Perjalanan seorang lagi finalis Dewi Remaja 2025 berakhir apabila peserta berasal dari Sabah, Sharmaine Alexander, diumumkan tersingkir pada episod separuh akhir program berprestij itu, baru-baru ini.
Sharmaine, yang sejak awal menarik perhatian juri serta warganet kerana personaliti ceria dan kandungan media sosial yang menghiburkan, menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
Meskipun penampilannya terhenti di peringkat penting itu, beliau tetap menzahirkan rasa syukur kerana mampu bertahan sehingga ke kelompok 12 terbaik.
“Rasa sedih itu tak seberapa sebab saya sudah buat yang terbaik. Untuk berada pada kedudukan ini sudah cukup jauh bagi saya, jadi top 12 dah cukup jauh bagi saya.
“Tapi peringkat semi-final tu, saya pun tak sangka saya boleh sampai sejauh itu. Saya sebenarnya sangat penat, penat kerana sudah melakukan yang terbaik,” ujarnya kepada Media Hiburan.
Pemilik ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA itu turut berdepan pelbagai kecaman sepanjang pertandingan berlangsung.
Ads
Ada segelintir pengguna media sosial mempertikaikan prestasinya, namun Sharmaine memilih untuk tidak melayan kata-kata negatif berkenaan.
“Sebenarnya terpulang bagaimana kita beri reaksi. Apa pun yang orang cakap tentang kita, kalau kita absorb negatively perkara itu akan buat kita down. Kalau kita absorb positively dia akan buat kita naik.
“Kalau saya, saya serap semuanya secara positif sahaja. Bagi saya kalau ada yang beri komen penuh kebencian, bermakna semua orang nampak saya dan saya berada di bawah spotlight.
Ads
“Bagaimana saya tangani isu ini, saya gelakkan sahaja apabila baca komen negatif. Apa yang mereka cakap tu, mereka tak tahu perkara sebenar dan ada juga yang hanyalah andaian semata-mata.
“Jadi kalau kita nak dengar semua yang negatif ia akan buat kita rasa sedih,” jelasnya.
Mengulas mengenai perancangan selepas penyertaannya berakhir, Sharmaine berkata beliau kini ingin memberi tumpuan kepada kerjaya hiburan selepas menamatkan latihan dalam kamar (chambering).
Ads
“Apa-apa peluang saya akan ambil. Tidak kiralah drama ke, filem pendek ke, apa-apa sahaja saya akan ambil untuk belajar lebih lagi,” katanya.
Sementara itu, selain Sharmaine, seorang lagi peserta, Elisa Chew dari Pulau Pinang, turut diumumkan tersingkir pada pusingan separuh akhir.
Dengan penyingkiran tersebut, enam peserta berjaya mara ke peringkat akhir iaitu Ariana, Nelysa K, Ara Marisa, Dheper Teh, Nylea dan Suhaila. Episod Akhir Dewi Remaja 2025 dijadualkan bersiaran pada 28 November 2025, jam 10 malam di Astro Ria.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
Pemenang gelaran Miss Universe Africa and Oceania,Olivia Yacé, mengumumkan peletakan jawatannya hanya tiga hari selepas dinobatkan memenangi gelaran tersebut di pertandingan Miss Universe 2025.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagramnya, Ratu Cantik Côte d’Ivoire itu disahkan menarik diri daripada semua mandat dan tanggungjawab berkaitan organisasi Miss Universe berkuat kuasa serta-merta atas alasan mahu mengekalkan komitmen terhadap nilai dan integriti peribadinya atas alasan mahu mengekalkan komitmen terhadap nilai dan integriti peribadinya.
Pada pertandingan itu, beliau menamatkan saingan di tempat kelima, manakala wakil Mexico, Fatima Bosch, meraih gelaran juara dalam edisi ke-74 yang turut menyaksikan salah satu penutup paling kontroversi dalam sejarah ratu cantik antarabangsa.
Olivia turut menjelaskan bahawa pengalaman mewakili Côte d’Ivoire di Miss Universe telah membuktikan keupayaannya mengharungi cabaran, namun kesinambungan perjalanannya memerlukan keselarasan dengan nilai asas yang menjadi pegangan hidupnya.
Beliau menegaskan bahawa kehidupannya berpaksikan kepada empat prinsip utama, rasa hormat, maruah, kecemerlangan dan peluang sama rata. Prinsip tersebut, kata beliau, mesti kekal sebagai teras setiap tanggungjawab yang digalas, dan beliau tidak lagi mampu mencapai potensi penuh dalam ruang lingkup gelaran benua itu.
Olivia turut memaklumkan bahawa beliau bukan sahaja melepaskan gelaran Miss Universe Africa and Oceania, malah menarik diri sepenuhnya daripada sebarang perkaitan dengan Jawatankuasa Miss Universe pada masa akan datang.
Keputusan itu, katanya, dibuat dengan penuh pertimbangan dan berlandaskan nilai integriti yang ingin dipertahankannya.
Dalam pada itu, Olivia menjelaskan bahawa misinya sejak awal adalah untuk menginspirasikan generasi muda, khususnya gadis-gadis yang ingin melihat diri mereka di ruang yang sering dianggap sukar ditembusi. Beliau mahu menjadi contoh yang membolehkan mereka melangkah masuk dengan yakin dan menerima identiti diri tanpa ragu.
Pada masa sama beliau mengucapkan tahniah kepada Fatima Bosch atas kemenangannya, selain mendoakan pemulihan segera buat wakil Jamaica, Gabrielle Henry, yang kini dirawat di unit rawatan rapi akibat kemalangan ketika minggu pertandingan.
Keputusan meletakkan jawatan ini hadir susulan pelbagai kontroversi yang melanda Miss Universe 2025, termasuk dakwaan pemarkahan tidak telus dan sudah disusun sejak awal, perselisihan terbuka serta insiden teknikal di pentas.
Tular juga dakwaan bahawa seorang juri iaitu Omar Harfouch, telah menarik diri sebelum malam final kerana mendakwa keputusan pertandingan bakal memihak kepada Fatima atas faktor ayahnya memiliki urusan perniagaan bersama pemilik Miss Universe, Raul Rocha.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rap popular, Cardi B, 33, selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya bersama atlet NFL, Stefon Diggs.
Menurut sumber, khabar itu disahkan wakil penyanyi berkenaan yang memaklumkan keadaan Cardi B kini stabil dan berada dalam keadaan baik selepas melalui proses kelahiran dengan lancar.
Stefon, 31, sebelum ini turut berkongsi rasa teruja apabila mengetahui mereka bakal menimang anak lelaki, sambil berseloroh bahawa dia tidak sabar menantikan momen melihat anaknya buat push-ups, sit-ups dan berlari ke sana sini seperti seorang atlet.
Cardi B, yang baru tampil dengan projek baharu dalam kerjaya muziknya, turut berkongsi bahawa tahun ini menjadi antara fasa terpenting dalam hidupnya.
Selain kembali aktif dengan album dan perancangan tour, kehadiran bayi ini dianggap sebagai “sebab tambahan untuk menjadi versi terbaik diri sendiri”.
Cardi B sebelum ini menjelaskan bahawa dia memilih untuk mengumumkan kehamilan mengikut masa sendiri, dengan mengutamakan kesihatan bayi dan ruang privasinya sebagai seorang ibu.
Beliau yang sebelum ini sudah mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya dengan Offset itu kini memasuki fasa baharu dalam kehidupan peribadi. Beliau dan Stefon mula dikaitkan sejak penghujung 2024 sebelum tampil bersama secara terbuka beberapa bulan selepas itu.
Sekadar info. Cardi B dan Offset berkahwin sejak 2017, namun mereka sudah hidup berasingan secara sah. Menurut sumber, mereka masih belum menoktahkan perhubungan disebabkan kewangan walaupun sudah memfailkan perceraian sejak tahun lalu.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Dafi Ismail mengulas mengenai keluhan segelintir penyanyi yang dikatakan menerima bayaran tidak setimpal ketika diundang membuat persembahan di sesebuah acara.
Menurut Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri Yaakob, dia menyifatkan soal gaji dan pendapatan tidak perlu diperkatakan secara terbuka kerana ia boleh menyinggung hati sesetengah pihak.
“Saya rasa tidak semua perkara kita perlu kongsikan di media sosial. Kalau nak cakap sekali pun, kita perlu berhati-hati. Rezeki yang kita anggap sedikit mungkin banyak bagi orang lain.
“Kalau rasa tak berbaloi, tak usah terima. Habis setakat itu sahaja. Tak perlu nak menyuarakannya kepada umum atau secara terang-terangan.
“Kalau kita rasa jumlah itu sedikit, ada orang lain yang sara satu keluarga dengan jumlah yang sama. Kita tak patut perlekehkan setiap rezeki yang kita terima,” katanya kepada MH.
Dafi berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media drama BF Greenflag di Studio Village, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam drama berkenaan, Dafi turut membintangi dan menyumbangkan suara untuk runut bunyi karya pertama terbitan MYTV tersebut.
Drama berkenaan dijadualkan tayangannya pada setiap Khamis bermula 13 November di aplikasi MYTV.
Bercerita lanjut, Dafi juga berharap agar rakan-rakan industri dapat lebih peka dan profesional ketika membincangkan soal bayaran.
“Saya bukan tujukan perkara ini kepada mana-mana individu spesifik. Saya pun tak tahu kenapa dia buat kenyataan sebegitu. Saya tak nak cakap lebih kerana pun saya tak kenal dia.
“Saya bersuara secara general. Saya rasa isu duit dan gaji ini sangat sensitif untuk diperkatakan. Benda yang kita ada, belum tentu orang lain ada.
“Malah, mungkin ada yang dapat lebih sedikit daripada apa yang kita dapat. Jadi, apa perasaan mereka bila kita cakap sebegitu?” kongsinya lagi.
Ketika ditanya sama ada dia akan menerima jemputan persembahan walaupun bayarannya rendah, Dafi mengakui tidak mempunyai masalah sekiranya waktu dan keadaan mengizinkan.
“Kalau bersesuaian dan waktunya kena, saya terima sahaja. Saya tahu, setiap artis ada ketetapan mereka sendiri. Orang yang bekerja pun ada gaji tertentu yang mereka mahukan.
“Itu hak masing-masing. Mungkin saya suka dengan kerjaya sebagai penyanyi ini dan saya rasa seronok.
“Ada kalanya, orang yang jemput itu kita pun kenal atau mereka nak kita menyanyi tapi bajet mereka kurang.
“Mungkin ketika ini saya dapat bayaran yang sedikit, pada masa hadapan mungkin bayarannya akan lebih tinggi,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.