Nampaknya isu berkenaan bayaran tinggi yang dikenakan Aiman Tino tidak habis begitu sahaja. Masih ada pihak yang tidak berpuas hati tentang isu ini hingga menyebabkan penyanyi muda terkenal ini mula membuka suara.

Aiman dalam temu bual bersama mStar Online mempertahankan dirinya dengan mengaku tidak bersalah dalam perkara tersebut.

Namun dalam masa yang sama Aiman Tino juga merasa bertanggungjawab untuk meminta maaf secara terbuka pada pihak yang telah terasa hati dengan sistem pengurusannya.

“Bukan salah saya, tapi saya juga terasa hati. Saya penat-penat jaga hubungan baik dengan media tapi ada pula yang merosakkannya.

“Kalau mereka tidak mahu minta maaf biarlah saya dengan rendah diri minta maaf kepada semua yang terasa,” ujarnya.

IKLAN

Aiman juga ada menginggatkan bekas pengurusnya untuk tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi kerana dia langsung tidak kisah dan masih boleh kompromi soal pembayaran bersama media.

‘Saya Juga Terasa Hati’ – Aiman Tino

IKLAN

Malah, Aiman juga kesal dengan tindakan pengurusnya yang telah menghentam pihak media melalui laman sosial dan menganggap ia memberi kesan yang buruk dan merosakkan reputasinya sebagai seorang penyanyi baru dalam industri.

“Namun tak mengapa saya sekarang sudah diuruskan oleh pengurus lain,” tambahnya.

IKLAN

Pihak pengurusan Aiman dikatakan pernah mengeluarkan kenyataan kononnya Aiman layak untuk menerima bayaran yang tinggi berdasarkan populariti nilai komersial dan permintaan terhadapnya.

RM6,000 adalah bayaran paling minimum untuk Aiman membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur.

Apa pun di harap Aiman sabar dan kuat untuk meneruskan perjalanan sebagai anak seni. Inilah salah satu cabaran seorang penyanyi harus hadapi.

Sumber: mStar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI