Umum mengetahui, kurang 12 hari sahaja lagi, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal diadakan bagi mencari kepimpinan baharu yang akan mentakbir negeri tersebut.
Terbaru, pelakon yang kini merangkap sebagai ahli politik, Datuk Dira Abu Zahar mengumumkan dirinya bakal bertanding di PRN Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang terletak di dalam perlimen Jasin.
Menurut Dira, dia mahu mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang ke-8, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya Khaidhirah binti Abu Zahar dengan rasa rendah diri menawarkan diri bertanding sebagai Calon Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim, Calon No. 3.
Ads
“Sesungguhnya DUN Rim, Jasin ini begitu dekat di hati saya dan kampung saya membesar di sini.
“Saya gagahkan diri mengambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya, Datuk Seri Abu Zahar untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Chow Kit itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dikesempatan itu juga, Dira turut berharap agar para penduduk Rim dapat memberikannya peluang untuk menabur bakti dan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
“Banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu dan menjadikan Melaka sebuah negeri maju.
Saya percaya legasi kecemerlangan pentadbiran ini perlu diteruskan semula. Bukan untuk yang lain, tetapi untuk kita semua.
“Dengan lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم, saya memohon agar pengundi N.25 DUN Rim memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili anda semua. Saya calon No 03 anda pada 20/11/2021 ini,” ujarnya lagi.
Ads
Dira bakal berdepan dua calon lain iaitu B. Prasant Kumar mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Azalina Abdul Rahman yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
Sebanyak 112 calon telah disahkan akan bertanding bagi merebut 28 kerusi DUN.
Sekadar informasi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Sumber: Instagram Dira Abu Zahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri, iaitu Datin Nur Shahida meluahkan rasa syukur apabila sering diberikan rezeki serta peluang untuk membawa kedua-dua orang tuanya menunaikan ibadah umrah atau haji.
Dalam satu perkongsian, Shahida turut mengimbau kenangan lama apabila berkongsi latar pekerjaan ibu dan bapa tersayang.
“Alhamdulillah ada rezeki lagi pergi ke bumi barakah ini bersama kedua2 ibu dah ayah saya. Selalu je dorang cakap mcm tak percaya dah banyak kali datang sini. Haji sudah umrah pun sudah.
“Siapa sangkakan dulu ayah saya hanya pemandu teksi dan juga bekas pengawal keselamatan, mama saya pula kerja sebagai kerani,” tulisnya.
Peecaya rezeki, Shahida menyifatkan kisah lalu yang dilalui oleh kedua-dua orang tuanya sebagai satu ujian yang penuh hikmah dariNya.
“Rezeki orang tak sama, begitu juga ujian juga berbeza beza. Apa yang kita lihat belum tentu sama dgn apa yg kita fikirkan. Banyakkan berlapang dada dgn ujian Allah. Insya Allah bahgia akan datang.
“Saya doakan semoga semua yg berimpian utk ke tanah suci ini dapat menjejakkan kaki ke sini…semoga kalian antara orang2 yg terpilih olehnya,” tulisnya lagi di Instagram.
Penyanyi baharu, Aliff Iskandar tidak mahu memikirkan soal cinta buat masa ini selepas menemui episod kegagalan dalam perhubungan yang terjalin sebelum ini.
Menurut Aliff, apa yang menjadi keutamaannya sekarang ialah masa depan kerjaya seninya sebagai penyanyi, penulis lagu selain mahu beri fokus sebagai pelajar di Institut Perguruan Ilmu Khas.
“Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Saya reda apabila hubungan saya berakhir tahun lalu. Ia berpunca daripada salah faham yang tidak boleh diselamatkan lagi.
“Saya reda apabila hubungan cinta selama lima tahun tidak mampu diteruskan. Saya okey dengan perpisahan ini kerana hidup perlu diteruskan.
“Lagipun dia sudah pun mempunyai kekasih hati baharu dan saya enggan memikirkannya lagi. Saya pun dah malas nak fikir soal cinta dan mahu fokus kerjaya terlebih dahulu,” katanya.
Dia bagaimanapun belajar daripada pengalaman seterusnya berharap dipertemukan wanita yang memahami satu hari nanti.
“Saya suka gadis yang boleh memahami dan terima kerjaya yang saya pilih ini. Sebagai manusia, kita mempunyai perasaan cemburu.
“Apatah lagi kerjaya seni banyak spekulasi ataupun perkara yang mendatangkan perasaan cemburu. Oleh itu, saya mahukan gadis yang benar-benar memahami kerjaya saya,” katanya yang akui ada menyelitkan kisahnya di dalam lagu yang dihasilkan.
Dalam pada itu, Aliff turut bersyukur kerana dia semakin diterima dalam seni dan akui masih dalam proses belajar untuk menjadi yang lebih baik.
“Banyak yang belum saya terokai. Sekarang saya mahu fokus membina kerjaya dan dalam masa sama, belum tamat belajar.
“Saya akan menamatkan pengajian dalam tempoh setahun setengah lagi. Jadi, saya mahu tolak perkara yang tidak penting untuk difikirkan,” katanya.
Aliff yang juga artis di bawah naungan Indigital Music akan muncul dengan single terkini berjudul Takdir.
Lagu itu akan menjadi runut bunyi bagi drama Saat Ku Tak Takluk Cinta Ini siaran TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal Bollywood, Preity Zinta telah mengumumkan menerusi akaun Instagramnya yang dia dan suami, Gene Goodenough telah bergelar ibu dan ayah.
Mereka menimang sepasang cahaya mata kembar lelaki dan perempuan menerusi proses ibu tumpang.
“Hai semua,saya ingin berkongsi satu berita hebat dengan anda semua hari ini. Saya dan Gene sangat gembira dan hati kami dipenuhi dengan rasa syukur dengan penuh cinta kerana hari ini kami menimang dua cahaya mata kembar sebagai sebahagian dari keluarga kami.
“Kami sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami. Terima kasih yang tulus kepada doktor, jururawat dan pengganti kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini,” kongsi pelakon cantik berusia 46 tahun ini.
Pasangan bayi kembar lelaki perempuan itu diberi nama Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.
Dalam pada itu, dapat dilihat selebriti-selebriti terkenal Bollywood menghujani ruang komen di hantaran tersebut dengan ucapan tahniah. Priyanka Chopra meninggalkan ucapan, “Tahniah, sangat gembira untuk anda berdua. Mengirim rasa sayang yang banyak kepada anda!”
Manakala Madhuri Dixit pula menulis, “Hey PZ, Tahniah! Cinta yang banyak untuk anda dan Gene, peluk dan cium untuk Jai dan Gia.”
Peity Zinta dan suaminya telah melangsungkan perkahwinan pada 29 Februari 2016 dalam satu majlis privasi di Los Angeles. Memilih untuk menetap di Los Angeles sejurus berkahwin, Preity masih lagi pulang ke India dari masa ke semasa.
Sumber & Foto: Instagram Preity Zinta
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...