Uncategorized

Saya Gembira Berjumpa Anda -Gang Dong Won

Share

Pelakon Korea Selatan, Gang Dong Won nyata mengejutkan apabila dia fasih berbahasa melayu.

“Saya gembira berjumpa anda,”katanya ketika ditemui di sidang media Gang Dong-won In Malaysia di Hotel Hilton,hari ini.

Bagaimanapun, aktor itu mengatakan bahawa dia baru sahaja mempelajari perkataan tersebut sebelum ke sidang media ini.

Dalam pada itu, MH difahamkan bahawa Dong-won bakal terlibat dengan filem Hollywood pada musim panas nanti.

“Ini merupakan filem pertama saya di Hollywood, saya gementar tapi seronok.

“Cabaran utama dalam filem tersebut tentu sekali bercakap dalam bahasa Inggeris tapi saya kini sedang belajar untuk menanganinya,” katanya lagi.

Untuk pengetahuan, malam ni, Dong-won akan bertemu dengan 100 peminat bertuah yang terpilih.

MH sebenarnya agak kagum apabila Dong -won bertutur sepenuhnya dalam bahasa Inggeris semasa sidang media tersebut.

Apa-apapun, MH tak sabar nak tengok apa aktiviti yang disediakan buat peminat untuk ‘private session with Gang Dong-won’ malam nanti

IKLAN