Penyanyi Siti Sairah enggan mengulas lanjut mengenai hantaran di media sosial yang memperlihatkan dirinya seakan meluahkan rasa terkilan terhadap individu yang didakwa cuba berniat khianat terhadap keluarganya, baru-baru ini.

Saerah yang juga adik kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan, hantaran tersebut adalah luahan hati yang sudah dipendam sejak sekian lama.

“Saya Kena Lebih Berhati-Hati…” – Siti Sairah Terkilan Dengan Sikap Hasad Dengki

“Sebenarnya, saya tiada apa yang ingin diperjelaskan. Apa yang saya tulis itu adalah luahan hati yang terpendam.

“Jadi, biarlah ia berlalu. Rasanya tak perlu lagi saya bercerita,” katanya kepada MH.

Sairah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran single terbaharu anaknya, penyanyi Amad Dayyan di Qeqoz Gift & Cafe, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Ads

Dalam masa sama, ibu kepada lima cahaya mata itu mengakui dirinya terkilan apabila masih ada pihak yang sanggup melakukan perkara tidak baik untuk menyakiti orang lain.

“Saya Kena Lebih Berhati-Hati…” – Siti Sairah Terkilan Dengan Sikap Hasad Dengki

“Dalam dunia ini, kita memang tak dapat lari daripada orang yang mempuyai hasad dengki. Saya sudah mengajar anak-anak saya untuk sentiasa positif pada orang. Saya pun tak pernah berfikiran negatif terhadap orang lain.

“Jadi, jika ada orang-orang di luar sana yang punyai perasaan seperti itu, cepat-cepatlah beringat. Janganlah cepat mengikut perasaan kerana ia langsung tidak memberikan apa-apa manfaat.

Ads

“Sebaliknya kita doakan yang terbaik untuk semua orang,” ujarnya.

Utamakan Keluarga

Menurut Sairah, keluarganya menjadi hal utama dalam hidup dan dia tidak akan berdiam diri jika ada yang cuba menyakiti mereka.

“Saya Kena Lebih Berhati-Hati…” – Siti Sairah Terkilan Dengan Sikap Hasad Dengki

“Saya akan sentiasa melindungi keluarga saya walau apapun yang terjadi. Keluarga adalah perkata utama di dalam hidup saya. Kini, saya lebih berhati-hati dalam menjaga keluarga.

Ads

“Saya ini seorang yang sangat berfikiran positif dengan orang lain. Sikit pun saya tak pernah fikir yang seseorang itu punyai niat jahat terhadap saya.

“Mungkin itu silap saya. Bila sudah jadi hal seperti ini, saya kena lebih berhati-hati dengan sesiapa sahaja,” akhirinya.

Terdahulu, Sairah memberi peringatan dipercayai ditujukan kepada pihak yang berniat buruk terhadap dia dan keluarganya.

Menerusi hantaran di Instagram, Sairah menjelaskan, Allah masih menutup aib yang dilakukan dan meminta dihentikan segala amalan keji itu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads