Categories: Uncategorized

“Saya Bukanlah Sempurna, Dan Tak Akan Sempurna. Tetapi….”- Saharul Ridzwan Kongsi Cerita Sukses

Share

Barangkali ramai yang masih belum tahu pelakon Saharul Ridzwan, 29, kini giat berniaga bersama isterinya, Qabeela Deena Amir.

Baru-baru ini dia sibuk berniaga selama 77 jam tanpa henti di salah sebuah festival raya yang diadakan di PWTC.

Terbaru, dia turut berkongsi kisah hidupnya bersama peminat menerusi akaun Instagram miliknya.

“Masing-masing ada cerita, masing-masing ada sejarah hidup, masing-masing ada salah dan silap. Tapi apakah tujuan hidup kita.

 

“Saya bukanlah sempurna, dan tak akan sempurna, tetapi saya yakin dengan usaha yang keras, kerjasama dan sokongan dari semua, dengan izin Allah, InshaAllah rezeki yang diberika cukup.

 

“Andai kata kita bekerja keras siang dan malam, dengan cara strategik yang betul tetapi akhirnya gagal, maka ada sebab kenapa kita gagal. Allah maha mengetahui, Allah yang memberi segala rezeki. Jadi bersyukurlah.

 

“Pasti ada yang kita lakukan tidak kena dengan tempatnya. Syukur Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan dengan @qaabila.hq berbaloi dengan kepenatan saya, kerana yang memberi rezeki itu bukanlah dari manusia, tetapi Allah S.W.T.

 

“Ya Allah, jauhkan istidraj dari hambamu ini. Amin Ya Rabb,” tulisnya di Instagram

Rata-rata, status tersebut dapat komen yang positif daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan di sunia dan akhirat dipermudahkan.

 

Foto : Instagaram

IKLAN