Selepas hampir 12 tahun mencuba nasib menyertai pelbagai program nyanyian, penyanyi Farhan Mustapha memanjatkan rasa syukur selepas dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024.
Menurut Farhan, pada mulanya, dia agak fobia kerana perjalanannya di program nyanyian sering kali terkandas di pusingan separuh akhir.
“Saya sudah menyertai pelbagai program pertandingan nyanyian di televisyen. Misalnya pada tahun 2012, saya masuk Bintang RTM namun, tersingkir di separuh akhir.
“Saya kembali ke Bintang RTM pada 2014, tetap juga tersingkir di separuh akhir.
“Bila sertai Akademi Fantasia 2015, saya tak lepas konsert prelude. Masuk Mentor Millennia, tersingkir pula di minggu pertama dan Gimme The Mic ini adalah momen saya.
“Sejujurnya pada minggu separuh akhir, saya risau. Bimbang badi separuh akhir berulang. Bila dapat ke final dan bergelar juara, saya memang bersyukur,” katanya sepada MH.
Penyanyi berusia 28 itu berkata sedemikian ketika ditemui sejurus final Gimme The Mic Malaysia di Auditorium CIDB, Cheras pada Ahad.
Ads
Pada masa sama, Farhana lega kerana berjaya menampilkan persembahan terbaik meski berdepan masalah kesihatan.
“Sejujurnya saya memang tidak menjangkakan langsung akan bergelar juara. Semua yang bertanding malam ini hebat belaka.
“Sebenarnya, pada malam ini, saya tidak berapa sihat. Saya baru sahaja pulih daripada demam Influenza A.
“Sebelum buat persembahan, suara saya sejujurnya memang sudah pecah. Saya cuma buat yang terbaik dan mungkin ini anugerah Tuhan,” ujarnya lagi.
Ads
Farhan menambah, kejayaannya ini adalah hasil berkat kesabaran selama ini walau ada pihak yang ragui akan kemampuannya.
“Sebelum ini, saya pernah sertai sebuah syarikat rakaman. Mungkin mereka tak nampak bakat dan menghargai saya.
“Apa yang saya dapat malam ini, mungkin berkat kesabaran saya selama ini. Pada saya, kunci kejayaan adalah sabar,” kongsinya.
Ditanya mengenai kekuatan semangatnya yang tidak pernah menyerah untuk terus membuktikan kemampuan sebagai penyanyi, Farhan akui keluarga menjadi semangat terbesar.
Ads
“Apa yang saya buat ketika ini adalah untuk menyambung legasi arwah bapa. Kerana itu, saya tidak putus asa.
“Saya yakin pada rezeki. Itu yang membuatkan saya terus bertahan.
“Sepanjang 12 tahun ini, keluarga yang menjadi sumber kekuatan saya. Kini saya sudah berkahwin, isteri dan anak juga semangat saya,” akhirnya.
Terdahulu, Farhan telah dinobatkan juara Gimme The Mic Malaysia sekali gus membawa pulang hadiah keseluruhan lebih RM29,000.
Farhan juga bakal mengetuai cabaran bersama lima pemenang Grand Six yang lain untuk mewakili Malaysia bertanding di Gimme The Mic Global bersama peserta-peserta antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagai menghentikan khabar angin, bintang gusti hiburan WWE, John Cena akhirnya mengesahkan penglibatannya menerusi siri francais Fast Furious, Fast 9.
Perkongsian tersebut dibuat bintang berusia 42 tahun ini menerusi salah satu status di Twitter miliknya, baru-baru ini.
Tulisnya, dia terharu kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada famili siri francais berkenaan.
For nearly 20 years, the Fast Franchise has entertained fans and created some of the biggest cinematic moments in history. It’s an incredible honor to join this franchise and this family. https://t.co/7GFzDsX8sl
“Dalam tempoh 20 tahun ini, francais Fast & Furious telah pun menghiburkan para peminatnya dan mencipta momen filem terbesar dalam sejarah.
“Setinggi-tinggi penghargaan untuk saya menyertai francais dan menjadi sebahagian dari famili filem ini,” tulisnya.
Lalu, pendedahan tersebut dihujani dengan pelbagai komen dari peminat bintang gusti itu.
Difahamkan juga, The Rock atau sinonim dengan nama pentasnya, Dwayne Johnson tidak lagi terlibat di dalam siri terkini filem tersebut.
Selain Cena, barisan pelakon lain yang membintangi filem tersebut termasuklah Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Jordana Brewster, Lex Elle dan ramai lagi.
Filem aksi terhebat ini dijangka bakal menemui para peminatnya di seluruh dunia pada Mei tahun hadapan.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terpukau melihat kejelitaan wanita yang sentiasa melemparkan senyuman manis saat bersua muka. Memiliki wajah yang jelita dan lembut membuatkan Bella Dally sentiasa mencuri pandangan.
Malah, wanita asal kelahiran negeri di bawah bayu Sabah ini, punyai peronaliti yang sungguh ayu, sopan santun dan lemah-lembut saat mengatur bicara lantas menyerlah keperibadian seorang wanita Melayu yang beradab.
Dari Zaman ‘Freehair’ Bella Dally Bukan Jenis Gadis ‘Nakal’ Dan Liar
Sepanjang bergelar selebriti wanita ini sentiasa tampil dengan imej yang bersih. Pernah suatu ketika dahulu bertanyakan Bella Dally tentang persoalan ini. “Saya seorang yang tak mencari masalah. Saya memang tak kacau orang.
“Selepas saya berhijab dahulu secara tak langsung cara saya berubah. Jadi tiada isu tiba-tiba nak jaga diri. Malah, ketika saya tidak berhijab dahulu saya bukan seorang gadis yang ‘nakal’ juga. Saya memang seorang ‘family girl‘ yang jaga nama baik keluarga dan tak kacau oarang pun. Mungkin sebab itu saya kurang kontroversi,” tutur Bella Dally.
Selain itu, percubaan MH untuk mengcungkil rahsia bagaimana wanita ini menjaga penampilan khususnya kulit wajahnya yang bersih dan cantik itu, nyata berjaya.
Menurut Bella dia amat menitikberatkan penjagaan kulit wajah terutamanya penggunaan produk yang memfokuskan tentang penghidratan kulit, tambahnya lagi, ketika waktu senggang
“Saya suka pakai produk hidrasi. Sebab sebelum ini kulit saya bermasalah juga tapi selepas selalu pakai hydration mask serum kulit menjadi lebih baik.
“Sebelum ini saya suka pakai tiga benda ini sahaja pembersih, penyegar dan pelembap. Tapi bagi saya itu tidak cukup kena pakai topeng wajah dan serum baru nampak perubahan.
“Ketika photo shoot saya memang kena banyak mekap dan saya pastikan kulit benar-benar besih daripada sebarang solekan. Saya hanya pergi facial hanya bila perlu sahaja. Saya jaga makan dan bersenam. Siang saya makan nasi dan tak pernah sekat pengambilan makanan.
“Tapi saya kurangkan makanan segera serta makanan berminyak dan gula. Tubuh saya memang sensitif dengan gula. Jika terlebih gula memnag boleh rasa badan saya cepat naik,” ujar Bella Dally yang kini aktif dengan sukan berbasikal.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Terbaru penyanyi senior, Nora Ariffin telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Nora Ariffin atau nama sebenar Wan Nora Afiza Ariffin telah berkongsi gambar ketika dia bersama ibu, arwah suami dan anak-anaknya.
Di samping itu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Dipersimpangan Dilema itu berkongsi sebuah cerita yang penuh dengan pengajaran dan nasihat di ruangan kapsyen gambar tersebut.
“SEORANG SUAMI MENGAJAK ISTERINYA MAKAN SEPERTI BIASA. “JOM SAYANG KITA PERGI MAKAN KAT SATU TEMPAT TU, SEDAP SANGAT MAKANANNYA DAN TEMPAT YANG SANGAT ISTIMEWA PULA.” ISTERINYA PADA MULANYA DIAM DAN TIBA-TIBA BERKATA: “SAYA SEBENARNYA LEBIH RELA ABANG AJAK SEORANG WANITA LAIN UNTUK MAKAN ISTIMEWA DENGAN ABANG..”” SUAMINYA TERKEJUT DAN BERTANYA SIAPA WANITA TERSEBUT.”
“ISTERINYA MENJAWAB, “AJAKLAH MAK ABANG.” “ABANG DAH TERLALU LAMA TAK MELUANGKAN MASA BERBUAL DAN MAKAN DENGAN MAK ABANG.” “SAYA SUDAH SELALU ABANG LAYAN SETIAP HARI TAK PERNAH TERLUPA..ABANG PERGILAH LAYAN MAK ABANG PULA.” SUAMINYA TERKEJUT BERCAMPUR SEDIH DAN AMAT TERHARU. DIA TELEFON IBUNYA DAN MENGAJAK IBUNYA.
IBUNYA TERKEJUT TAPI SANGAT GEMBIRA.”
“IBUNYA INGINKAN KEPASTIAN APAKAH BENAR HANYA MEREKA BERDUA SAHAJA.. SI ANAK MENGIAKAN.DIA PUN MEMBAWA IBUNYA MAKAN BERSAMA-SAMA DI TEMPAT ROMANTIK DAN ISTIMEWA ITU.”
“MEREKA BERBUAL PANJANG. IBUNYA TERSENYUM PUAS DAN SANGAT GEMBIRA DAPAT MAKAN SERTA BERCAKAP-CAKAP PANJANG DENGAN ANAKNYA.. SI ANAK BERTANYA PADA IBUNYA. “OK KE MAK?” “MAK SERONOK KE?” JAWABNYA IBUNYA, “YA ANAKKU.” “SUSAH-SUSAH BAWA MAK KE SINI. ” “SERONOK DAPAT BERCAKAP-CAKAP DENGAN KAMU.” “NANTI SAYA BAWA MAK LAGI YA?” JAWAB IBUNYA, “NANTI MAK PULA YANG AKAN BELANJA DAN AJAK KAMU KE SINI.. SETELAH ITU MEREKAPUN PULANG.”
“SI ANAK TERLALU SIBUK DENGAN KERJAYANYA.SIBUK DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK SETIAP HARI.. TIDAK SEMPAT LUANGKAN MASA UNTUK MENELEFON IBUNYA YANG KESEORANGAN.
JUMPA JARANG-JARANG SEKALI.SATU HARI DALAM KESIBUKAN DIA TERKEJUT MENDENGAR IBUNYA SAKIT.”
“DIA KELAM KABUT MENINGGALKAN KERJA KERANA DIA MASIH SAYANG IBUNYA.
APABILA SAMPAI DI HOSPITAL IBUNYA TELAH MENINGGAL DUNIA.DIA SANGAT SEDIH DAN MENYESAL KERANA MENGABAIKAN IBUNYA.TIDAK BERAPA LAMA KEMUDIAN, DIA MENDAPAT KAD DARI TEMPAT MAKAN ISTIMEWA ITU.”
“TEMPAT MAKAN UNTUK DIA DAN ISTERINYA SUDAH DIBAYAR… MEREKAPUN MAKAN.
MASA MAKAN DIA DAPAT SEKEPING NOTA DARIPADA ORANG YANG MENEMPAH TEMPAT ITU.RUPA-RUPANYA TEMPAHAN DIBUAT OLEH ARWAH IBUNYA. KATA IBUNYA, “TERIMA KASIH GEMBIRAKAN MAK, WALAUPUN HANYA SEKALI LUANGKAN MASA KAT MAK”. ” MAK NAK BALAS DAN TUNAIKAN JANJI MAK.MAK D”tulisnya.
Bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo menerima hadiah luar biasa apabila wartawan terkemuka Arab Saudi, Ibrahim Al Faryan yang menghadiahkan seekor unta sempena meraikan...