Ads

“Saya Dijaga Elok, Dia Rajin Masak,” – Pertama Kali Sambut Ramadan Dengan Amira Othman, Fattah Luah Rasa Syukur… Siap ‘Terjebak’ Resepi Khairulaming

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, Amira sangat mengambil berat soal makan minumnya sepanjang Ramadan selain rajin memasak sekiranya mempunyai waktu terluang.

“Saya Dijaga Elok, Dia Rajin Masak,” – Pertama Kali Sambut Ramadan Dengan Amira Othman, Fattah Luah Rasa Syukur… Siap ‘Terjebak’ Resepi Khairulaming

“Alhamdulillah, saya dijaga dengan elok. Anda sendiri boleh lihat pada wajah saya, daripada ada jawline, terus hilang. Amira seorang yang rajin memasak.

“Kami pun terjebak dengan resepi Khairulaming. Kami selalu bersahur bersama. Kalau berbuka pula, jika jadual kami berdua lapang, kita akan berbuka bersama-sama.

“Jika tidak, kami akan berbuka di lokasi kerja masing-masing,” katanya kepada MH.

Pelakon drama Bidaah itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media program Raya Astro 2026, baru-baru ini.

Ads

“Saya Dijaga Elok, Dia Rajin Masak,” – Pertama Kali Sambut Ramadan Dengan Amira Othman, Fattah Luah Rasa Syukur… Siap ‘Terjebak’ Resepi Khairulaming

‘Terjebak’ Resepi Khairulaming

Tambah Fattah lagi, Amira juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai resepi hasilan pempengaruh, Khairul Aming sepanjang Ramadan ini.

“Saya Dijaga Elok, Dia Rajin Masak,” – Pertama Kali Sambut Ramadan Dengan Amira Othman, Fattah Luah Rasa Syukur… Siap ‘Terjebak’ Resepi Khairulaming

“Kami cuba buat puding karamel mengikut resepi Khairulaming. Ternyata menjadi. Saya juga individu yang paling teruja tentang resepi Khairulaming. Ada sahaja video baharu, pasti saya akan forward ke Amira.

Ads

“Dialah yang akan memasak dan saya perlu pergi membeli barangnya,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Fattah turut memaklumkan bahawa walaupun dia dan Amira sibuk dengan jadual kerja masing-masing, mereka tetap cuba meluangkan masa bersama, terutamanya ketika berbuka puasa dan sahur.

“Saya Dijaga Elok, Dia Rajin Masak,” – Pertama Kali Sambut Ramadan Dengan Amira Othman, Fattah Luah Rasa Syukur… Siap ‘Terjebak’ Resepi Khairulaming

Ads

“Saya dan Amira agak sibuk dengan jadual kerja. Kami ada sesi siaran langsung berniaga dan buka booth untuk program hari raya. Jika betul-betul ada masa, kita akan luang masa di rumah.

“Jika di tidak di rumah atau terpaksa bekerja, kita akan berbuka di luar,” katanya.

Sekadar informasi, Fattah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025.

Untuk rekod, Fattah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Nur Fazura pada 27 November 2017 sebelum disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

The Fabulous Cats Kembali Rancakkan Industri Dengan Lagu Raya, Pembuka Jalan...

Kumpulan pop terkenal tanah air, The Fabulous Cats kembali memeriahkan industri muzik tempatan dengan melancarkan lagu raya terbaharu berjudul “Satu Syawal”, hasil kolaborasi bersama...
error: Hello. Cannot.