Categories: Uncategorized

“Saya Dengan Emma Selalu Membantu Antara Satu Sama Lain,” – Dibandingkan Dengan Si Kakak, Ini Respon Chacha Maembong

Share

Pelakon Chacha Maembong tidak ambil hati jika bakat lakonan dibanding-bandingkan dengan kakaknya, Emma Maembong.

Walaupun dia terlebih dulu terlibat dalam lakonan berbanding si kakak, namun bintang ini mengakui peminat kian bijak dalam menilai bakat lakonan mereka.

Malah, pemilik nama lengkap Siti Aishah Ismail ini juga menjelaskan, masing-masing mempunyai kelebihan sendiri.

“Saya tak kisah pun jika orang nak bandingkan saya dengan Emma… Alhamdulillah, netizen dah semakin bijak dan mereka tahu lakonan saya dengan Emma adalah sangat berbeza.

Chacha tak ambil hati meskipun bakat lakonannya sering dibandingkan dengan Emma.

“Mereka tahu Emma sesuai dengan watak yang bagaimana dan mereka juga tahu saya ada kekuatan lain dalam membawa satu-satu watak itu. 

“Mereka tidak lagi membanding-bandingkan antara saya dengan Emma seperti dahulu…  mungkin juga kerana lakonan saya kini semakin matang,” katanya, lapor mStar.

Pada masa sama, bintang berusia 23 tahun yang kini muncul menerusi filem Anak Perjanjian Syaitan ini, sering memberi sokongan dan berbincang dalam memperbaiki prestasi dan mutu lakonan bersama Emma.

“Sejujurnya kami selalu Facetime dan dia akan tanya sekiranya saya dalam keadaan baik.

“Lagipun saya dengan Emma selalu membantu satu sama lain. Contohnya, kadang-kadang saya akan dapat watak yang memang ‘makanan’ Emma, saya akan call untuk minta nasihat dan pendapat dalam membawa watak sebegitu.

“Sejujurnya kami selalu Facetime dan dia akan tanya sekiranya saya dalam keadaan baik, bagaimana dengan lokasi penggambaran saya,” akhiri Chacha.

Foto/Sumber: Instagram Chacha/mStar

IKLAN