Ads

“Saya Cuma Mahu Meluahkan Betapa…,” – Agnez Mo Masih Di Dubai, Kongsi Situasi Terkininya

Penyanyi sensasi Indonesia, Agnez Mo, yang kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), meluahkan dedikasi terhadap kepimpinan negara itu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Agnez secara langsung turut memaklumkan dirinya berada dalam keadaan selamat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo)

“Sementara kita menunggu keadaan kembali reda, saya cuma mahu meluahkan betapa saya menghargai cara barisan kepimpinan dan pasukan tentera Dubai menjaga keselamatan semua orang,” tulisnya.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Tak Ada Logika itu turut menzahirkan apresiasi terhadap pendekatan pihak berkuasa dalam menguruskan situasi semasa.

“Saya Cuma Mahu Meluahkan Betapa…,” – Agnez Mo Masih Di Dubai, Kongsi Situasi Terkininya “Saya Cuma Mahu Meluahkan Betapa…,” – Agnez Mo Masih Di Dubai, Kongsi Situasi Terkininya

Ads

“Yang lebih penting, mereka turut memastikan kami sentiasa dimaklumkan secara telus. Kepimpinan seperti itu memberikan makna yang sangat besar buat kami,” kongsinya lagi.

Situasi Semasa & Aktiviti Di Dubai

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada perkembangan terkini di Timur Tengah yang menyaksikan beberapa siri serangan udara serta ketegangan geopolitik antara kuasa serantau.

“Saya Cuma Mahu Meluahkan Betapa…,” – Agnez Mo Masih Di Dubai, Kongsi Situasi Terkininya

Ads

Situasi itu sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Beberapa negara di rantau berkenaan dilaporkan memperketatkan kawalan keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya Cuma Mahu Meluahkan Betapa…,” – Agnez Mo Masih Di Dubai, Kongsi Situasi Terkininya

Ads

Agnez, yang aktif dengan projek antarabangsa, sebelum ini kerap berulang-alik ke beberapa negara seluruh dunia.

Menerusi hantaran yang sama, dia turut dilihat meluangkan masa menghadiri acara berbuka puasa yang dianjurkan oleh Konsulat Indonesia di Dubai.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Agnez Mo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Nikmat Besar Yang Belum Kami Rasai, Panggilan Ibu Ayah,” – Masih...

Penyanyi dan anggota kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, menyifatkan kehadiran cahaya matanya, Khalisa Insyirah, sebagai anugerah yang membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupannya bersama isteri.
error: Hello. Cannot.