Usahawan yang juga jurulatih kecergasan, Coach Yin ada memuat naik foto wanita yang tidak didedahkan identitinya di Instagram, pada Selasa.
Lalu entri yang merakamkan figura gadis bertelekung itu nyata mengundang perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila pemilik nama lengkap Mohd Tishrrin Mohd Adnan itu memberikan bayangan si dia merupakan teman istimewanya.
Malah, Yin turut meminta ramai agar mendoakan yang terbaik.
“Saya sent gmbr ni dekat bonda sy..dia ckp. “manis orgnye,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Lalu, warga maya turut memberikan reaksi masing-masing.
Ads
Sementara itu menerusi posting terdahulu, bintang media sosial asal Kelantan itu ada memuat naik sepotong video pendek yang memaparkan Yin membuat kejutan dengan menghadiahkan si dia seutas jam berjenama.
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal membina sebuah masjid dengan berkapasiti 700 orang di kampung halaman pelakon lekaki terbabit di Kampung Rengit, Johor.
Projek pembinaan masjid itu akan dimulakan awal tahun hadapan.
Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari,33, dia dan isteri sepakat untuk menggunakan duit keuntungan produk terbaru keluaran syarikat kosmetik milik mereka, Wawa Cosmetics iaitu Muslim Bukhari bagi tujuan murni itu.
“Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung kawasan tersebut dan insya-Allah telah bersetuju untuk menghulur dana dalam anggaran RM1.2 juta ringgit hasil keuntungan produk Muslim Bukhari,” jelasnya.
Pasangan itu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Muslim Bukhari di Pusat Konvensen SACC, Shah Alam, pada Sabtu.
Tambah pelakon Cari Aku Di Syurga itu lagi, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau riak, sebaliknya hanya sekadar berkongsi peluang dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.
“Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana masjid ini dan bukan hanya pada nama saya atau Wawa sahaja.
“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80,000 ribu unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik sahaja habis dijual,” jelasnya lagi.
Edisi kosmetik Muslim Bukhari yang sudah pun dijual bermula hari ini mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 satu set.
Terharu atas reaksi positif yang diterima meski baru dilancarkan, Aeril dan Wawa berharap agar produk terbaru ini turut menerima sambutan sebagaimana koleksi kosmetik mereka sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas namanya hangat diperkatakan sebelum ini dek kerana kesusahan yang dialaminya, penyanyi, To’ki hari ini boleh tersenyum lebar selepas menerima bantuan kediaman daripada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) pada Jumaat.
Menurut laporan Astro Awani, rumah yang terletak di Taman Setapak Indah itu kini menjadi kediaman baru buat To’ki dan juga isterinya.
Kunci rumah tersebut diserahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ Ahmad Shukri Yusoff buat penyanyi yang popular menerusi lagu Biasan itu.
“Alhamdulillah.. seperti yang kita janjikan lebih kurang seminggu sebelum ini bahawa kita mahu keluarkan To’ki dari pondok di Batu 12. Tempat itu akan terus dijadikan tempat untuk To’ki berkarya, dan hari ini, rumah ini untuk To’ki dan isterinya tinggal.
“Kita juga telah lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas supaya To’ki dan juga keluarga dapat hidup dalam keadaan selesa. Ini adalah usaha kita bersama dan kita mahu To’ki terus mampu berkarya selepas ini,” katanya.
Dalam pada itu, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur meluahkan rasa terharu terhadap keperihatinan warga PPZKL terhaap diri dan keluarganya.
“Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan terima kasih kerana PPZ sampai tahap ini membantu saya. Saya tak terfikir sebelum ini sampai macam ni orang ambil berat pasal saya sekeluarga.
“Terima kasih kerana terus memberikan sokongan untuk saya terus berkarya,” kata To’ki.
Malah, To’ki juga bakal menerima sebuah kereta baru hasil sumbangan syarikat penjual kenderaan terpakai, ZZ Auto Services.
Bagi memudahkan urusan isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof yang masih cedera akibat kemalangan bulan lepas, pihak PPZ turut akan menyedia sebuah kerusi roda dan juga katil yang lebih selesa.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...