Teka-teki mengenai status pelakon dan penyanyi, Alvin Chong sering kali menjadi tanda tanya.

Ada juga dikaitkan dengan beberapa wanita namun mereka hanya tidak lebih daripada kawan biasa.

“Saya Dah Tak Single Sebab…” -Ini Penjelasan Alvin Tentang Status Dirinya

Sementara itu, Alvin juga dilihat sering memuat naik kapsyen ‘berbunga-bunga’ di laman media sosial milik.

IKLAN

Susulan itu, dalam kesempatan MH bertemu dengan Alvin semasa Sidang Media lagu terbarunya, sempat MH mengorek rahsianya.

“Okaylah di kesempatan ini, Alvin nak bagitahu yang Alvin dah tak single lagi…sekarang dah berdua.

“Sebab Alvin dah dilamar oleh Universal Music Malaysia untuk menjadi artis mereka.

“Dan mesej bunga-bunga tu sebenarnya untuk peminat Alvin juga sebab diorang pun suka sweet-sweet dengan saya,” jelasnya.

“Saya Dah Tak Single Sebab…” -Ini Penjelasan Alvin Tentang Status Dirinya

IKLAN

Wahh.. Untungnya jadi Alvin kan?? Dalam perkembangan terbaru, pelakon Awak Suka Saya Tak bakal muncul dengan single English terbarunya bersama artis dari Filipina bertajuk We Got This.

IKLAN

Lagu tersebut merupakan kolaborasi yang dibawakan oleh MCA Music dan Universal Music Malaysia.

Rakaman lagu dan juga penggambaran muzik video dibuat sepenuhnya di Manila.

Foto: Instagram Alvin Chong

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI