Penyanyi Ayda Jebat memohon agar ‘lockdown’ atau mengetatkan lagi kawalan pergerakan dikuat kuasakan berikutan kes jangkitan pandemik Covid-19 di negara kian meningkat sejak kebelakangan ini.
Jelasnya menerusi satu hantaran terkini di Instagram, kes jangkitan boleh meningkat sekiranya Standard Operating Procedures (SOP) tidak diperketatkan kerana masing-masing akan keluar untuk bekerja dan sebagainya.
Justeru penyanyi Mata ini turut bertanya hal sama kepada para pengikutnya di platform berkenaan.
“Assalamualaikum. Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan.
Ads
“Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, family dan kawan kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya.
“Saya risau. Saya sayang family saya dan semua. Please.. Korang rasa? I’m so sorry. Need to post this. Semoga kita semua dilindungi dari gejala ni,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai peminat. Ada yang bersetuju dan tidak kurang yang turut memberikan pandangan berhubung perkara tersebut.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat respon Ayda.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya dinasihatkan untuk tidak melihat kritikan negatif.” Itu reaksi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Noraniza Idris apabila ditanya sejauh mana persediaannya untuk berdepan kecaman netizen sejurus minggu pertama bermula 11 Oktober depan.
Katanya, dia mengambil pendirian tersebut kerana tidak mahu perkata itu mengganggu emosi sepanjang pertandingan.
“Ia boleh ganggu emosi. Bagaimanapun, kritikan yang membina saya akan ambil, yang negatif saya elakkan untuk baca.
“Saya mudah dipengaruhi dan bila bacanya di media sosial misalnya, akan rasa sedih.
“Saya percaya orang akan hentam, keluarkan cerita lama dan sebagainya. Jadi lebih baik untuk tidak ambil pusing,” katanya.
Bersikap terbuka menerima komen daripada juri profesional selepas ini, penyanyi senior yang cukup sinonim dengan lagu Irama Malaysia ini turut mendedahkan, keputusannya untuk bertanding tidak dibuat dalam masa singkat.
“Untuk terima komen daripada juri profesional saya tiada masalah. Mereka tahu apa yang mereka buat dan saya percaya reaksi mereka selepas kita selesai buat persembahan adalah untuk mendidik.
“Jujurnya juga, saya sebelum ini memang katakan tidak untuk sertai program ini meski sudah beberapa tahun pihak produksi ada pelawa untuk bertanding.
“Sehinggalah pada hari terakhir pengesahan, akhirnya saya bersetuju.
“Malah suami turut buat solat sunat dan dia beri keizinan selepas beberapa persoalan dijawab dengan baik pihak pengurusan, Mind Order.
“Setelah berbincang dan dipujuk mereka, saya terbuka hati kerana diberikan motivasi. Mereka minta saya bukakan minda, pandang ke depan selepas menyertai GV.
“Saya pernah masuk pertandingan nyanyian dan sedia tahu akan tekanan yang bakal dihadapi apatah lagi bakal menyanyikan lagu yang belum pernah dinyanyikan.
“Cuma saya lebih selesa meletakkan ia bukan sebagai pertandingan, tetapi sebagai satu program persembahan.
“Malah saya sendiri akan ikuti kelas vokal yang disediakan pihak pengurusan,” katanya yang turut mendapat sokongan daripada anak-anak.
Noraniza ditemui pada sidang media memperkenalkan 14 peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur pada Selasa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak akui perasaannya agak bercampur baur saat meninggalkan stesen radio, Era selepas hampir 11 tahun mengendalikan segmen pagi popular, Johara bersama Ray dan Haniff.
Bagaimanapun, Johan mendedah dirinya tetap gembira kerana dia meninggalkan stesen radio tersebut dalam keadaan yang baik.
“Kita adakan perjumpaan terakhir bersama geng Johara selepas hampir 11 tahun bersama. Banyak kenangan kami bersama tapi kita kena faham setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
“Perpisahan selalunya hadir dengan kesedihan tapi kali ini saya gembira kerana kita berpisah dengan cara yang baik. Rating Johara masih lagi nombor satu. Kita serahkan Johara ke tangan orang lain dengan baik.
“11 tahun saya bersama Johara, tetap nombor satu alhamdulillah,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh Johan menerusi sebuah video khas yang dimuat naik menerusi saluran Youtube miliknya, Jozlynn Hanania.
Video tersebut turut memaparkan pertemuan terakhir Johan bersama trio yang telah mencipta fenomena di dalam industri penyiaran radio itu.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Ozlyn Wati ini juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menjadi tulang belakang diatas kejayaan Johara selama ini.
“Terima kasih kepada semua pendengar yang menyokong kerjaya saya sebagai penyampai radio selama 11 tahun. Itu bermakna selama 11 tahun jugalah anda meletakkan kami sebagai radio nombor satu negara.
“Terima kasih juga kepada bos-bos yang percaya dengan Johara. Bukan senang sebenarnya nak naikkan rating sebab pada ketika itu, radio memiliki ramai orang-orang hebat. Kemudian datang juga pelawak-pelawak lain macam Jep, Rahim, Angah, Ajak, Shahrol dan ramai lagi.
“Tapi kita bersaing dengan sihat alhamdulillah. Semoga sahabat yang menyambung legasi Johara ini dapat mengekalkan rekod ini. Kita tetap doakan yang terbaik.
“Johara juga pernah meraih Malaysia Book Of Record bagi kategori program radio yang mendapat pendengar tertinggi di Malaysia,” kongsinya lagi.
Johan turut menambah, segala kenangan bersama Johara pasti akan diabadikan di dalam ingatannya sampai bila-bila.
“Perkhidmatan saya bersama Johara telah tamat. Rezeki saya setakat itu sahaja untuk bersama Ray, Hanif dan para pendengar setia Era. Mungkin ada rezeki lain untuk saya pada masa akan datang.
“Apa yang membuatkan saya terkesan adalah bila mengenang kembali momen ketika mula-mula kami ingin mencari keserasian. Mula-mula dulu, siapa nak cakap, kena angkat tangan. Perkara-perkara yang sebegitu yang menjadi kenangan.
“Banyak dah kejayaan dan anugerah yang kami kecapi hasil daripada sokongan anda. Kami tinggalkan Johara ini ketika kami diatas untuk mereka teruskan legasi ini. Teruskan mendengar Era. It’s a wrap,” akhirinya.
Terdahulu, Johara kini telah digantikan dengan segmen baru yang diberi nama 3 Pagi Era.
3 Pagi Era dikendalikan tiga trio baru iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Youtube Jozlynn Hanania
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Ramlah Ram memaklumkan khabar duka bahawa adik dan ibunya yang menetap di Kluang, Johor telah disahkan positif Covid-19.
Kongsi Ramlah, dia berasa sangat bimbang terhadap kesihatan terutama ibunya yang kini sudah mencecah usia 80 tahun.
Lalu, penyanyi yang sinonim lagu Kau Kunci Cintaku itu memohon ramai mendoakan agar ibu serta adiknya diberikan kesembuhan dan bebas daripada wabak penyakit berkenaan.
“Assalamualaikum. Saya hamba yang tidak berdaya ini. Mohon bantuan semua. Tolong doakan Mak dan juga adik saya Shafiei cepat sembuh dan semua family saya di Kluang.
“Mohon diaorg dijauhkan dari penyakit ini. Baru semalam disahkan positif covid. Saya tengah tak tahu nak buat apa lagi, hanya mampu berdoa pada Allah. Saya teramat risaukan keadaan Mak.
“Dengan keadaan Mak umur sudah mencecah 80 tahun. Sekali lagi mohon tolong doakan kesembuhan Mak dan adik saya.
“Semoga Allah SWT akan membalas jasa baik korang berlipat ganda, Amin…,” tulisnya menerusi entri di akaun Instagram.
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.