Selepas beberapa hari berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah haji, Erra Fazira akhirnya ada menitipkan sesuatu buat para peminatnya.
Bersempena dengan Hari Arafah, figura terkenal ini memohon maaf atas salah silap, termasuk ‘melepaskan’ segala kata-kata sama ada benar atau fitnah terhadap dirinya.
“Assalammualaikum. Sebelum bermulanya hari yang istimewa buat seluruh umat Islam.
“Saya dengan rendah diri, mohon ampun dan maaf diatas segala salah silap saya, terkasar bahasa yg mengguris hati, tersilap langkah dan tingkah laku yang mungkin mengguris hati mahupun apa saja yg saya buat menyakiti hati dan mata kalian, dengan rendah diri saya mohon maaf.
“Samada sengaja mahupun tidak, berniat atau pun tiada niat, apa saja yg saya buat menjadikan kalian marah, kecewa, mahupun benci, saya mohon dimaafkan,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang Hingga Hujung Nyawa ini juga turut meminta agar peminat mendoakan ibadah haji yang dilakukannya ini dipermudahkan.
“Mohon doakan kelancaran saya melaksanakan ibadah dan semoga beroleh keberkatan dan haji yang mabrur. Amin.
“Saya juga maafkan apa saja yang diperkatakan dihadapan mahupun dibelakang saya, benar atau tidak, fitnah atau nyata. Saya lepaskan kerana Allah.
“Semoga kita semua menjadi hamba Allah yg lebih baik dimasa akan datang. Aminnnn. Salam sayang dari saya, Fazira Wan Chek,” maklum Erra.
Ads
Terdahulu, pemergiaan Erra ke tanah suci mendapat perhatian ramai apabila dia mengakui berangkat sendirian tanpa mahram.
Ads
Semoga Erra Fazira mendapat haji yang mabrur.
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi perkongsian video pelakon dan pengacara, Ain Edruce di Facebooknya, selebriti tinggi lampai itu ada memuat naik video bersama tunangnya, Amirul Hafiz yang sedang mencuba beberapa jenis makanan bayi (baby food).
Video tersebut dilakukan Ain bertujuan bagi menyahut cabaran yang tular di media sosial untuk memakan makanan bayi, khususnya dalam bentuk cecair.
Bagaimanapun, reaksi kedua-dua mereka bagaikan tidak boleh menerima makanan tersebut kerana dianggap kurang enak.
Video berdurasi hampir 12 minit itu dirakam Ain di dalam kereta.
Malah, video tersebut telah mendapat lebih 18,000 tontonan selepas dimuat naik bintang 30 Pesanan Suara itu beberapa jam lalu.
Sementara itu, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian pelakon berusia 27 tahun itu.
Terdahulu, Ain,27, dan Amirul,26, mengikat tali pertunagan pada 22 Jun lalu dan menerima sebentuk cincin, selain sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.
Video : Facebook Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berikutan tersebarnya wajah kekasih Ruhainies yang dikenali sebagai Mr E di laman sosial baru-baru ini, Ruhainies menerusi Insta Story secara sinis memuat naik perbualan bersama peminat yang menghormati pendiriannya untuk tidak berkongsi wajah kekasih.
Dia turut mengucapkan penghargaan di atas tindakan individu tersebut.
“Terima kasih kerana memahami. Saya suka orang seperti awak. Tahu menghormati privasi orang lain. Semoga awak pun gembira dengan hidup,” balasnya.
Baru-baru ini, foto Mr E atau lebih dikenali sebagai Elf Johan yang difahamkan diambil daripada sebuah majlis tersebar di laman sosial.
Elf merupakan seorang ahli perniagaan yang kini menetap di London dan mempunyai rangkaian perniagaan butik di sana.
Foto : Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan mengakui dirinya mahu buat kelainan untuk melancarkan album terbarunya yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Kongsi penyanyi yang popular dengan lagu Harus Terpisah ini, dia mengambil keputusan untuk tidak menyanyikan lagu-lagu ‘patah hati’ seperti barisan lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini.
“Jika album pertama saya ada banyak lagu-lagu yang berunsur patah hati, tetapi kali ini untuk album baru semuanya berunsur lagu-lagu positif dan kebahagiaan.
“Saya sudah tidak mahu lagi mengeluarkan lagi lagu berunsur patah hati.
“Jika kita sentiasa rasa bahagia dan gembira pastinya ia juga akan mempengaruhi minda kita. Itu antara mesej yang saya mahu ketengahkan dalam lagu baru akan datang ini,” katanya kepada MH.
Cakra, 27, ketika ditemui di sidang media Big Stage 2019 di Damasara Utama pada Selasa berkata, dia akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pasaran menerusi aplikasi digital.
“Album ini akan berada di pasaran selewat-lewatnya pada hujung tahun ini. Kalau diikutkan situasi pasaran muzik sekarang, memang saya akan lebih beri perhatian kepada jualan lagu menerusi aplikasi digital kerana jualan album fizikal kurang mendapat sambutan,” jelas Cakra atau nama penuhnya Cakra Konta Paryaman.
Dalam perkembangan lain, Cakra turut menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap program realiti, Big Stage 2019 bagi mencungkil bakat-bakat ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBNU).
Big Stage 2019 akan bersiaran mulai 18 Ogos ini di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Seramai 12 peserta akan bersaing dalam program realiti tersebut iaitu Santesh, Adzrin, Irfan Harris, Kucaimars, Neeta, Syada Amzah, Fieya Julia, Sheryl Shazwanie.
Sementara empat peserta luar negara yang turut bersaing ialah Aziz Harun (Brunei), Jang Han-Byul (Korea Selatan), Chaleeda Gilbert (Thailand) dan Dinda Permata (Indonesia).
Foto : Instagram Cakra Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!