut mata pengarah, saya mahu juga mencuba watak-watak lain kerana watak komedi yang saya pegang ini juga memang kena dengan jiwa saya. Saya juga seorang yang ‘gila-gila’ dan loud.
“Saya memang suka genre komedi dan dapat pula naskhah yang santai macam Busut Bonang, memang seronok dan berjaya buat penonton ketawa. Insyallah,” katanya lagi.
Selepas penampilan terkininya yang tidak lagi mengenakan hijab mulai menjadi perhatian, Erni Nurshahira Khairul Zaman atau Ernisha akhirnya mengakui dirinya tidak lagi berhijab.
Malah, katanya seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, keputusannya itu dibuat kerana enggan mempermainkan agama.
“Saya enggan dilabel sebagai wanita munafik atau hipokrit membuatkan mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.
“Kecaman yang diterima membuatkan saya rasa diri ini sangat jahat dan seolah-olah sedang mempermainkan agama,” katanya seperti yang dipetik..
Ernisha juga mendedahkan, keluarganya jga sentiasa mendoakan agar dirinya punya kekuatan untuk berhijab sepenuhnya selepas ini.
“Sudah tentu keluarga tidak boleh terima dengan keputusan ini tapi saya cuba terangkan dengan sebaik mungkin dan memberitahu perkara sebenar.
“Syukur keluarga memahami dan sentiasa mendoakan supaya saya punya kekuatan satu hari nanti untuk berhijab sepenuhnya.
“Dulu pun ketika menyertai Dewi Remaja, ibu yang meminta saya berhijab kerana bakal mengintai peluang dalam bidang seni meskipun hati belum bersedia ketika itu.
“Saya sudah cuba tapi hidayah itu belum tiba,” jelasnya lagi.
Sementara itu, gadis ini juga mengharapkan agar netizen tidak lagi terus mengecam, sebaliknya mendoakan supaya imannya kuat untuk berhijab pada masa depan.
Ernisha kini turut mengintai peluang dalam bidang lakonan dan sudah membintangi beberapa drama bersiri serta telemovie di RTM selain aktif menerima tawaran sebagai hos.
Foto: Instagram Ernisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski pihak lelaki, Fikry Ibrahim telah menafikan isu merisik penyanyi Siti Nordiana, namun masih ada cakap-cakap belakang sehinggakan empunya diri tampil membuat kenyataan.
Jelas Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia meminta agar cerita tersebut dihentikan kerana tidak mahu pihak lain turut terkena tempiasnya.
Katanya kepada MH, dia sendiri ada menghubungi Fikry secara peribadi bertanyakan hal tersebut.
“Saya memang pelik dan tidak tahu daripada mana datangnya cerita saya dirisik Fikry Ibrahim. Semuanya tidak betul.
“Saya harap gosip ini dihentikan. Kasihan kepada mereka yang terkena tempiasnya.
“Kami tiada apa-apa hubungan. Saya juga ada hubunginya secara peribadi dan bertanyakan perkara ini. Bila dia datang merisik? Saya boleh pastikan di sini bahawa tiada sesiapa yang datang merisik.
“Hubungan kami seperti biasa. Kami selalu berbalas mesej untuk bertanya khabar. Lagipun dia merupakan kenalan semata,” katanya.
Nana terdahulu ditemui pada majlis pelancaran Mis Claire X Siti Nordiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Fikry dan Nana mula berkawan rapat semenjak pasangan ini digandingkan bersama menerusi program Gema Gegar Vaganza dan drama Cakelat Semanis Honey pada 2017.
Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana bekerjasama untuk mendedikasikan koleksi pilihannya dari Mis Claire khas untuk wanita plus size di Malaysia.
Koleksi ini boleh didapati menerusi laman sesawang Mis Claire, butik ataupun di Robinson Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM82.00 sehingga RM120.00.
Pelakon, Sharnaaz Ahmad ada berkongsi satu foto nukilan menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkongsi nasihat dan kisah cerita rumah tangga.
Menurut bapa kepada seorang cahaya mata ini, tidak baik untuk mengenangkan kenangan atau perkara yang sudah berlalu.
“Manusia dilahirkan tak sempurna, tapi yg menyempurnakan adalah pasanganya.. Terbaca ni di feed, tersentuh.. Hidup yg bermakna adalah dgn mencari maknanya hidup.. renungkan sebelum sy delete. Sebab tak usah dikenangkan barang yg lepas kata org lamaa.,” tulisnya.
Selain itu, rata-rata peminat memberi kata-kata semangat kepada pelakon berusia 36 tahun itu di ruangan komen entri berkenaan.
Untuk rekod, Sharnaaz, 34 dan Nabila, 35 mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden pada 30 Ogos tahun lalu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...