Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil, 37 tahun terus menjadi topik hangat di Malaysia berikutan empat kes jenayah yang dihadapinya termasuklah menampar seorang anggota polis minggu lalu.

Terbaru, menerusi Twitter ERAdotje, terdapat video di mana Farid diserbu wartawan selepas keluar daripada mahkamah, dia dilihat ceria dan tersenyum saat menjawab pertanyaan wartawan.

‘Saya Bersyukur Semua Berlangsung Dengan Aman’ Farid Kamil Tenang Menjawab Persoalan Wartawan

IKLAN

“Farid okay, Alhamdulillah. Kesihatan Alhamdulillah. Saya bersyukur semua berlangsung dengan aman.

“Kenapa dahi berdarah? biasalah tu, takda apa-apa okay… Sekarang ni saya kena ikut mereka (polis),” katanya sambil tersenyum.

Dalam pada itu, memetik Kosmo Online, tahanan reman Farid dilanjut sehari lagi bagi membantu siasatan. Farid tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya memakai kemeja denim jam 11.30 pagi tadi.

Empat kes dihadapi Farid ialah mendatangkan kecede­raan yang disiasat mengikut Sek­syen 323 Kanun Keseksaan, menampar polis disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, penggunaan dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengganggu tugas penjawat awam disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

IKLAN

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya; Seksyen 90 Akta Polis 1967 membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya; Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya dan Seksyen 353 memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda.

Turut hadir adalah adiknya, Fadzil Zahari dan pelakon Azad Jasmin beserta Azhan Rani namun kelibat isterinya, Datin Diana Danielle masih tidak kelihatan.

IKLAN

Selain itu, Farid turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan rakan artis yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepadanya.

Sumber: Twitter ERAdotje, Kosmo Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI