“Selamat ulang tahun suami ku @kamaladli yang tercinta tersayang. Insyallah akan jadi cinta abadi ku dan yang terakhir.
“Saya doakan abang sentiasa sihat sentiasa bahagia dengan saya dan keluarga tercinta,” tulisnya.
Titipan istimewa itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Setelah Terlafaznya Akad itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu.
Dalam pada itu, Uqasha turut memanjatkan doa agar suaminya itu akan sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Ads
“Ya Allah kau buka la pintu rezeki seluas-luasnya buat suami ku, panjangkan umurnya dan yang paling penting sentiasa ingat Allah dan cintakan saya sorang je tau.
“Semoga segala doa-doa abang, Allah akan makbul kan dan sekali lagi HAPPY BIRTHDAY MY LOVE,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti nyata tersentuh saat membaca perkongsian tersebut selain turut mengucapkan selamat hari lahir buat Kamal.
Ads
“Happy birthday Kamal. Semoga aman bahagia bersama isteri tercinta hingga ke syurga.
“Sweet betul kapsyennya.
“Happy birthday Kamal. Semoga jodoh sentiasa dipanjangkan hingga akhir hayat.
“Happy birthday our hero. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama isteri tercinta.
Ads
“Sweetnya ucapan. Tasa betul keihlasan tu. Semoga berbahagia hingga ke jannah Uqasha dan Kamal,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 5 November tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Uqasha dan Kamal bakal sekali lagi bergandingan menerusi drama terbaru berjudul Setelah Terlafaznya Akad 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Uqasha Senrose & Kamal Adli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kami juga terbuka untuk menjalin kerjasama dengan figura terkenal tanah air contohnya Datuk Seri Siti Nurhaliza, untuk menerbitkan buku mengenai kembara seninya sebagai wanita Muslim sekiranya diberikan peluang.”
Demikian impian syarikat penerbitan, Tertib Publishing yang optimis memasang impian melakar jaya sebagai peneraju bahan bacaan Islamik, pengetahuan dan inspirasi dalam bahasa Inggeris.
Muncul setahun sebelum era pandemik COVID-19, syarikat berkenaan pantas mencuri perhatian dan rujukan ramai tidak kira di dalam atau luar negara.
Pengasas merangkap Ketua Pengarah Eksekutifnya, Khairul Amar Razali itu berkata sehingga kini sudah 51 judul buku diterbitkan merangkumi pecahan bacaan dewasa dan kanak-kanak.
Mempunyai latar belakang bidang pendidikan dalam ijazah sarjana di Universiti Malaya dan kini bergelar pelajar DoktorFalsafah (PhD) juga di dalam bidang yang sama, antara faktor kuat yang menjelaskan kesungguhan lelaki berusia 35 tahun dari Terengganu ini melebarkan empayar syarikat.
“Membaca itu jambatan ilmu. Ia teras yang sudah sebati dalam diri kita dari kecil sampai dewasa. Itu menjadi manifestasi utama apa yang saya usahakan ini.
“Cuma saya cuba melawan arus untuk menerbitkan bacaan dalam bahasa Inggeris. Pendek kata, saya nak jadi penerbit bahan bacaan Islamik berbahasa Inggeris yang dicari ramai.
“Lagipun penerbitan bacaan bahasa Melayu sudah banyak di pasaran,” katanya yang sebelum ini belajar dalam bidang kejuruteraan di sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.
Kata Khairul Amar lagi, dia pada mulanya bimbang ketika pandemik menyerang, syarikatnya baru hendak bernafas.
“Ketika itu, ujian musibah ini meniup keresahan. Tapi siapa mampu menebak, permintaan bahan bacaan dikeluarkan mendapat permintaan tinggi. Daripada dua staf kini bertambah menjadi 13.
“Permintaan itu membuka ruang mengeksport buku ke luar negara termasuk Singapura, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan sebagainya.
“Ia membuka pintu ruang untuk meneroka pasaran luar. Tapi saya tak mahu terburu-buru. Biarlah dikukuhkan gelanggang tempatan dulu. Tapi jika ada kesempatan, cubalah sambil menyelam minum air,” katanya.
Bahan bacaan syarikat ini mendekati demografik generasi muda hingga awal 60-an.
“Kami bawakan penulis Islamik antarabangsa termasuklah nukilan penceramah motivasi terkenal seperti Yasmin Mogahed, Imam Dr. Omar Suleiman, Yahya Ibrahim. Bagaimanapun, kandungan lokal juga diutamakan.
“Termasuk kerjasama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menerusi terbitan buku The 49th Rules, Muslim Astronauts in Space dan The Twins’ Space Mission.
“Malah kami menjalinkan kerjasama dengan jenama Telekung Siti Khadijah menghasilkan buku kanak-kanak seperti The Madrasah of Ramadan (Activity Book),” katanya.
Sempena bulan Ramadan, mereka turut menerbitkan buku edisi istimewa.
“Ia termasuklah jenama Nuh & Nuha diambil bersempena nama anak kembar saya menerusi penerbitan buku kanak-kanak seperti ‘A Remarkable Ramadan Sound Book’. Ia buku interaktif bersuara yang disokong dengan audio bacaan doa dan amalan di bulan mulia ini.
“Tak ketinggalan, Ramadan Therapy, What I Would Like For Ramadan, My Ramadan Journey Puzzle, dan banyak lagi,” katanya mengenai bahan bacaan jenama ini dijual sekitar harga mampu milik serendah RM30 hingga RM90.
“Tahun ini disasarkan, dalam empat kelima bacaan baru akan diterbitkan. Anggaran jualan produk sebulan kami raih pada Mac lalu contohnya mencecah RM200,000. Tahun ini kami sasarkan jualan sekitar RM3 juta. Insya-Allah. Selain itu, sistem ejen juga mula dilaksanakan,” katanya.
Tambah Khairul Amar, ada permintaan menterjemahkan buku, ‘A Juz A Day: Summary of the Qur’an’ daripada Yahya Ibrahim ke dalam bahasa Melayu.
“Kami tengah mempertimbangkannya. Malah dalam masa sama, syarikat kami juga berpengalaman menganjurkan acara langsung dengan pembabitan penceramah Muslim antarabangsa.
“Pada 16 dan 17 April ini, kami menjemput Mizi Wahid, iaitu seorang ikon Muslim dari Singapura dalam acara perkongsian ilmu di Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur. Penyertaan dibuka kepada umum,” katanya yang turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen.
Sementara pembaca yang ingin memiliki bahan bacaan mereka juga boleh menghubungi pihaknya secara terus.
Pelakon, Raja Ilya menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan impiannya untuk menimang cahaya mata sulung perempuan akhirnya telah dimakbulkan.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ilya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.
Video tersebut memaparkan suaminya, Trent Garret yang memotong kek coklat mengandungi krim berwarna merah jambu yang menjadi simbolik menandakan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Menurut Ilya, ahli keluarga mertuanya juga turut mengharapkan bayi perempuan memandangkan mereka sudah memiliki ramai bayi lelaki.
“Gender reveal. wow, so excited! Memang nak sangat girl as our first child. Boleh melaram sekali, doll up, omg so so excited, Syukur Alhamdulillah.
“He knows the best for us. Amin. Nasib bukan boy you all. Kita tak ada pengalaman sangat handling baby boy. Belah Trent pula semua boys. So, nervous juga kalau first child boy kan and they’ll pula expecting girl in the family. So yay,” tulisnya.
Bagaimanapun, pelakon filem KL Vampire ini memaklumkan perkara yang menjadi keutamaanya buat dia dan suami ketika ini adalah untuk memastikan bayi mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sihat.
Dikesempatan itu juga, Ilya turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menitpkan doa yang baik buat dirinya dan kandungan.
“Macam mana puasa hari ini ? Long way to go. Sebulan lagi nak complete puasa, so, perlahan-lahan kayuh okay.
“So here we are. Ramai yang guess kata boy. I appreciate that guys. Yang penting baby sihat walafiat. Thank you for all the doa and wishes ya,” kongsinya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen da rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar segala urusan Ilya saat melahirkan nanti akan sentiasa dipermudahkan.
“Congratulations for your baby girl. The princess will be doll up by you for sure.
“Wow, dapat juga baby girl. Mom instinct lebih betul.
“Congrats babe! So happy for u both.
“Happy family. Baby and mummy stay safe.
“Yeahhhh I teka tadi pun girl. Tak sabar nak tunggu baby keluar,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Untuk rekod, Ilya dan Garret yang juga merupakan warganegara Australia telah melangsungkan pernikahan mereka pada tanggal 23 Disember 2018.
Pada Mac lalu, Ilya mengumumkan dirinya hamil anak sulung dengan usia kandungan memasuki lima bulan. Difahamkan dia dijadualkan bakal bersalin sekitar Julai nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Raja Ilya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti terkenal, Hanis Zalikha berkongsi pengalaman anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang cuba menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tahun ini buat kali pertama.
Hanis berkata, Yusuf berjaya berpuasa selama sehari meski usianya baru hampir mencecah usia enam tahun.
“Setakat ini dia dapat puasa sehari sahaja lah dan dia buat pun dengan rela hati.
“Mungkin sebab dia tengok saya dengan suami puasa, jadi dia pun cakap teringin nak cuba untuk puasa,” katanya.
Dalam pada itu, Hanis dan suami yang juga pelakon Hairul Azreen memberitahu, mereka sepakat untuk sebolehnya tidak mahu bersikap keterlaluan dalam usaha mendidik anak-anak.
Akui senang dengan sikap dua permata hatinya yang bersemangat untuk melakukan amalan kebaikan, jelas Hanis sebagai ibu dia tidak mahu terlalu memaksa.
“Sejujurnya, perkara lain macam solat dan puasa ni semua saya sebagai ibu tidak mahu terlalu memaksa.
“Sebolehnya saya cuma mahu tunggu bila dia dah betul-betul bersedia untuk buat.
“Kalau orang kata cara saya didik anak tu lembut tetapi sebenarnya tidak sebab saya ni seorang yang tegas cuma tak garang.
“Bagi saya, anak ini satu amanah kan jadi memang kita kena tegas kalau nak didik anak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hanis kini secara rasmi telah dilantik untuk menjadi duta rangkaian pakaian fesyen muslimah jenama Innersejuk.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini ketika ditemui di majlis perlantikan tersebut menzahirkan rasa syukur apabila diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama berkenaan.
“Saya rasa berbesar hati sangat apabila dipilih untuk pegang dan galas amanat ini.
“Apa yang membuatkan saya terima tawaran ini bukan hanya kerana kadar bayaran yang akan ditawarkan semata-mata seperti dalam perjanjian.
“Namun, saya berbesar hati untuk pegang amanah ini kerana visi Innersejuk itu sendiri yang mana mahu meletakkan jenama tempatan di persada antarabangsa,” jelasnya.
Katanya lagi, pihak Innersejuk juga telah merangka beberapa perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dan asia tenggara khususnya.
Innesejuk menerusi koleksi terbaru, Telekung Suqainah ini dihasilkan dari rekaan inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill® Tuff, fabrik yang lebih lasak & lebih tebal daripada telekung biasa.
Ciri menarik berkenaan dengan fabrik ini, walaupun lebih tebal dari kebiasaan telekung yang berada di pasaran, fabrik Telekung Suqainah ini direka khas supaya kekal sejuk dan anti-mikrob.
Lebih menarik, ia ditambah dengan ciri kemasan yang mewah menjadikan Telekung Suqainah ini sesuai dengan semua jenis muka, cantik terletak apabila memakainya dan memberikan keselesaan kepada pemakainya.
Sekadar informasi, Hanis atau lengkapnya Hanis Zalikha Zainal Rashid mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 5 dan Alisa Aisyah, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.