“Saya insan biasa, jujurnya agak trauma dengan apa yang berlaku.” Itu reaksi pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri susulan keberadaannya di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya bagi memberi keterangan dan merakamkan percakapan berkaitan klip video muzik yang menimbulkan kontroversi, April lalu.

Aliff berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut perincian pertemuan berkenaan meski akui apa yang berlaku memberikan pengajaran dalam perjalanan kerjaya seni dan bisnesnya selepas ini.

“Saya akan cuba perbaiki diri sayalah. Sesi tersebut berjalan kira-kira lima jam. Dari pukul 10 pagi hingga 3 petang. Pengalaman pertama saya ke sana kerana isu muzik video.

“Apa pun saya berterima kasih kerana mereka melayan saya dengan baik. Ia masih lagi dalam siasatan dan saya tidak mahu berikan apa-apa kenyataan sebab risau andai tersalah cakap,” katanya.

Hero filem Badang turut memohon maaf dan tidak menafikan naskhah berkenaan dilancarkan sebagai sajian hiburan semata-mata.

IKLAN

“Bagi saya, mereka buat siasatan kerana mereka terima aduan yang terlalu banyak. Daripada pihak saya, saya mohon maaf kepada semua pihak yang tidak senang dengan lagu atau muzik video berkenaan.

“Niat saya hanya untuk menghiburkan anda sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Wilayah Persekutuan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Aliff pada masa sama akui tidak pernah menjangka lagu raya berkenaan mendapat perhatian ramai pihak hingga mencetuskan isu yang besar.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

“Saya tak jangka boleh sampai ke tahap itu. Saya ingat ia hanya sekadar hiburan dan tidak ambil itu sebagai suatu yang serius.

“Apa pun, saya akui akan kesalahan saya dan Insya-Allah saya terus perbaiki diri dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang dikatakan kurang sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI