Penyanyi dan penulis lagu, Amylea Azizan, mengejutkan ramai apabila memaklumkan dirinya kini sudah sah bercerai dengan suami, Mohammad Aqbar Mohamad.
Bagaimanapun, Amylea memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perceraian itu dan menegaskan hubungannya bersama keluarga bekas suami masih dalam keadaan baik.
“Berat rasa hati untuk memaklumkan yang saya bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar bin Mohamad. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.
“Saya sangat hormat dan sayang ibu mentua, seluruh keluarga bekas suami dan anak-anak tiri saya. Kami masih berhubung dengan baik,” kongsinya.
Ads
Perkara itu diterangkan penyanyi lagu Tak Pernah Hilang ini menerusi hantaran di Instagram, malam Ahad.
Jelasnya lagi, dia kini telah selesai menjalani tempoh iddah dan berharap pengumuman tersebut dapat mengelakkan dirinya daripada sebarang bentuk fitnah.
Ads
Reda Dan Terus Melangkah
“Saya sudah lama tamat iddah dan saya dalam keadaan sejahtera. Saya doakan kesedihan seperti saya tidak akan berulang kepada orang-orang yang saya sayangi.
“Sesungguhnya saya ikhlas dalam perkahwinan kami dan sekarang reda dengan takdir Allah. Doakan saya. Berita ini tidak sepenting hal yang berlaku di dunia tapi saya hanya nak mengelakkan fitnah. Terima kasih,” kongsinya lagi.
Ads
Imbas kembali, Amylea menamatkan zaman bujangnya bersama Aqbar pada 27 November 2023.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amylea Azizan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tiga dekad meniti perjalanan seni, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan pengaruh serta kehebatannya apabila tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza kini hampir habis dibeli peminat sebaik sahaja jualan dibuka sejak beberapa hari lalu.
Konsert berskala besar yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bakal menjadi kemuncak sambutan 30 tahun perjalanan seninya dalam industri hiburan serantau.
Setakat ini, kategori tiket Super VIP, Diamond, Silver, Bronze dan Restricted View telah habis dijual, manakala kategori VIP, Platinum dan Gold pula difahamkan semakin pantas dibeli peminat.
Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi lagu Kuyakini itu memuat naik poster bertulis “Almost Sold Out”.
“Terima kasih di atas sokongan anda semua dengan mendapatkan tiket #legacy30sitinurhaliza. Saya sangat menghargainya.
“Ada beberapa kategori tiket masih ada, jangan lupa dapatkannya nanti,” tulis Siti pada ruang komen.
Dalam satu kenyataan terdahulu, Siti menjelaskan konsert ini bukan bertujuan untuk memecahkan rekod kehadiran 70,000 penonton Konsert Fantasia Tour 2004.
Sebaliknya, ia adalah untuk memberikan pengalaman yang selesa, epik dan penuh makna kepada kira-kira 60,000 penonton di stadium ikonik tersebut.
Tiket Legacy 30 ditawarkan pada harga bermula RM69 hingga RM1,599 menerusi laman rasmi ticket2u.com.
Sehingga kini, hantaran berkenaan telah menerima hampir 8,000 tanda suka dengan ratusan komen daripada peminat dan rakan industri yang sama-sama teruja menantikan konsert mega tersebut.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad memaklumkan dia dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, telah membuat keputusan untuk berpisah secara baik.
Ia dibuat selepas menilai pelbagai aspek dan mendapati usaha menyelamatkan rumah tangga mereka tidak berhasil.
“Berhubung isu perceraian, saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya dan isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.
“Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai aspek dengan penuh hormat dan tanggungjawab. Kami berdua telah berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankan perkahwinan ini, namun jodoh kami setakat ini sahaja,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Khamis.
Sebagai individu yang pernah menjadi suri hatinya, Nubhan turut menzahirkan rasa penghargaan terhadap bekas isterinya itu.
“Saya amat menghargai setiap detik dan kenangan yang telah dikongsi bersama Dr. Afifah sepanjang perkahwinan kami. Beliau tetap seorang insan yang saya hormati dan doakan sentiasa dirahmati Allah SWT,” katanya lagi.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Cinta Kasih itu memohon agar semua pihak menghormati keputusan mereka dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung punca perpisahan tersebut.
“Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian yang tidak berasas mengenai punca perpisahan kami.
“Ini adalah perkara peribadi dan saya berharap ia dapat dihormati demi menjaga maruah dan privasi kedua-dua belah pihak serta anak-anak kami.
“Saya juga memohon agar doa yang baik diberikan kepada saya, bekas isteri dan keluarga kami agar kami terus kuat dan diberi ketenangan dalam menghadapi fasa kehidupan yang baru ini.
“Terima kasih atas segala sokongan dan doa yang telah diberikan selama ini,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nubhan dan Dr. Afifah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi menghadiri prosiding pengesahan lafaz cerai, pagi tadi.
Menurut laporan Berita Harian, peguam syarie yang mewakili Dr. Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir, memaklumkan Nubhan telah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini.
Kali pertama pada 2017 sebelum rujuk semula, manakala kali kedua berlaku pada Ogos lalu.
Namun, kedua-dua lafaz dan rujuk itu tidak didaftarkan di mahkamah.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan, dan Afzan Nayille.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nubhan Ahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beego menafikan dakwaan dirinya berfoya-foya di sebuah kelab malam ketika proses perceraian dengan isterinya, pelakon Linda Hashim, masih berlangsung.
Menurut Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, video tular tersebut sebenarnya dirakam ketika dia menghadiri majlis sambutan hari lahir seorang rakan di pusat karaoke.
“Saya memang tak pergi kelab malam. Kalau anda nak tahu, daripada video tular tersebut, saya sebenarnya sedang menghadiri sebuah majlis hari jadi yang diadakan di ruang khas dan eksklusif di sebuah KTV (pusat karaoke).
“Sejak bergelar artis daripada tahun 2002 sehinggalah 2025, saya memang menjaga ukhwah bersama kawan-kawan dan kenalan daripada semenanjung sehingga Sabah dan Sarawak.
“Bila ada di antara mereka yang datang ke Kuala Lumpur dan mengadakan apa sahaja majlis, rasanya tak salah untuk saya hadir. Jika ada video saya berada di acara terbuka kelab malam, sila tunjuk bukti.
“Saya bukan budak-budak. Saya tak pergi mana-mana kelab malam. Saya hanya pergi ke tempat ‘high end’ sahaja. Terpulang kepada anda nak panggil tempat itu apa,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Beego turut tidak menolak kemungkinan video itu sengaja dirakam untuk menjatuhkan reputasinya dan mengeruhkan lagi keadaan rumah tangganya.
“Pada saya, Linda tidak akan buat sebegitu. Ia mungkin daripada orang-orang di sekeliling atau yang menjadi mata-mata dia. Saya tak kisah.
“Di dunia ini, kita memang tak dapat melihat syaitan. Namun, ada juga syaitan yang nyata di mana mereka suka merosakkan rumah tangga orang,” ujarnya.
Disebabkan video tersebut, ada netizen meluahkan rasa kecewa terhadap Beego dan melabel dirinya berpura-pura sewaktu menghadiri majlis tabligh sebelum ini.
Namun, Beego menegaskan, perubahan dirinya ke arah lebih baik bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada masyarakat, sebaliknya demi mencari ketenangan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Berpura-pura itu adalah sebuah andaian yang skeptikal dan subjektif. Yang menilai ini kebanyakannya daripada orang luar.
“Saya pergi ke sana (sertai tabligh) bukannya nak tunjuk kepada masyarakat yang saya sudah jadi alim. Saya ke sana untuk mencari diri sendiri, tebus dosa dan luang masa bersama Allah SWT.
“Gambar-gambar dan video saya ketika di sana itu telah dimuat naik oleh orang lain. Saya tak dapat nak kawal.
“Tolak tepilah segala andaian-andaian negatif. Mungkin daripada video saya itu, ada yang terbuka hati untuk turut serta ke majlis tabligh.
“Setidaknya kita ada buat satu perkara baik. Biarlah manusia yang memfitnah. Saya tahu apa yang saya buat. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Hanya sebab sekeping gambar seakan di kelab, orang boleh buat beribu andaian,” jelasnya lagi.
Terdahulu, prosiding perceraian antara Beego dan Linda di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan tidak dapat diteruskan.
Menurut peguam Beego, Muhammad Akmal Amzan, mahkamah menetapkan tarikh 16 Disember 2025 untuk pihak Linda memfailkan taklik yang masih belum dibuat.
Sementara itu, peguam yang mewakili Linda, Nurul Fadzilah Kamaluddin memaklumkan anak guamnya meminta penangguhan proses tersebut disebabkan isu kesihatan anak mereka.
Walau apa pun, Beego tetap percaya rumah tangganya masih boleh diselamatkan dan dia tidak pernah berhenti berusaha untuk memujuk isterinya agar tidak meneruskan perceraian.
Untuk rekod, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Jelita Clarissa, Anggun Cassandra, dan Indah Camelia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...