Seperti yang kita tahu, Nora Danish telah selamat melahirkan anak lelaki hasil perkongsian hidupnya bersama Nedim Nazri Azi atau lebih dikenali sebagai Boss Ned.

MH tidak nafikan agak terkejut kerana patutnya Nora dijangkakan melahirkan NeyNey pada awal Mac tetapi kami diberitahu Nora terpaksa melahirkan bayinya awal beberapa minggu.

‘Saya Ingin Lahirkan NeyNey Secara Normal Tetapi…’ Ini Penjelasan Nora Mengapa Lahirkan NeyNey Awal

Melalui perkongsiannya di Instagram milik Nora rupa-rupanya ada sebab mengapa dia melahirkan anaknya awal.

Nora memberitahu, sebenarnya NeyNey merupakan bayi yang tidak cukup bulan kerana Nora dinasihatkan untuk melahirkannya awal atas faktor kesihatan yang boleh membahayakan nyawanya.

IKLAN

Menurutnya, sebenarnya sepanjang mengandungkan NeyNey dia didapati mempunyai dua ketumbuhan Fibroid dan bersyukur kerana ketumbuhan itu tidak menganggu kandungannya selama hampir 9 bulan.

Nora sempat menasihati pengikutnya untuk sentiasa dapatkan pemeriksaan doktor yang teliti sekirannya wanita di luar sana merancang untuk dapatkan anak, bimbang jika ada ketumbuhan sepertinya.

IKLAN

Apapun Nora sangat bersyukur kerana dia selamat melahirkan NeyNey dalam keadaan yang sihat serta berinya kesempatan melahirkan anak dalam keadaan yang baik.

First and foremost I would like to thank Allah for blessing us with NeyNey and to all my family, friends and followers for your thoughtful prayers. I gave birth to a healthy baby boy on the 22nd of February 2018 and he weighed about 2.97kgs. NeyNey’s due date was supposed to be on the 9th of March but he decided to greet the world earlier. ? Alhamdullilah, for a premature baby he was healthy and full of life. I would have loved to deliver NeyNey naturally but was advised by doctor Aziz to perform a C- section because after a thorough check I was told that I had 2 fibroids and they are extremely dangerous. I was really lucky and blessed by Allah with a successful delivery as these fibroids could have caused a miscarriage or I may have even ended up in the ICU. I personally would like to advise all the women planning to have a child at some point to have your doctor check thoroughly for any fibroids and have them removed. I was very lucky that both NeyNey and myself is in good health and I praise Allah for his blessings and to my doctor Dato Aziz , I thank you for your professionalism and care who also happens to be my gynaecologist for both Rayqal and NeyNey.

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

IKLAN

“Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kami dengan kehadiran NeyNey dan semua ahli keluarga, kawan dan pengikut atas doa-doa kalian.

 

“Saya telah melahirkan bayi lelaki pada 22 Februari seberat 2.97kg.

 

“Sepatutnya NeyNey dijangkakan lahir pada 9 March tetapi dia telah lahir awal daripada itu.

 

“Alhamdulillah, untuk bayi yang tidak cukup bulan dia dilahirkan dengan kesihatan yang baik.

‘Saya Ingin Lahirkan NeyNey Secara Normal Tetapi…’ Ini Penjelasan Nora Mengapa Lahirkan NeyNey Awal

“Saya ingin lahirkan NeyNey secara normal sebenarnya tetapi saya telah dinasihatkan oleh Doktor Azi untuk melakukan c-section kerana melalui check up saya didapati mempunyai dua ketumbuhan fibroid dan mereka katakan ia terlalu bahaya.

 

“Saya rasa sungguh bersyukur kerana ketumbuhan ini boleh menyebabkan saya keguguran atau masuk ICU.

 

“Secara peribadi, saya nasihatkan kepada semua wanita diluar sana yang sedang merancang untuk mendapatkan anak sentiasa dapatkan pemeriksaan doktor dengan teliti berkenaan fibroid dan membuangnya.

 

“Saya sangat bertuah kerana NeyNey dan saya sendiri dalam keadaan yang sihat dan saya bersyukur atas keberkataannya dan kepada doktor Datuk Aiz, saya berterima kasih di atas profesionalisme dan penjagaan anda terhadap kesihatan Rayqal dan NeyNey.” Tulisnya di ruangan Kapsyen.

Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan tiada apa-apa yang membimbangkan berlaku. Bagi MH besar sungguh pengorbanan Nora dan suami untuk dapatkan anak. Inilah antara pengorbanan seorang ibu demi anak-anaknya.

Apapun MH doakan Nora cepat sembuh dan jangan lupa untuk dapatkan pemeriksaan selanjutnya tentang ketumbuhan itu. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan!

‘Saya Ingin Lahirkan NeyNey Secara Normal Tetapi…’ Ini Penjelasan Nora Mengapa Lahirkan NeyNey Awal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI