Ads

“Saya Masih Cuba Perbaiki Diri…,” – Dikritik Tudung Singkat & Busana Tak Sesuai, Nabila Razali Terbuka Terima Teguran

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali terbuka untuk menerima apa sahaja bentuk teguran, termasuk yang berkaitan dengan pemilihan fesyennya.

Perkara itu timbul susulan terdapat pihak yang kurang senang dengan gaya pemakaian tudungnya yang dikatakan agak singkat, selain busana yang didakwa kurang sesuai dengan imej wanita berhijab.

Menurut Nabila, pemilihan fesyen tersebut sebenarnya bergantung kepada konsep muzik yang ingin dibawakan pada sesuatu masa.

“Saya Masih Cuba Perbaiki Diri…,” – Dikritik Tudung Singkat & Busana Tak Sesuai, Nabila Razali Terbuka Terima Teguran

“Saya agak berhati-hati menjawab soalan ini kerana apa jua kenyataan saya takut disalah tafsir.

“Tapi untuk saya sendiri sebagai anak seni, saya sentiasa berkarya dari segi muzik, fesyen dan penampilan mengikut lagu-lagu yang saya keluarkan,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman program Melodi Raya 2026 yang berlangsung di Restoran Saloma pada Selasa.

Ads

Masih Dalam Proses Perbaiki Diri

Jelas Nabila, konsep penampilan kali ini dipilih bagi menyesuaikan dengan elemen retro yang dibawa dalam karya terbaharunya berjudul Tak Sabar Nak Raya.

“Saya Masih Cuba Perbaiki Diri…,” – Dikritik Tudung Singkat & Busana Tak Sesuai, Nabila Razali Terbuka Terima Teguran

“Kali ini saya ikut konsep retro sedikit kerana lagu raya saya ada ‘vibe’ retro. Jadi saya ikut konsep muzik, tapi tidak bermaksud saya mengetepikan perkara yang salah,” ujarnya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut memaklumkan bahawa setiap penampilan yang dipilih akan melalui perbincangan bersama pasukannya terlebih dahulu bagi memastikan ia sesuai dengan imej yang ingin diketengahkan.

Ads

Menurut Nabila lagi, dia juga mempunyai rujukan tersendiri sebelum sesuatu konsep diputuskan.

“Saya Masih Cuba Perbaiki Diri…,” – Dikritik Tudung Singkat & Busana Tak Sesuai, Nabila Razali Terbuka Terima Teguran

“Sudah tentu saya ada rujukan tersendiri setiap kali saya mahu tampil dengan sesuatu penampilan. Satu pasukan akan menilai sama ada ia sesuai untuk saya ataupun tidak.

Ads

“Alhamdulillah semuanya saya suka dan ia kena dengan gaya lagu. Malah penari saya pun sedondon. Kami pilih penampilan itu disebabkan konsep muzik tersebut,” katanya.

Dalam masa sama, Nabila mengakui dirinya masih dalam proses memperbaiki diri dan berharap dapat menampilkan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya Masih Cuba Perbaiki Diri…,” – Dikritik Tudung Singkat & Busana Tak Sesuai, Nabila Razali Terbuka Terima Teguran

“Saya hanya manusia biasa dan masih mencuba untuk memperbaiki diri. Insya-Allah pada masa akan datang saya akan perbaiki lagi.

“Tapi buat masa sekarang nikmati sahaja lagu Tak Sabar Nak Raya. Selepas ini akan ada lagu baharu dan penampilan baharu pula,” ujarnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga...

Selepas lapan minggu membuktikan kemampuan sertamempamerkan kualiti sebagai pendakwah berkaliber, anak jati Sungai Petani, Anas, akhirnya dinobatkan sebagai juara sulung program realiti dakwah, Mualim Muda, bulan lalu.
error: Hello. Cannot.